Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua boleh membudayakan hidup sihat dengan menjadi sukarelawan kesihatan untuk komuniti kita.

Layari MyChampion sekarang untuk pendaftaran dan dapatkan informasi berkaitan sukarelawan kesihatan.

Layari laman sesawang http://www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengumuman Pemenang Langkah Sihat 2022
Terima kasih kepada semua peserta Langkah Sihat BMSS yang telah memilih untuk kekal aktif dan cergas sempena BMSS 2022.

Tahniah kepada semua pemenang. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pencapaian dan penelitian maklumat oleh juri. Keputusan juri adalah muktamad.

#ANMS #bmss #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
BERSAMA-SAMA, KITA BOLEH MENCIPTA PERUBAHAN!

Hari Kanser Sedunia disambut di peringkat antarabangsa pada 4 Februari setiap tahun. Tema kempen tahun ini, Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser (Close the Care Gap) adalah tentang memahami dan mengiktiraf ketidaksamaan dalam penjagaan kanser di seluruh dunia. Ini adalah peringatan bahawa setiap orang berhak mendapat penjagaan kanser yang adil dan saksama yang mereka perlukan.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Kanser Negara akan menganjurkan ‘World Cancer Day Fun Run 2023’ untuk kali KETIGA!

Pendaftaran terbuka kepada semua warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia, lelaki dan wanita, dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

Adakah kamu tahu? 30-50% kanser boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Mari tingkatkan aktiviti fizikal kita bersama-sama dengan menyertai larian ini.

Pendaftaran awal: RM40.00
Pendaftaran biasa : RM50.00

Tarikh penting:
TEMPOH PENDAFTARAN: 17 JANUARI – 28 FEBRUARI 2023
Kecacatan jantung yang wujud sejak lahir (kongenital) menunjukkan tanda dan gejala yang berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing.

Ketahui tanda-tanda kecacatan jantung pada bayi dan dapatkan bantuan perubatan profesional bagi wira kecil anda 🫀❤️

Rawatan bergantung pada jenis dan keterukan keadaan CHD. Sesetengah kanak-kanak tidak memerlukan sebarang rawatan manakala yang lain mungkin memerlukan ubat atau pembedahan jantung.
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
8 FEBRUARI 2023

Maklum Balas Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Berhubung Artikel Berkaitan Rawatan Covid-19 Yang Diterbitkan Oleh Media Bloomberg Dan Science
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Aedes sangat mudah.

Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. #10minit

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Thiyagu B

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🦠Semua jenis kanser, termasuk kanser dikalangan kanak-kanak adalah penyakit yang terjadi dimana pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa daripada segi saiz dan bentuk,memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain.

Kami kongsikan 8 jenis kanser yang biasa berlaku pada kanak-kanak di Malaysia.

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak untuk kanak-kanak tersebut mendapat rawatan yang sewajarnya.

🩺Dengan rawatan sewajarnya, kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai peluang yang lebih besar untuk pulih.

#worldcancerday
10 Minit Seminggu Hapuskan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama En. Zairul Afiza Hamzah dari
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS #10minit #KekalSihat #sihatmilikku
Kesan Penggunaan Arang Dalam Kesihatan dan Kecantikan

Saksikan esok di TV3 dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Elizabeth Chang Wei Hsi, Pakar Dermatologi dari Hospital Selayang.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.👏👏

Jom Saring Ketahui tahap kesihatan kita sekarang dengan
kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
JOM Pelbagaikan warna semula jadi dalam pengambilan diet harian kita.

Kami kongsikan khasiat buah dan sayuran berwarna MERAH.❤️

Jangan lupa amalkan Pinggan Sihat Malaysia #SukuSuku Separuh dengan mengambil 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.💪
Sayonara Kanser Serviks : Cegah, Tindak dan Rawat

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shazimah Abdul Samad dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dos penggalak pertama bagi kanak-kanak yang sudah mencapai umur 5 hingga 11 tahun.

Ibu bapa dan penjaga boleh menempah janji temu suntikan dos penggalak pertama anak melalui aplikasi MySejahtera. Ikuti langkah-langkah seperti di infografik ini untuk menempah janji temu.

#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam
#GerbangKesejahteraanDigitalAnda

Sumber: MySejahtera
Hospital Tanjong Karang Baharu dibina bagi menggantikan bangunan Hospital Tanjong Karang sedia ada yang telah beroperasi sejak tahun 1966 dan kini telah berusia 57 tahun. Hospital baharu ini telah mula beroperasi 10 Oktober 2022.

Dengan terbinanya Hospital Tanjong Karang Baharu ini, bilangan katil baharu ditambah sebanyak 150 katil, menjadikan jumlah keseluruhan katil (di Hospital lama dan Hospital baharu) adalah sebanyak 262 katil.

Hospital baharu ini berstatus Hospital Pakar Minor dengan sebanyak 10 perkhidmatan kepakaran (in-house) yang disediakan secara berfasa. 10 perkhidmatan tersebut adalah

📌 Perubatan kecemasan
📌 Perubatan umum
📌 Perubatan Bedah Umum
📌 Perubatan Obstetrik dan Ginekologi
📌 Perubatan Pediatrik
📌 Perubatan Ortopedik
📌 Perubatan Anestesiologi
📌 Perubatan Radiologi
📌 Pergigian Pediatrik dan Bedah Mulut
📌 Perubatan Patologi

Selain itu, hospital ini turut menawarkan perkhidmatan pakar lawatan seperti

📌 Pakar Otorinolaringologi
📌 Pakar Oftalmologi
📌 Pakar Psikiatrik
📌 Pakar Perubatan Forensik

❤️ Kami Sedia Membantu ❤️

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sayonara Kanser Serviks : Cegah, Tindak dan Rawat

Jangan lupa sertai TikTok Live di TikTok MyHEALTHKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Shazimah Abdul Samad dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesihatan sangat bernilai dan berharga kerana ianya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Mengamalkan budaya hidup yang sihat dan berkualiti pasca pandemik dapat mewujudkan masyarakat yang bebas daripada penyakit.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Ranjeetha Sivam

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Siri 3️⃣- Jangkitan HPV

📌Hasil ujian saringan HPV saya POSITIF, apakah maksudnya?

Kami kongsikan jawapannya kepada anda disini.