Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang.

Tindakan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Disentri, Hepatitis A dan keracunan makanan.

Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko.

Sekiranya anda melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko, salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas Awam, SisPAA di https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Untuk bakal pengantin yang belum membuat saringan pra perkahwinan,

Tempah janji temu saringan pra perkahwinan di fasiliti kesihatan berdekatan anda, melalui aplikasi Mysejahtera. Dengan hanya klik di hujung jari, slot janji temu anda dapat ditempah.

Mudah kan?

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Denggi : Gigitan Berbisa Aedes

Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nazlinda Abu Jazid Javis dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dalam sekelip mata 3 tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV.

Malaysia setakat 24 Januari 2023 melaporkan sejumlah 5,035,073 kes keseluruhan, 36,932 kes kematian & seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini.

Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin COVID-19 dos primer/dos penggalak.

Sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19.

Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.
Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
‎مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.”

‎Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya Allah

- KPK KKM -
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2023.

Kepada yang berminat boleh e-mel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 21 Januari 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi bagi pelanjutan tempoh jangka hayat vaksin COVID-19 Comirnaty, CoronaVac dan Convidecia.

Maklumat senarai nombor kelompok yang terlibat dalam pelanjutan jangka hayat boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my.
Pendaftaran bersyarat telah diberikan kepada produk vaksin berdaftar ini, dan pengilang telah dibenarkan untuk mengemukakan data ujian stabiliti dari semasa ke semasa (rolling submission).

Oleh itu, tempoh jangka hayat produk vaksin COVID-19 akan berubah (dilanjutkan) sekiranya data yang dinilai didapati memenuhi keperluan regulatori. Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput yang sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/.../info.../vaccine-covid-19-update.html)

KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
Denggi : Gigitan Berbisa Aedes

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZS8D1hNfG/

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Waspada Banjir.

Bahaya bermain dengan air banjir !

Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tahu cara pengambilan ubat mengikut masa yang betul?

Pengambilan ubat yang betul adalah cara pengambilan ubat mengikut arahan yang diberikan melalui pembacaan label ubat.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Tabata Workout.

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Kudat esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Jarno.

#ANMS #KekalSihat #kekalaktif #sihatmilikku
Tabata Workout.

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Kudat pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Jarno.

#ANMS #KekalSihat #kekalaktif #sihatmilikku
Bagaimana mengenal pasti ubat berdaftar

👍🏻Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

Pastikan ubat anda mempunyai Nombor Pendaftaran dan label keselamatan hologram FarmaTag

📌Status pendaftaran produk boleh disemak melalui laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) https://www.npra.gov.my/
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital atau setaraf.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak sertai aktiviti kesihatan serta ingin dapatkan konsultasi berkenaan Intervensi Pengurusan Berat Badan?

Mudah sahaja. Pergi ke WELLNESS HUB yang berdekatan kawasan komuniti dan berjumpa dengan konsultan bertugas.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Kanser serviks berlaku apabila sel-sel di dalam dinding serviks berubah menjadi malignan.

📌Pada peringkat awal kanser, wanita yang mengalami kanser serviks biasanya tidak mengalami sebarang gejala.

Oleh itu, pemeriksaan secara berkala melalui ujian calitan Pap perlu dilakukan bagi membolehkan sel-sel pra kanser dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh diberikan.

#CervicalCancerAwarenessMonth
#cervical
Seiring dengan pertambahan tahun, usia juga akan semakin meningkat.Kami kongsikan tip ke arah penuaan sihat.

❤️Berada di usia emas bukan bermaksud anda tidak mampu melakukan apa-apa.Cuba libatkan diri dengan menyertai aktiviti keluarga dan kejiranan yang ada.

🇲🇾Anda juga masih boleh menyumbangkan pengalaman, ilmu atau kemahiran anda kepada ahli keluarga dan masyarakat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita amalkan Take 5 bagi mengelakkan tekanan emosi di samping menjaga kesejahteraan fizikal kita.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Ranjeetha Sivam

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
TAHUKAH ANDA

📌Dengan rawatan yang sempurna penyakit kusta boleh disembuhkan sepenuhnya.⚠️

Lakukan saringan kusta sekiranya anda seorang kontak kepada pesakit kusta atau mengalami tanda seperti dikongsikan.

#leprosy