Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
MySejahtera dinaik Taraf dengan Fungsi Baharu

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Siti Noor Izaty Rosli dari Unit MySejahtera, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Bersediakah Anda ke Arah “Virtual” Klinik.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Mastura Ismail dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Soalan lazim mengenai fungsi Janji Temu MySejahtera.

6. Mengapa saya tidak dapat membuka fungsi kamera ketika ingin mendaftar
masuk untuk sesi janji temu saya?

Kami kongsikan jawapannya.

Soalan-soalan lain lazim berkenaan sistem janji temu ini boleh didapati di laman sesawang https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

"Gerbang kesejahteraan digital anda."
Terkini pelbagai pandangan dan kebimbangan disuarakan susulan pembukaan sempadan negara China pada 8hb Januari 2023.

Ada cadangan diberikan untuk kita uji dan kuarantin semua pengembara dari China memandangkan tercetus lonjakan kes dan juga kurangnya maklumat yang dikongsikan bersama.

Untuk perhatian kita perlu lihat dengan terperinci matlamat dan kesesuaian masa pelaksanaan serta keberkesanan tindakan kita untuk menguji dan kuarantin semua pengembara dari negara China tersebut.

Jika matlamat kita adalah untuk mengurangkan jangkitan kes dalam negara, ternyata ini tidak akan berkesan kerana Covid-19 sudah pun berada di persekitaran dalam negara dengan pelbagai subvariant dalam fasa peralihan endemik dan mitigasi untuk kita hidup bersama virus tersebut.

Jika matlamat kita adalah untuk mencegah potensi varian baru SARS-CoV-2 memasuki negara (buat masa ini maklumat varian/subvarian yang dikongsikan oleh negara China kepada pihak WHO, menunjukkan Malaysia juga mengesan varian/subvarian yang sama melalui jujukan genomik), maka untuk keberkesanan kita perlu pastikan ujian RT PCR negatif atau rtk Ag (profesional) sebelum berlepas dari semua destinasi bukan hanya dari negara China sahaja dan ini juga perlu melibatkan rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.

Harus diperingatkan Varian baru boleh merebak merentas sempadan antarabangsa dengan pantas dan boleh muncul di mana-mana.

Maka tumpuan dan tindakan kita hanya untuk negara China sahaja tidak akan berkesan dan juga tidak munasabah.

Kita perlu meningkatkan pemantauan dan survelan dari pelbagai sumber dan bukan hanya dari pengembara dari China sahaja tetapi dari semua destinasi. Apa yang penting adalah berkongsi maklumat jujukan genomik dengan negara-negara lain dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini dapat dijalankan melalui pengambilan sampel dan ujian secara rawak oleh pihak KKM/ IMR.

Kita sepatutnya jangan alpa dan meningkatkan aktiviti pencegahan dan kepatuhan kepada tindakan kesihatan awam (amalkan 3W dan elakkan 3S).

Rakyat Malaysia disarankan untuk mendapatkan perlindungan vaksin dan dos penggalak. KKM akan terus memperkukuhkan sistem kesihatan di klinik kesihatan dan hospital untuk merawat pesakit yang dijangkiti.

KKM akan terus memantau perkembangan situasi pandemik COVID-19 ini, dan penilaian risiko akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam yang berkesan.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia.

Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amandalyn

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.

Kesedaran untuk membudayakan amalan sihat hanya bermula dengan diri kita sendiri kerana mencegah obesiti daripada melarat demi bagi mendapatkan kesihatan yang terbaik untuk diri kita.💪💪

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kemas kini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini di galeri aplikasi telefon pintar anda.

#MySejahtera
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Malaysia

Memperkukuh Kesiapsiagaan Malaysia Berikutan Situasi Semasa Dan Perubahan Polisi Pengurusan COVID-19 Di Negara China
Sehingga 24 Disember 2022, sebahagian besar varian SARS-CoV-2 yang dikesan di Malaysia adalah varian Omicron (66.17%), diikuti oleh varian Delta (32.69%), Beta (1.06%); dan Alpha (0.08%). Daripada kumulatif varian Omicron yang dikesan, 61.6% adalah subvarian BA.5.2 dan 10.8% adalah subvarian XBB.1. Selain itu, Malaysia juga telah mengesan tiga (3) kes subvarian BF.7. Walau bagaimana pun, tiada peningkatan mendadak di dalam jumlah kes COVID-19 di dalam negara serta kes yang memerlukan kemasukan ke hospital kesan daripada langkah-langkah kesihatan awam dan imuniti kelompok yang terhasil daripada liputan vaksinasi COVID-19 yang luas.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kes COVID-19 di Malaysia masih terkawal. Walau bagaimanapun KKM menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos vaksin penggalak terutamanya kepada barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi.

Bersama-sama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China.

KKM mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022. Setakat ini kebanyakan ujian positive adalah dari varian omicron dan subtype BA5 dan BA2. Tiada lagi varian baru Covid-19 dikesan.

Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala. Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan.

KKM juga menjalankan survelan persekitaran sentinel di loji2 air kumbahan di seluruh negara utk memantau perkembangan virus SARS-CoV-2. Setakat 23 Dis 2022, sampel yg dikesan positif adalah varian Omicorn & subtype BA.5, BA.2, BA.2.75, BA.2.12 & tiada lagi varian baru dikesan.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengambil kira Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Dikongsikan empat (4) strategi utama yang sedang dilaksanakan oleh KKM.
Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan demam. Mereka yang dikesan bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan.

Selain itu, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.

Setakat ini, tiada lagi varian baru COVID-19 dikesan. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19.