Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jangan biarkan hari hujan menghalang anda dari kekal aktif! 🏡 Mari cuba aktiviti-aktiviti sihat yang anda boleh lakukan di dalam rumah untuk kekal sihat dan cergas

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 21 Disember 2022. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus tidak menafikan bahawa pada awal tahun 2022, gelombang yang terjadi akibat varian Omicron telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes dan kematian yang mendadak. Namun berdasarkan data COVID-19 semasa yang dilaporkan kepada WHO, mendapati secara keseluruhannya tren kejadian pandemik ini telah berada dalam keadaan yang terkawal di kebanyakan negara seluruh dunia. Mereka juga yakin bahawa kini situasi tersebut adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sungguhpun begitu, dalam sidang media yang sama, pihak WHO juga turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan semasa yang dilaporkan berlaku di negara China, yang melibatkan peningkatan mendadak kes COVID-19. Golongan pakar dan penyelidik di peringkat antarabangsa menjangkakan situasi ini akan berlaku susulan keputusan pihak berkuasa negara China sekitar awal Disember 2022 lalu untuk melaksanakan kelonggaran terhadap polisi pengurusan pandemik COVID-19 mereka yang ketat.

Malaysia telah diumumkan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April 2022 semasa negara masih lagi diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan. Sempadan negara telah dibuka kepada pelancong dari luar negara serta aktiviti industri pelancongan dan sektor ekonomi lain telah dipertingkatkan. Justeru, dengan mengambilkira negara Malaysia mempunyai risiko kemasukan kes-kes COVID-19 dari luar negara, KKM terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa variant Delta melanda seluruh dunia termasuk negara Malaysia. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian. KKM menggesa agar semua individu yang layak, tampil untuk mendapatkan vaksin dos penggalak supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit COVID-19.

2. Mengukuhkan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan pengurusan kesihatan. Perkara ini dilaksanakan dengan menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan. Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan. Keputusan ujian akan segera dikemaskini dalam MySejahtera pengguna. Kes positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan Daerah mahupun COVID-19 Assessment Centre (CAC), melainkan jika perlu menjalani pemeriksaan lanjut setelah mengisi Home Assessment Tool (HAT) di dalam aplikasi MySejahtera.

3. Memastikan semua CAC yang beroperasi secara fizikal (iaitu di Klinik Kesihatan dan di komuniti) mahupun secara maya bersedia untuk menerima kedatangan/ panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19. Fungsi CAC meliputi perkara-perkara berikut iaitu:
- mengenal pasti pesakit yang memenuhi kriteria untuk dipantau di rumah;
- menilai dan memantau perkembangan pesakit sepanjang tempoh pengasingan;
- memulakan rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan;
- mengenal pasti dan menyelaras pesakit yang perlu dirujuk ke hospital; dan
- menjalankan penilaian dan pelepasan (release order) kepada kes positif yang telah tamat tempoh pengasingan – bagi individu yang tidak menerima digital HSO.
4. Memperkenalkan penggunaan ubat antiviral Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) ke dalam COVID-19 Clinical Care Pathway sejak 15 April 2022 dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan, CAC dan hospital KKM. Ubat ini merupakan ubat antiviral oral pertama di Malaysia untuk merawat pesakit COVID-19 yang mengalami gejala ringan hingga sederhana, atau pun kategori 2 dan kategori 3. Keutamaan pemberian rawatan Paxlovid® (nirmatrelvir/ritonavir) adalah kepada kumpulan pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi. Seterusnya, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan ini telah juga diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta dikenal pasti bermula 20 Jun 2022. Pemberian ubat ini kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara percuma. Namun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.

5. Memantau rapi penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat melalui pelaksanaan aktiviti survelan melibatkan lokasi sentinel influenza-like illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) di seluruh negara. Ia turut disokong dengan aktiviti penjujukan genom menyeluruh (whole genome sequencing, WGS) bagi mengesan varian baharu serta aktiviti survelan persekitaran melalui persampelan air kumbahan dari lokasi persampelan yang dikenal pasti di seluruh negara.

6. Menggerakkan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejak awal tahun 2022 di semua peringkat. Inisiatif ini antara lain bertujuan untuk memperkasa kawalan kendiri kesihatanmerangkumi pemerkasaan individu dalam mengambil tindakan pencegahan penyakit, menilai status kesihatan diri, memastikan kepatuhan rawatan dan mengamalkan norma baharu iaitu penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pemakaian pelitup muka.

ANMS turut memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti dalam membudaya hidup sihat. MyCHAMPION atau Malaysian Health Community Agent merupakan satu platform kolaborasi merentasi pelbagai kementerian, organisasi sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai rakan strategik untuk memainkan peranan membantu KKM dalam inisiatif dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat komuniti serta sebagai penggerak dan penyokong (advocator). Keperluan penyelarasan sukarelawan dan agen kesihatan amat penting bagi membolehkan inisiatif ini dilaksanakan secara bersepadu dan terancang.

KKM menasihatkan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. Disarankan agar sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai. Mereka yang bergejala juga digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 Disember 2022 @ 10:00 pagi

https://kpkesihatan.com/2022/12/27/kenyataan-media-kpk-27-disember-2022-pemantauan-rapi-perkembangan-kejadian-jangkitan-covid-19-oleh-kkm-bagi-memastikan-langkah-pencegahan-dan-kawalan-yang-sewajarnya-dilaksanakan-secara-berkesan/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selain bersenam, pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Pastikan kita makan buah dan sayur-sayuran secara konsisten setiap hari mengikut keperluan dan tahap kesihatan diri kita.

Mudahkan ?

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang KKM
http://www.myhealth.gov.my
dan ikuti media sosial MyHEALTHKKM
(@myhealthkkm )

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab sayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah program oleh di bawah KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas.

Layari laman sesawang & ikuti medis sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Thiyagu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan.

Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan

➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak
➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Good days or bad, remember to be kind to yourself. Give yourself a pat on the back for surviving 2022 and overcoming what you have gone through so far! 🤗

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🩺Kesihatan pergigian bayi dan kanak-kanak adalah penting untuk pengunyahan makanan, pertuturan dan paras rupa. Gigi perlu dipelihara sedari kecil lagi.

💌Oleh itu, ambil masa untuk membawa anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan sebaik sahaja gigi mula tumbuh.

👼🏻Jom pastikan anak anda dapat membesar dengan gigi yang sihat dan cantik!
Tempahan Janji Temu Perkhidmatan Klinik Kesihatan Melalui Aplikasi MySejahtera

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Nurul Zariffa Saat dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1.

Tarikh : 28 Disember 2022
Masa : 9.00 malam

Panel :
Dr. Misliza Ahmad
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Siaran ulangan boleh disaksikan pada hari Jumaat, 23 September 2022 pada pukul 3.30 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Lindungi Diri Dengan Dos Penggalak Menjelang Tahun Baru

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi ini bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

👉 Tutup tong sampah
👉 Tutup makanan dengan sempurna
👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan
👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata
👉 Kenal pasti kawasan hurungan
👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Wah, boleh percaya ke? Kita sudah menghampiri penghujung tahun 2022! 😲 Jadi, bagaimana pula dengan senarai azam tahun baru yang anda buat awal tahun ini? 👀 Adakah anda berjaya mencapai kesemuanya? Tidak mengapa jika anda tidak berjaya, 🤗 mari kita cuba lagi pada tahun hadapan.

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogetherMalaysia
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun tidak merokok, seseorang sebenarnya terdedah kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok.

SPEAK OUT atau nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok di sekeliling anda.

Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Sairiya Murugiah

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menjaga kesihatan diri dan pupuk minda sihat bukan perkara yang mustahil.

Lakukan perubahan bermula dengan mengubah sikap diri sendiri dan bertindak kearah jadikan gaya hidup sihat sebagai budaya kita.

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

@myhealthkkm
@myhealthkkm
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Santiana Ramli

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenyataan Media Menteri Kesihatan

Sistem Janji Temu Di Fasiliti Kesihatan Primer Kementerian Kesihatan Malaysia