Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Demensia adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakan secara berperingkat. Sebanyak 8.5% warga Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas berkemungkinan menghidap Demensia.

Pada masa ini, Demensia tidak boleh disembuhkan tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit Demensia dapat membantu dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya.

Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amandalyn Chen

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Apa itu kanser prostat? Ramai yang tak cakna atau tidak ambil tahu mengenai kanser ini. Kanser prostat paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki, iaitu satu daripada lapan lelaki menghidapi penyakit itu.

Ketahui tanda utama dan cara rawatan bersama panel jemputan dalam temubual kesihatan lelaki.

https://fb.watch/hiBIX6LhX2/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.

Jom Saring❗️Ketahui tahap kesihatan kita sekarang dengan kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
‼️Pemeriksaan pelvik adalah untuk mendiagnosa sebarang simptom penyakit dalam organ pembiakan dan organ urinari wanita.

Jadi jangan risau sekiranya anda perlu melakukan pemeriksaan pelvik.

Pemeriksaan awal membolehkan rawatan awal diberikan sekiranya terdapat sebarang abnormaliti

❤️SAYANGI DIRI, UNTUK KESIHATAN BERPANJANGAN
Aktifkan Diri : Senaman Mudah & Ringkas

Sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama En. Mohd Akram Ahmad Sabri dan Muhammad Azrul Aiyman Mohd Azlan.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-379 telah bersidang pada hari ini, 13 Disember 2022.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:

1. Comirnaty Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection daripada pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany. Produk ini adalah vaksin COVID-19 bivalent yang mengandungi dua (2) komponen iaitu komponen dari strain virus yang asal dan komponen varian omicron BA.4-5. Ianya adalah untuk penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksinasi primer dengan vaksin COVID-19 mRNA atau vaksin COVID-19 adenoviral vektor lain yang diluluskan, sekurang-kurangnya selepas tiga (3) bulan daripada penerimaan dos primer yang telah lengkap atau dos penggalak yang terakhir.

2. Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection daripada pengilang kedua iaitu Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia. Sebelum ini, PBKD telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi pengilang CanSino Biologics Inc, China pada 15 Jun 2021. Pemegang pendaftaran produk bagi produk ini ialah Solution Biologics Sdn. Bhd.
KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 DISEMBER 2022

https://kpkesihatan.com/2022/12/13/kenyataan-media-kpk-13-disember-2022-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-pbkd-kali-ke-379-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) di tempat kerja boleh dijayakan dengan pewujudan Program KOSPEN WOW mampu membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan warga kerja di Malaysia.

Satu bengkel latihan Training of Trainers Program KOSPEN WOW telah dilaksanakan bagi memantapkan pengetahuan dan pelaksanaan Program KOSPEN WOW di tempat kerja.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan dan bimbingan kepada pasukan penyelaras dan pelaksana Program KOSPEN WOW di tempat kerja.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Aedes sangat mudah.

Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat - Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. #10minit

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
(@myhealthkkm)

#sihatsepanjanghayat
#anms
#myhealthkkm
#sihatmilikku

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Aktifkan Diri : Senaman Mudah & Ringkas

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama En. Mohd Akram Ahmad Sabri dan Muhammad Azrul Aiyman Mohd Azlan.

#ANMS #KekalSihat #KekalAktif #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir
👉 Jangan merokok di pusat pemindahan
👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Awas

📢Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.

🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala
*demam, kejang perut dan cirit- birit*

📌Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya seperti dikongsikan sebelum membuat pembelian.

Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli mengikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna

"Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama"
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Temui Wellness on Wheel (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan mobile di kawasan komuniti berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Thiyagu B

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Aktifkan Diri : Senaman Mudah dan Ringkas

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZS8FJQQk6/
Hari Diabetes Sedunia 2022 disambut pada 14 November setiap tahun.

Tema tahun ini adalah Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok.

Tema ini merangkumi lima komponen asas mengenai penjagaan diabetes iaitu akses kepada insulin, akses kepada rawatan ubat-ubatan, akses kepada pemantauan kendiri, akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial dan akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Disember 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid0hueme1k1jaiBCqGXEKYKevMZYsVQDzUTZjj4UJKSftUGjMrC26EFpP1jtujoJgmwl untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan makanan.

Sebagai pengguna, amalkan budaya 3M.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTKKM untuk maklumat lanjut .

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Coach Tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir seperti Disentri, Taun, Hepatitis A dan Leptospirosis.

Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan.

Terus waspada!

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama