Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jom layari Portal Infosihat di http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan maklumat kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pilihan raya umum semakin hampir, bagi mengawal penularan dan peningkatan kes COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan pembuangan undi bagi individu positif COVID-19

Sumber: CPRC Kebangsaan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Wellness on Wheel (WoW)
Temui Wellness on Wheel (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan mobile di kawasan komuniti berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan kegagalan tubuh pesakit untuk mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah. Sekiranya situasi tersebut dibiarkan berterusan, ianya boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada organ seperti jantung, saluran darah, mata, buah pinggang dan saraf. Oleh itu, akses kepada rawatan yang sewajarnya bagi mereka yang menghidap diabetes, adalah penting demi kelangsungan hidup.

Diabetes bukan sahaja menyumbang kepada beban penyakit yang tinggi, malah ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk merawatnya. Laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan sebanyak RM 4.38 bilion (45.38% daripada jumlah kos keseluruhan) telah dibelanjakan bagi tahun 2017 untuk rawatan diabetes. Beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 15 November 2022 dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes – Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok. Sambutan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.

Baca kenyataan penuh di http://kpkesihatan.com/2022/11/15/kenyataan-media-kpk-15-november-2022-sempena-sambutan-hari-diabetes-sedunia-peringkat-kebangsaan-2022/
Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan kegagalan tubuh pesakit untuk mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah. Sekiranya situasi tersebut dibiarkan berterusan, ianya boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada organ seperti jantung, saluran darah, mata, buah pinggang dan saraf. Oleh itu, akses kepada rawatan yang sewajarnya bagi mereka yang menghidap diabetes, adalah penting demi kelangsungan hidup.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 15 November 2022 dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok. Sambutan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.

KKM ingin menekankan lima komponen asas dalam penjagaan dan perawatan penyakit diabetes iaitu

1. Akses kepada insulin
2. Akses kepada rawatan ubat-ubatan
3. Akses kepada pemantauan kendiri
4. Akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial
5. Akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam.

Namun, virus COVID-19 masih ada di sekeliling kita. Oleh itu, orang ramai dinasihati agar terus mematuhi saranan kesihatan awam seperti dikongsikan.

Amalan kesihatan awam yang baik, disamping vaksinasi penting untuk mengurangkan risiko jangkitan dan keterukan penyakit COVID-19.
Persediaan Musim Tengkujuh

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Puvaneswary Thangarajah dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Individu positif COVID-19 juga berhak untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan hadir mengundi pada 19 November 2022 (Sabtu).

Semua pengundi positif COVID-19 adalah diseru agar mematuhi garis panduan seperti yang dikongsikan agar kita semua menjalani proses mengundi dengan selamat dan sihat.

Selamat mengundi!

#PRU15KitaJagaKita
Carta alir bagi pengundi kes positif COVID-19 di pusat mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Senarai semak kes positif COVID-19 keluar mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Nak sertai aktiviti kesihatan serta ingin dapatkan konsultansi berkenaan Intervensi Pengurusan Berat Badan ?

Mudah sahaja
Pergi ke WELLNESS HUB yang berdekatan kawasan komuniti anda dan berjumpa dengan konsultan bertugas.

Layari laman sesawang

http://www.myhealth.gov.my

& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber: Azlita Aziz

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut merupakan imunisasi yang diberikan kepada anak-anak anda mengikut umur.

Pastikan anda menepati jadual imunisasi ini bagi memastikan anak-anak anda mendapat perlindungan daripada penyakit yang boleh dicegah.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Wellness on Wheel (WoW) sebagai perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobile yang mudah diakses dan dekat dengan komuniti.

Antara aktiviti yang disediakan adalah

Penilaian faktor risiko kesihatan
Edutainment
Aktiviti on stage seperti zumba dan sembang santai
Sesi pocket talk

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita amalkan Take 5 bagi mengelakkan tekanan emosi di samping menjaga kesejahteraan fizikal kita.

Layari laman sesawang
www.myhealth.gov.my
& ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Qayyum Jawi

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Menurut laporan ‘Malaysian Study on Cancer Survival‘ (MySCan), 2018, kanser pankreas adalah antara kanser paling berbahaya berbanding jenis kanser yang lain di mana kadar kelangsungan hidup selepas 5 tahun adalah 14%.

Oleh itu, sangat penting untuk mengenal pasti dan memahami faktor risiko dan tanda penyakit kanser Pankreas ini.

Lakukan saringan.
Pengiring / penjaga yang membawa warga emas / orang kurang upaya untuk mengundi perlu sentiasa memakai pelitup muka semasa mengiringi mereka mengundi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama