Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berikut merupakan pengumuman pemenang bagi #LarianKreatif, #GerakGeriSihat dan #SatuDuaSihat semepna #BulanMalaysiaSihatSejahtera 🥇🏆

Dengan ini, @myhealthkkm ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta yang telah mengikuti kesemua peraduan yang telah dianjurkan sepanjang program #BMSS ini berlangsung🤗

Diharapkan agar anda sentiasa kekal cergas demi melahirkan #KeluargaMalaysia yang sihat sepanjang masa🤸🏃‍♀️

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #SihatSepanjangHayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia akan disambut di seluruh dunia pada 14 November dengan temanya pada tahun ini adalah Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok.

Tema ini merangkumi lima komponen asas mengenai penjagaan diabetes iaitu akses kepada insulin, akses kepada rawatan ubat-ubatan, akses kepada pemantauan kendiri, akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial dan akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 diadakan di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 15 November 2022.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap individu pasti akan keluar mengundi demi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak bersama demi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA - Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak.

📌KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)
Jom layari Portal Infosihat di http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan maklumat kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pilihan raya umum semakin hampir, bagi mengawal penularan dan peningkatan kes COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan pembuangan undi bagi individu positif COVID-19

Sumber: CPRC Kebangsaan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Wellness on Wheel (WoW)
Temui Wellness on Wheel (WoW) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan mobile di kawasan komuniti berhampiran anda.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Steve Yap

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan kegagalan tubuh pesakit untuk mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah. Sekiranya situasi tersebut dibiarkan berterusan, ianya boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada organ seperti jantung, saluran darah, mata, buah pinggang dan saraf. Oleh itu, akses kepada rawatan yang sewajarnya bagi mereka yang menghidap diabetes, adalah penting demi kelangsungan hidup.

Diabetes bukan sahaja menyumbang kepada beban penyakit yang tinggi, malah ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk merawatnya. Laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan sebanyak RM 4.38 bilion (45.38% daripada jumlah kos keseluruhan) telah dibelanjakan bagi tahun 2017 untuk rawatan diabetes. Beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 15 November 2022 dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes – Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok. Sambutan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.

Baca kenyataan penuh di http://kpkesihatan.com/2022/11/15/kenyataan-media-kpk-15-november-2022-sempena-sambutan-hari-diabetes-sedunia-peringkat-kebangsaan-2022/