Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Selamat menyambut Hari Diabetes Sedunia tahun 2022.

Jaga kesihatan diri dgn amalkan pemakanan & gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko DIABETES. Kenali risiko & fahami tanda2 serta gejala penyakit diabetes supaya pencegahan, pengesanan dan rawatan awal dapat dilakukan segera.
‼️Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

✔️Amalan gaya hidup sihat dan pengambilan rawatan yang teratur adalah penting bagi membolehkan anda mengawal tahap gula dalam darah ke arah tahap normal.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.
Berikut merupakan pengumuman pemenang bagi #LarianKreatif, #GerakGeriSihat dan #SatuDuaSihat semepna #BulanMalaysiaSihatSejahtera 🥇🏆

Dengan ini, @myhealthkkm ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta yang telah mengikuti kesemua peraduan yang telah dianjurkan sepanjang program #BMSS ini berlangsung🤗

Diharapkan agar anda sentiasa kekal cergas demi melahirkan #KeluargaMalaysia yang sihat sepanjang masa🤸🏃‍♀️

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #SihatSepanjangHayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Setiap tahun, Hari Diabetes Sedunia akan disambut di seluruh dunia pada 14 November dengan temanya pada tahun ini adalah Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok.

Tema ini merangkumi lima komponen asas mengenai penjagaan diabetes iaitu akses kepada insulin, akses kepada rawatan ubat-ubatan, akses kepada pemantauan kendiri, akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial dan akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 diadakan di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada 15 November 2022.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Setiap individu pasti akan keluar mengundi demi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Anda dinasihatkan untuk tidak membawa kanak-kanak bersama demi melindungi mereka daripada jangkitan COVID-19.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungdiridanpengundiPRU
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA - Isu Penjualan Konjak Jeli yang Didakwa Memberi Risiko kepada Kanak- Kanak.

📌KKM menyeru agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan konjak jeli ke Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman sesawang aduan awam KKM (http://moh.spab.gov.my)
Jom layari Portal Infosihat di http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan maklumat kesihatan yang tepat, sahih dan terkini.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama