Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
“Doktor, bayi saya belum lagi tumbuh gigi, perlu ke saya bersihkan mulut bayi saya?”

“Kenapa pulak kena bersihkan mulut bayi jika gigi tak tumbuh lagi?”

Siapa pernah tanya dekat doktor gigi macam ni? 🤗

Tahukah anda?

Bahwa mulut bayi kerap terdedah kepada kuman-kuman atau virus berbahaya melalui aktiviti seharian seperti minum susu, menerima ciuman daripada ibu bapa dan sebagainya.

Contoh jangkitan berbahaya dapat terjadi adalah Impetigo, oral thrush, penyakit kaki, tangan dan mulut dan herpangina.

Jom sama-sama celik dan jaga kebersihan mulut anak-anak kita dari awal!

#pkpdhuluselangor
#Pergigianselangor
#Gigisusu
#GigidanMulutSihat
#Gigibayi
Kembara Uni-Sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera diteruskan ke negeri Pantai Timur iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 25 Oktober 2022 (Selasa).

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Memanah Mini, Cabaran Lompat dan Lekat, Mini Futsal dan Basikal Jus yang disertai oleh 155 orang pelajar.
Pasukan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan turut menjalankan aktiviti Cabaran Kecergasan seperti 1 minute skipping challenge, 1 minute push-up challenge, Cabaran 5 Tahap Bangkit Tubi dan Sesi Rundingcara Aktiviti Fizikal bersama para pelajar.

Kembara ini diakhiri dengan sesi penyerahan plak kepada Encik Muhammad Faiz bin Mohd Saidi, Penolong Pegawai Perubatan, Pusat Kesihatan UMK.

#ANMS #KekalSihat #bmss #sihatmilikku
Juling Angkara Gajet

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 26 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Goh Siew Yuen
Pakar Mata Kanak-kanak
Hospital Tunku Azizah

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Inisiatif Saringan Kesihatan

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1.

Tarikh : 26 Oktober 2022
Masa : 9.00 malam

Panel :
Dr. Nurhaliza Zakariah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia.

Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .

@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Ig coach_tam

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Elak tekanan semasa musim banjir

➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku
➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai
➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih
➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang
➡️ Tambah baik rutin harian
➡️ Buat keputuan yang rasional

#ANMS
#KekalSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah kita selesa menggunakan tandas yang kotor?😩😩

Tandas yang bersih mampu menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria.❤️

Memastikan tandas yang bersih serta selesa digunakan adalah tangungjawab kita bersama.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
(@myhealthkkm)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Katherine Chin

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Strok : Apa Yang Saya Perlu Tahu?

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Khairul Azmi Ibrahim dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Palsi serebrum atau Cerebral Palsy adalah gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Keupayaan berdikari kanak-kanak palsi serebrum bergantung kepada keterukan bahagian badan yang terjejas seperti dikongsikan.

Gangguan yang juga biasa ditemui di kalangan pesakit adalah:
▶️ Kecerdasan di bawah normal
▶️ Mempunyai sawan/epilepsi (terutama pada jenis spastik)
▶️ Gangguan menghisap atau makan
▶️ Pernafasan yang tidak teratur
▶️ Gangguan berbicara
▶️ Gangguan penglihatan
▶️ Gangguan pendengaran

Terapi fizikal yang berterusan dan pendidikan khas boleh membantu anak-anak ini berdikari sejauh mungkin.

❤️ Berikan sokongan.
Adakah anak anda :
▶️ Mengalami masalah menumpukan perhatian semasa belajar di kelas atau menyiapkan kerja sekolah
▶️ Sering menggerakkan badan dan tidak boleh duduk diam walaupun seketika atau lebih aktif berbanding kanak- kanak sebaya
▶️Mengalami masalah menunggu giliran semasa bermain dan cepat kecewa

Sila bawa anak anda ke klinik kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan, sekiranya anak anda menunjukkan gejala-gejala ini.
Tanda dan gejala ini dianggap lazim pada setiap kanak-kanak tetapi bagi kanak-kanak ADHD ia lebih kerap berlaku dan boleh mengakibatkan kesulitan dalam kehidupan. Tanda-tanda ini berlaku di dua atau lebih situasi, contoh di rumah dan sekolah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai rakyat Malaysia, kita semua boleh membudayakan hidup sihat dengan menjadi sukarelawan kesihatan untuk komuniti kita.

Layari portal MyChampion sekarang untuk pendaftaran dan dapatkan informasi berkaitan sukarelawan kesihatan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Strok : Apa Yang Saya Perlu Tahu?

Saksikan sekarang di https://vt.tiktok.com/ZSRtDX3M5/
Pada hari ini, Kembara Uni-Sihat sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera menuju ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, Kelantan. Seramai 422 orang telah menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti Memanah Mini, Cabaran Lompat dan Lekat, Mini Futsal dan Basikal Jus. Turut hadir bersama Encik Meer Zhar Farouk, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Machang, yang sudi meluangkan masa bersama memeriahkan aktiviti yang dijalankan.

Pasukan trak Wellness on Wheel (WoW) daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan turut menjalankan aktiviti Cabaran Kecergasan seperti 1 minute skipping challenge, 1 minute push-up challenge, Cabaran 5 Tahap Bangkit Tubi dan Sesi Rundingcara Aktiviti Fizikal bersama para pelajar.

Kembara ini diakhiri dengan sesi penyerahan plak kepada Dr Nik Muzaiman, Pegawai Perubatan, Unit Kesihatan, UiTM Machang, Kelantan.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02j9bXdwkbF9EYNjb9tuDXWFjQgjB5Wueqroqs4iMwrTiGADzrDCkhGjkNJ6v9aN4wl&id=100068159346549
Ayuh semarakkan #BulanMalaysiaSihatSejahtera dengan menyertai program 𝐎𝐡𝐬𝐞𝐦 𝐉𝐮𝐬 🧃 yang bertempat di kawasan berikut:

📍𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘀𝗲𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 - 𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
📍𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝘀𝗶𝗸 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 - 𝟮𝟯 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
📍𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗞𝗹𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 - 𝟮𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮
📍𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮, 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 - 𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮

Bagaimanakah cara untuk menyertai program ini? 🤔

Sangat mudah, anda hanya perlu mengayuh basikal jus 🚲 dalam masa 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐭⏱️ dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif BMSS !🎁

Menarik bukan? Tunggu apa lagi, ayuh kekal sihat dan aktif!

#BulanMalaysiaSihatSejahtera #OhsemJus #SihatSepanjangHayat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Qisha (Bal Qszhr) : I’ve decided to love myself more after everything that i’ve been through

this is a sign for you to keep yourself productive sempena bulan October, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera! 🇲🇾

Jom kita sama sama menyambut bulan ini dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleb @myhealthkkm seperti Langkah Sihat BMSS, peraduan online & banyak lagi! 🏃🏻‍♀️

Dapatkan kalendar aktiviti sepanjang bulan ini di www.bmss.my 📅

#bulanmalaysiasihatsejahtera #sihatsepanjanghayat
#bmss
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menjaga kesihatan diri dan pupuk minda sihat bukan perkara yang mustahil.

Lakukan perubahan bermula dengan mengubah sikap diri sendiri dan bertindak kearah jadikan gaya hidup sihat sebagai budaya kita.

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (@myhealthkkm )

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Ranjeetha Sivam

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita.

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non- Communicable Diseases (NCDs).

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

#kekalsihat #SihatSepanjangHayat #ANMS

Kredit: Jack Kho

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sepanjang berada di pusat pemindahan banjir, mangsa banjir akan dibekalkan dengan air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.

Mangsa banjir juga perlu menjaga kebersihan dan keselamatan makanan semasa berada di pusat pemindahan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Generational End Game atau generasi penamat perokok boleh dicapai dengan sokongan semua pihak bermula dari setiap rakyat Malaysia.

Sayangilah generasi muda agar bebas daripada terus terbelenggu dengan tabiat merokok dan ketagihan nikotin yang berpanjangan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial
MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit: Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⛈️ Peningkatan curahan hujan akibat Monsun Timur Laut dapat mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Malaysia.

💧Oleh itu, setiap individu perlu memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di persekitaran rumah serta melupuskan barang lusuh atau yang tidak digunakan di tempat pelupusan secara berhemah.

🧹Sekiranya kawasan perumahan dinaiki air, lakukan aktiviti Cari dan Musnah bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut kerana sampah sarap yang dibawa air banjir dikhuatiri boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.🦟