Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hari Kesihatan Mental Sedunia

Dengarkan di KLfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Nurashikin Ibrahim dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

Dengarkan di Selangorfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Nur Hidayatun Fadillah Mohd Nor dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Ambil sedikit masa dan tanya khabar kepada ahli keluarga / kawan-kawan.

Jangan biarkan mereka bersendirian.

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#KekalSihat
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Ketika musim hujan, ramai yang bersesak mencari perlindungan seperti di hentian pengangkutan awam.

Jadilah Keluarga Malaysia yang bertanggungjawab dan menghormati antara satu sama lain dengan tidak merokok di tempat awam.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah kita selesa menggunakan tandas yang kotor?

Tandas yang bersih mampu menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria.

Memastikan tandas yang bersih serta selesa digunakan adalah tangungjawab kita bersama.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut .
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku
Kredit: Coach Tham

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebersihan persekitaran adalah penting ke arah kelestarian alam sekitar dan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ambil tahu dan jalankan peranan kita masing-masing hari ini untuk hidup di dalam persekitaran yang sihat.

Persekitaran yang bersih mampu membuat minda lebih sihat dan tenang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
❤️ Kontraseptif merupakan kaedah pencegah kehamilan yang membantu untuk menjarakkan kelahiran dan merancang keluarga.

Terdapat dua jenis kaedah kontraseptif iaitu:
1️⃣ Kaedah hormon
2️⃣ Kaedah tanpa hormon

Anda dan pasangan digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada anggota kesihatan mengenai kaedah kontraseptif yang selamat dan berkesan.

Penggunaan kontraseptif yang sesuai dengan cara yang betul akan mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan memastikan kesejahteraan sesebuah keluarga.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Walaupun tidak merokok, seseorang sebenarnya terdedah kepada pelbagai penyakit seperti seorang perokok🥲

SPEAK OUT atau nyatakan rasa tidak selesa kepada orang yang merokok di sekeliling anda🙏🏻

Namun, tegurlah dengan cara yang paling berhemah dan sopan🤗

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal MyHEALTH untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Naqiuddin Nasri

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat Hari Deepavali.

Sebelum berkumpul, lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Elakkan berkumpul jika bergejala bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Pakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai serta semasa melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
MAJLIS PERASMIAN PUSAT KECEMERLANGAN MENTAL KEBANGSAAN (NCEMH)

https://fb.watch/gi2lX8ah8d/
Chair Exercise.

Sertai FB Live anjuran Wellness Hub Purun esok pada pukul 11.00 pagi bersama Coach Lia.

#ANMS
#KekalSihat
#KekalAktif
#sihatmilikku
Saksikan video montaj Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan pada 21 Oktober 2022 di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Perkhidmatan psikiatri di institusi mental bermula pada tahun 1950an, manakala wad kesihatan mental pertama dibuka di Hospital Besar Pulau Pinang. Kini perkhidmatan psikiatri telah disediakan di 56 hospital dan 4 institusi mental. Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan bermula tahun 2001.

Sepanjang tahun 2014 hingga 2021 banyak tragedi dan krisis telah berlaku seperti MH370, tragedi MH17, banjir 2014, pencemaran Sungai Kim Kim, COVID-19 dan banjir 2021. Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) turut merupakan peranan yang penting semasa tragedi dan krisis ini berlaku.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan pula gimik Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022.

Untuk mencapai kesihatan mental yang baik, kita memerlukan elemen-elemen asas. Ini dapat digambarkan melalui Pokok Kesihatan Mental. Tegak berdirinya pokok ini dapat digambarkan melalui akar, batang dan buahnya sebagai hasil.

Akar pokok yang menggambarkan 8 elemen asas akan membentuk kesihatan mental yang baik iaitu kemahiran hidup, kejujuran, sokongan sosial, kasih sayang, tanggungjawab, persahabatan, penyayang dan nilai moral dan agama.

Elemen-elemen ini akan menjadi lebih kukuh dengan adanya pemikiran positif sebagai batang pokok yang akan menjamin penghasilan buah-buah Pokok Kesihatan Mental. Buah-buah menggambarkan 12 elemen kesihatan mental iaitu tolak ansur, motivasi, komunikasi berkesan, keharmonian, matlamat hidup realistik, menangani konflik, penyelesaian masalah, penerimaan, produktiviti, harga diri, kebahagiaan dan tegas diri.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
21 Oktober 2022 : Telah berlangsung Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Visi NCEMH adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bahagia, berdaya tahan dan produktif dengan kesejahteraan sosial, emosi dan rohani dalam persekitaran keluarga dan komuniti yang menyokong.

Moga dengan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan ini dapat mempromosikan kesihatan mental dan kesejahteraan dalam masyarakat. Tahniah diucapkan!

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02kEAtou1wzwPz2N4GZu5WzRxcNhv6LnAFuJGczavAX8VzH6a6pVSLS3q8SkZTwD4fl&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menjaga kesihatan diri dan pupuk minda sihat bukan perkara yang mustahil.

Lakukan perubahan bermula dengan mengubah sikap diri sendiri dan bertindak kearah jadikan gaya hidup sihat sebagai budaya kita.

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai satu keutamaan.

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut . (Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit: Amsyar Johari

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kembara Uni-Sihat diteruskan ke selatan tanah air iaitu di Johor. Pada 21 Oktober 2022 (Jumaat), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor merupakan destinasi keempat bagi kembara ini selepas Universiti Multimedia (MMU), Universiti Utara Malaysia (UUM) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan di UTHM seperti Memanah Mini, Cabaran Lompat dan Lekat, Mini Futsal dan Basikal Jus. Warga IPT turut berpeluang untuk menilai tahap kecergasan di booth Wellness Hub Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batu Pahat. Seramai 165 orang pelajar telah menyertai aktiviti yang dijalankan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid03dvsiyTNjKQBNED3dgFF5V6YA3f1suZnmfAXKxa6ApSNJM5Cq5WvQfyMFfCFv3d3l&id=100068159346549
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak tahu rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.

Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti
media sosial MyHEALTHKKM
untuk maklumat lanjut.
@myhealthkkm

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Kredit : Dixon Thum

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama