Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
APA YANG ANAK-ANAK ANDA MAKAN SETIAP HARI?

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan keperluan nutrien yang mencukupi untuk membantu tumbesaran mereka tanpa sebarang gangguan.

Perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak juga dipengaruhi oleh pengambilan nutrien harian mereka. Proses pembelajaran juga boleh terjejas disebabkan keperluan nutrisi mereka yang tidak lengkap.

Oleh yang demikian, selain memastikan anak " asalkan dia makan" yang mungkin hanya tertumpu kepada pengambilan makronutrien seperti karbohidrat dan protein yang sama setiap hari.. Ibu bapa juga perlu mengambil berat juga soal pengambilan mikronutrien penting dari pengambilan sumber makanan yang pelbagai dan juga kaya dalam sumber buah-buahan dan sayur-sayuran semulajadi.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
PENTING MINUM AIR KOSONG DENGAN CUKUP

💧Kekal hidrat kerana cecair merupakan antara komponen terbesar dalam badan.

💧 Membantu tubuh berfungsi pada tahap yang optimum.

💧Detoxifikasi - menyokong fungsi hati dan ginjal menyingkirkan bahan kumuh dalam tubuh.

💧 Dapat membantu meneutralkan kadar pH dan menguatkan kekebalan tubuh daripada penyakit.

💧Membantu meningkatkan metabolisma badan.

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Status terkini dikemaskini jam 8 pagi , 19 Februari 2020 (Rabu) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Dua orang yang disahkan positif COVID-19 iaitu pasangan suami isteri bagi kes ke-7 dan ke-8 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang, petang semalam. Mereka adalah pasangan suami isteri warganegara China yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

Dengan itu, jumlah terkini kes yang telah sembuh dan discaj dari hospital ialah 13. Manakala 9 lagi masih menerima rawatan di wad.
Berdengkur yang Jahat.

Dengarkan di asyikfm bersama Dr. Khizuan bin Abdul Kadir, Pakar Perunding dan Bedah dari Hospital Serdang pada pukul 11.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kanser dalam Kalangan Kanak-kanak.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Kogilavani Gunasagaran pada pukul 12.00 tengah hari di Astro Prima.

#sihatmilikku
#walkthetalk
AWAS! JANGAN MUDAH TERTIPU..

Kadang-kadang sesuatu produk tidak meletakkan "GULA" di bahagian ramuan..Dan.. kita pun berfikir produk tersebut "BAIK" sebab tiada GULA..

Perhatikan nama-nama lain bagi gula tambahan ini yang menyumbang kepada jumlah kalori dan rasa manis kepada sesuatu makanan/minuman.

Jangan lupa untuk lihat juga di bahagian Maklumat Pemakanan berapa jumlah gula yang ada bermaksud wujudnya kehadiran gula walaupun tertera " No Added Sugar" atau tiada nama "gula" di bahagian ramuan
( Jumlah gula yang tertera adalah termasuk gula semulajadi).

Perhatikan Nama Lain Bagi GULA, Awasi Juga Gula Tersembunyi.

Saranan Pengambilan Gula Harian Adalah Tidak Lebih
10 Sudu Teh Sehari (Termasuk Gula Tersembunyi tauu)

Jom Kenali Gula Tambahan Dalam Makanan & Minuman Anda~🧐🧐

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (19 Februari 2020, 3 pm).
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (19 February 2020, 3 pm).
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 19th February 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pada 18 Februari 2020, Program Demonstrasi Penjagaan Kesihatan Diri dan Persekitaran dalam Kalangan Murid telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah penyakit COVID-19, demonstrasi membasuh tangan dengan efektif dan demonstrasi penggunaan penutup hidung dan mulut dengan betul.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia Statistik Terkini Jangkitan COVID-19 Di Malaysia.

Dua lagi kes #COVID19 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Mereka adalah:

1) kes ke-17, wanita tempatan umur 65 yang merupakan kontak rapat kes ke-9.

2) kes ke-18, lelaki tempatan umur 32 yg bekerja di Macau, China.

Dengan ini, jumlah kes yg telah pulih sepenuhnya ialah 15 org.

TIADA kes baru dilaporkan hari ini.

Jumlah kumulatif kekal 22 kes dgn hanya 7 kes masih dirawat.
Dua (2) orang warga tempatan masing-masing kes ke-17, dan kes ke-18 telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Ini menjadikan bilangan yang telah pulih dan discaj adalah seramai 15 orang daripada 22 jumlah kumulatif kes positif COVID-19.

Tujuh kes masih menerima rawatan di wad.
Cegah COVID-19

Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Dua (2) orang warga tempatan bagi kes ke-17 dan ke-18 telah pulih dan dibenarkan pulang.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes termasuk bilangan yang telah pulih dan discaj sebanyak 15 kes dan 7 kes lagi masih menerima rawatan.

Kes Status terkini dikemaskini jam 7 petang , 19 Februari 2020 (Rabu) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 7 pm, on 19th Feb 2020, Wednesday.

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 15 who have been cured and discharged. The remaining 7 cases are still being treated.
Waspada Denggi.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.10 pagi esok di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Cegah COVID-19.

Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul PENUH dengan kuman!

Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk