Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my dan ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut
@myhealthkkm

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 November 2021 lalu bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. Kaedah pendekatan ANMS adalah secara ‘Whole of Nation’, iaitu ‘Keseluruhan Negara’, di mana kesihatan dijadikan keutamaan dalam semua perancangan pembangunan kerajaan atau agensi sama ada kerajaan dan bukan kerajaan.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif ANMS di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri. NHSI bertujuan memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit.

Sehubungan itu, program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan Saringan Kesihatan PeKa B40 telah diadakan di Pulau Tioman bermula 28 hingga 30 September 2022. Program ini diterajui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin. Manakala ProtectHealth Corporation Sdn Bhd mengetuai koordinasi saringan PeKa B40 dan dibantu oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dan pelbagai agensi lain.

Saringan bersepadu NHSI dan PeKaB40 ini berlangsung selama tiga hari melibatkan 19 orang pegawai JKNP, 21 orang pegawai PKD Rompin dan 20 orang petugas dari ProtectHealth Corporation Sdn Bhd termasuk pengamal perubatan swasta, perkhidmatan makmal swasta dan sukarelawan. Program saringan ini dilaksanakan di beberapa lokaliti antaranya Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Salang, Kampung Genting, Kampung Mukut dan Kampung Paya. Ia dilaksanakan melalui pasukan kesihatan statik dan jangkau luar.

Program ini mensasarkan sejumlah 559 penduduk Pulau Tioman yang berumur 40 tahun ke atas menjalani saringan kesihatan sama ada melalui NHSI atau Skim PeKa B40 untuk mereka yang layak. Sehingga jam 11 malam pada 29 September 2022, seramai 370 orang telah berjaya disaring iaitu 66.2 peratus daripada sasaran program. Saringan juga telah dijalankan ke atas mana-mana individu berumur kurang daripada 40 tahun yang tampil secara sukarela di pusat-pusat saringan iaitu seramai 219 orang. Berdasarkan keputusan lengkap saringan yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh serta rujukan lanjut kepada pakar bidang perubatan yang berkaitan akan dilakukan.
Selepas 30 September 2022, program NHSI di bawah ANMS akan diteruskan di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman. Selain itu, aktiviti jangkau luar turut akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi pesakit yang terlantar di rumah dan warga emas atau OKU yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke pusat saringan.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu penduduk Pulau Tioman untuk mengetahui status kesihatan kendiri dan selanjutnya membolehkan mereka mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu. Di samping itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat yang layak untuk Skim PeKa B40 mendapat manfaat daripada skim tersebut sekaligus mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit.

JOM SARING!

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
30 September 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/30/kenyataan-media-kpk-30-september-2022-program-inisiatif-saringan-kesihatan-kebangsaan-nhsi-dan-saringan-kesihatan-peka-b40-di-pulau-tioman/
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN 2022
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) akan diadakan pada 7-9 Oktober 2022 di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti Hospital Futuristik, Zon Perkhidmatan Bergerak, MyCHAMPION dan pertandingan yang menarik.

Apo laei, jumpo yo kek sano nanti!

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Practice effective hand wasing regimen.

Wash your hands for at least 20 seconds for an effective hand wash!

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#StrongerTogether
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Antara persediaan yang boleh dilakukan sebelum banjir adalah menyediakan

☑️ Keperluan peribadi
☑️ Keperluan bayi dan anak
☑️ Bekalan ubat
☑️ Buku rekod kesihatan
☑️ Menyiapkan barang-barang keperluan, buku rekod perubatan, bekalan ubat dan keperluan peribadi pesakit kronik.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab untuk menyayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHealthKKM untuk maklumat lanjut .

(@myhealthkkm)

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bulan Oktober adalah Bulan Malaysia Sihat Sejahtera.

Ayuh kita budayakan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Berita baik buat pengguna MySejahtera!

Kemas kini aplikasi anda untuk memaparkan Kad Penderma Darah digital anda.

Sila rujuk Soalan-soalan Lazim yang terkini di laman sesawang kami untuk maklumat lanjut.

_______________________

You asked for it, and you will receive it!

Update your MySejahtera app to the latest version to view your digital Blood Donor Card.

Please refer to our latest FAQ in our website for further info.

#MySejahtera2.0
#KadPendermaDarah
Berikut merupakan senarai Pusat Kutipan Darah di seluruh negara yang menggunakan sistem BBISv2.

Sila rujuk Soalan-Soalan Lazim terkini berkaitan Kad Penderma Darah di https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/pendermaan-darah/soalan-lazim untuk maklumat lanjut.

____________________

The following are the list of Blood Collection Centres across the country, using the BBISv2 system.

Please refer to the latest Frequently Asked Questions related to the Blood Donor Card at https://mysejahtera.moh.gov.my/en/blood-donation/faq for further information.

#MySejahtera2.0
#KadPendermaDarah