Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan Keperluan Pemakaian Pelitup Muka Di Dalam Kapal Terbang
Selamat Hari Jantung Sedunia 2022.

Hargai jantung anda dengan

♥️ Makan secara sihat dan seimbang
♥️ Lakukan aktiviti fizikal
♥️ Kekalkan berat badan ideal
♥️ Tidak merokok
♥️ Hindari alkohol
♥️ Lakukan pemeriksaan kesihatan
♥️ Patuhi rawatan yang ditetapkan
♥️ Kenal pasti tanda-tanda awal

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Buletin Utama TV3, 27 September 2022:

Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) merupakan inisiatif strategik pencegahan dan intervensi merokok dalam kalangan pelajar sekolah yang merupakan kerjasama strategik di antara Program Kesihatan Pergigian KKM , Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program yang berterusan sebegini mampu menyumbang ke arah pembentukan generasi Malaysia bebas tembakau atau Generational End Game (GEG) dan juga bagi menyokong pembentukan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan melindungi generasi masa depan daripada ancaman sebarang produk merokok.

https://www.facebook.com/pergigiankkm/videos/1993245344205716

#kearahpembentukangenerasipenamat2040
#generationalendgame
#GEG
“A smoke-free nation by 2040”
- New Straits Times, 28 September 2022

A snippet of KOTAK programme by Principal Director of Oral Health, Ministry of Health Malaysia.
“Fokus cegah merokok, program KOTAK bendung aktiviti tidak sihat bermula dari sekolah”
-Harian Metro, 28 September 2022
Sambutan Hari Jantung Sedunia 2022.

Hargai Jantung Sayangi Kehidupan.

💓 Makan secara sihat dan seimbang
💓 Lakukan aktiviti fizikal
💓 Kekalkan berat badan ideal
💓 Tidak merokok
💓 Hindari alkohol
💓 Lakukan pemeriksaan kesihatan
💓 Patuhi rawatan yang ditetapkan
💓 kenal pasti tanda-tanda awal

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hahhh… ninggai cium bau mulut ku mpun agik2 bilo make mask 🤣

Mun xmok cmya nak & Mok tauk rahsia senyuman menawan?

Senyuman menawan bermula dengan amalan penjagaan gigi secara konsisten setiap hari.
Pastikan kita memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mudahkan?

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MYhealthKKM untuk maklumat lanjut .
(Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#SihatSepanjangHayat
#ANMS
#MyHEALTHKKM
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jom semua pakat-pakat hadir dan memeriahkan 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 (𝐀𝐍𝐌𝐒) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

📆 08 Oktober 2022 (Sabtu)
7.30 pagi - 5.00 petang
📍 Taman Kejiranan Desa Mawar, SK Sri Aman, Air Itam

Pelbagai aktiviti menarik disediakan!

#jknpenang #PenangSihat
#ANMS #JelajahANMSPenang #DaerahTimurLaut #SihatMilikku
#PejabatKesihatanDaerahTimurLaut #PKDTL
Hari Jantung Sedunia disambut pada setiap 29 September setiap tahun. Pada tahun ini, tema Hargai Jantung Sayangi Kehidupan (Use Heart For Every Heart) dipilih bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat.

Penyakit jantung adalah penyumbang terbesar kepada kematian di seluruh dunia. Di Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di mana 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung. Sejak dua dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus pada tahun 2000 ke 17.0 peratus pada tahun 2020.

Berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada tahun 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung. Lebih membimbangkan, beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut.

Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.

Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menyarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil lapan langkah berikut dalam usaha menjaga kesihatan jantung, iaitu:

- Makan secara sihat dan seimbang;
- Lakukan aktiviti fizikal;
- Kekalkan berat badan ideal;
- Tidak menghisap rokok/vape;
- Hindari pengambilan alkohol;
- Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala;
- Mematuhi rawatan yang ditetapkan; dan
- Mengenal pasti tanda-tanda awal sakit jantung.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember 2022 adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan. Inisiatif ini juga adalah selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran. Rakyat Malaysia juga diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 September 2022

https://kpkesihatan.com/2022/09/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-september-2022-sempena-hari-jantung-sedunia-2022/