Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Ciri-ciri klinikal cacar monyet adalah

▶️ Ruam lepuh di bahagian kemaluan dan sekeliling dubur
▶️ Ruam lepuh adakalanya tidak merebak ke bahagian badan yang lain
▶️ Bilangan ruam lepuh yang sedikit
▶️ Tidak mengalami gejala atau hanya dialami selepas kemunculan ruam lepuh
▶️ Keradangan di rektum

Tempoh inkubasi biasanya antara tujuh hingga sembilan hari.

#ANMS
#KekalSihat
#monkeypox
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
📌Diabetes atau Kencing Manis berlaku apabila badan tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya atau badan tidak bertindak balas sebaiknya pada insulin.

Ini menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel untuk ditukarkan kepada tenaga dan mengakibatkan peningkatan paras gula darah.

💥Pra-diabetes merupakan situasi apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal tetapi belum mencapai paras yang dikategorikan sebagai menghidapi Diabetes.

Keadaan ini ditentukan melalui ujian makmal yang akan disahkan oleh pegawai perubatan.
👉 Kebiasaanya, pra-diabetes ini tidak mempunyai gejala.
Pra-diabetes boleh dikawal dengan mengamalkan cara hidup sihat.

🏥 Amalkan cara hidup sihat bagi mengekalkan paras gula darah 🩸 yang normal DAN lakukan saringan kesihatan sekiranya anda tergolong dalam individu berisiko

Makan secara sihat: kurangkan karbohidrat & lemak dalam makanan. Amalkan #SukuSukuSeparuh
Sentiasa aktif
Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan

Jom Saring
KKM sedang mempergiatkan inisiatif saringan kesihatan kebangsaan di KL dan Putrajaya. Kepada semua orang awam dan pelbagai organisasi digalakkan untuk tampil menjalani saringan kesihatan.

- KPK KKM -
Shield Ourself with Second Booster Dose

Tune in to Traxxfm at 11.15am with Dr. Vickneswaran Muthu from Disease Control Division, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya akan diadakan pada 10 September 2022 Sabtu ini..

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bersama rakan-rakan strategik di seluruh Sabah. Dapatkan hadiah menarik di booths pameran dan aktiviti yang disediakan.

Semua dijemput hadir...

Jangan lupa temujanji kita. Jumpa nanti di Sabah International Convention Centre.

#ANMSSMJ
#sihatmilikku

Sumber: Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Sabah Maju Jaya akan diadakan pada 10 September 2022 Sabtu ini..

Pelbagai aktiviti menarik telah diatur bersama rakan-rakan strategik di seluruh Sabah. Dapatkan hadiah menarik di booths pameran dan aktiviti yang disediakan.

Semua dijemput hadir...

Jangan lupa temujanji kita. Jumpa nanti di Sabah International Convention Centre.

#ANMSSMJ
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 27 Ogos 2022 (ME 35/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,789,552;
Kumulatif kes sembuh: 4,723,128 kes;
Kumulatif kes kematian: 36,243 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,068 kluster (kluster aktif: 23 kluster).
Perbandingan antara ME 34/2022 dan ME 35/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 35/2022 menurun sebanyak 20.9 peratus (25,037 kes kepada 19,813 kes);
Bilangan kes baharu pada ME 35/2022 menurun sebanyak16.9 peratus (18,715 kes kepada 15,549 kes);
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 16.8 peratus (18,666 kes kepada 15,530 kes); dan
Bilangan kes import menurunsebanyak 61.2 peratus (49 kes kepada 19 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 35/2022 menurun sebanyak 21.7 peratus (60 kes kepada 47 kes).
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 35/2022 adalah 31,333 iaitu terdapat penurunan sebanyak 13.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Kenyataan penuh di :
https://kpkesihatan.com/2022/09/05/kenyataan-media-kpk-5-september-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-35-28-ogos-3-september-2022/.
Dengan menggunakan ciri terbaru MySejahtera, kini anda tidak perlu risau dengan kehilangan buku rekod imunisasi anak anda.

Layari laman sesawang MySejahtera di https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/rekod-kesihatan-di-mysejahtera/pendigitalan-program-imunisasi-kebangsaan/soalan-lazim untuk soalan lazim berkenaan Pendigitalan Program Imunisasi Kebangsaan.

__________________

By using the latest feature of MySejahtera, now you don't have to worry about losing your child's immunisation record book.

Visit the MySejahtera website at https://mysejahtera.moh.gov.my/en/health-records-in-mysejahtera/digitalisation-of-national-immunisation-programme/faq for Digitalisation of National Immunisation Program FAQ.

#mysejahtera
#MySejahtera2.0

Sumber: MySejahtera
Tahukah Anda Apakah Penyakit Paru-Paru Berparut?

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.30 pagi bersama Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah dari Institut Perubatan Respiratori.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Gandakan Perlindungan dengan Dos Penggalak

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.50 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19 #
sihatmilikku
In the coming days, people in the United States and the United Kingdom will be among the first to receive a new breed of COVID-19 vaccine. The hope was that these updated vaccines — based on Omicron variants of the SARS-CoV-2 virus — would offer substantially greater protection than older vaccines based on the strain of the virus that emerged in 2019. But an analysis1 suggests that updated boosters offer much the same level of protection as an extra dose of the older vaccines does — particularly when it comes to keeping people out of hospital. The study was posted to the medRxiv preprint server on 26 August and has not been peer reviewed.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0vVzmKXjLQQ9PWckRA3ayLeyiicaTzhV2CEzBAjMqhfeg6xqEY6oGjV4agJJ3VhnUl&id=100044314485023

- KPK KKM -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
CUEPACS komited menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi memastikan semua penjawat awam membudayakan hidup sihat serta kelestarian persekitaran yang menyokong budaya hidup sihat.

CUEPACS akan memperluaskan hebahan saringan kesihatan dan menggalakkan penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas untuk membuat saringan kesihatan bagi mengenal pasti status kesihatan masing-masing.

Jom Saring! Cegah awal, rawat awal dan elak komplikasi penyakit.

Penjawat awam tonggak aspirasi Keluarga Malaysia.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip penjagaan kendiri pesakit COVID-19 atau Influenza di rumah.

Elakkan perjumpaan bersemuka dengan ahli keluarga
Buka tingkap untuk memastikan pengudaraan yang baik
Periksa suhu badan dan pantau kadar oksigen dalam badan
Rehat, minum air secukupnya dan makan makanan yang sihat
Makan ubat mengikut nasihat doktor

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Rabies

Sertai sesi TikTok Live @myhealthkkm bersama Dr. Norita Shamsudin dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pengembaraan ANMS Sabah Maju Jaya : Mencapai Kesejahteraan Kesihatan fizikal dan mental bagi negeri Sabah

Jom ramai-ramai datang ke Sabah International Convention Centre SICC pada 10 September 2022 Sabtu ini..

Kami menyediakan pelbagai booths saringan kesihatan percuma, aktiviti kecergasan, hiburan dan konsert, pakej bantuan pendidikan, pinjaman kepada usahawan berminat dan banyak lagi

#ANMSSMJ
#sihatmilikku
#SabahMajuJaya
Jelajah ANMS Sabah akan diadakan pada 10 September 2022 di Sabah International Convention Centre.

Pelbagai aktiviti disediakan seperti sukan, promosi pakej pelancongan, saringan kesihatan, permainan e-sport, senam robik dan peluang pembangunan kerjaya serta pendidikan.

Jom beramai-ramai memeriahkan jelajah ini.

#ANMS
#KekalSihat
#JelajahANMS
#sihatmilikku