Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dua lagi kes baru positif #COVID19 di negara ini menjadikan 21 kes setakat ini.

1. Kes ke-20 - lelaki 27 tahun warga China yg dikesan bergejala ketika saringan di pintu masuk negara di Bkt Kayu Hitam. Ahli perniagaan itu kini dirawat di wad isolasi Hosp Sultanah Bahiyah.

2. Kes ke-21 - Wanita 32 tahun warga China tetapi telah menetap di negara ini.

Dia pergi ke China melawat keluarga pada 22 Jan 2020 dan pulang pada 30 Jan 2020.

Kenyataan akhbar akan menyusul.
Sebanyak 21 kes positif #COVD19 di Malaysia sehingga hari ini (15 Feb) termasuk 7 pesakit yang telah sembuh dan discaj.

Daripada jumlah itu, 6 adalah rakyat tempatan dan 15 warga China.

Malaysia masih berada di peringkat awal pembendungan atau early containment.

A total of 21 positive cases of COVID-19 have been recorded in Malaysia (15 Feb 2020) including 7 who have been cured and discharge from hospitals.

6 out of 21 cases are Malaysians while the remaining 15 are from China.
Dengkur dan Mati Mengejut.

Saksikan dalam rancangan Suara Malaysia di TV1 sekarang.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes COVID-19 di Malaysia meningkat menjadi 22 kes termasuk 7 pesakit yang telah sembuh dan discaj dari hospital.

Status terkini pada jam 10 malam , 15 Februari 2020 (Sabtu) bagi kes COVID-19.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 10 pm, Saturday (Feb 15, 2020).

Worldwide current case and death statistics by WHO.

In Malaysia, 22 cases COVID-19 including 7 have been cured and discharged.
Status terkini pada jam 10 pagi, 16 Februari 2020 (Ahad) bagi kes COVID-19.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 10 am, Sunday (Feb 16, 2020).

Worldwide current case and death statistics by WHO.

In Malaysia, 22 cases COVID-19 including 7 have been cured and discharged.
Seorang lagi pesakit #COVID-19 telah sembuh dan discaj, menjadikan jumlah yang dibenarkan pulang dari hospital 8 orang.

Pesakit kes ke-15, seorang wanita warga China telah discaj dari Hospital Permai, Johor Bahru pada 15 Februari 2020.

Wanita berusia 59 tahun itu disahkan positif pada 7 Februari lalu.

Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) telah membatalkan tiga penerbangan sewa khas bagi membawa penumpang persiaran MS Westerdam dari Kemboja ke KLIA.

Ia susulan salah seorang penumpang iaitu wanita warga Amerika Syarikat yang menaiki pesawat sewa khas yang pertama yang disahkan positif #COVID-19.

Kedutaan Amerika Syarikat telah menempah 4 pesawat milik MAB bagi membawa sebahagian penumpang kapal persiaran itu ke KLIA untuk transit sebelum pulang ke negara asal.

Kerajaan Malaysia tidak membenarkan baki penumpang kapal persiaran MS Westerdam yang masih berada di Kemboja daripada memasuki negara ini.

Kerajaan juga tidak membenarkan kapal persiaran yang berlepas atau transit di mana-mana pelabuhan di China daripada memasuki Malaysia.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Kenyataan Media Situasi Terkini Penyakit Novel Coronavirus (COVID-19)

Satu (1) kes yang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang semalam pada 15 Februari 2020. Kes tersebut adalah kes ke-15 melibatkan seorang warganegara China yang sebelum ini dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

TIADA kes baharu dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 yang masih menerima rawatan di wad adalah 14 orang, manakala lapan (8)orang lagi telah pulih dan dibenarkan pulang.

Baca kenyataan media penuh di lampiran.
Seorang lagi pesakit penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) telah sembuh dan discaj dari Hospital Permai, Johor pada 15 Feb 2020.

Pesakit adalah wanita warganegara China berusia 59 tahun dan merupakan pesakit bagi kes ke-15.

Terima kasih dan syabas kepada pasukan perubatan KKM.

Patient 15 have been recovered and discharged, bringing the total 8.