Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
MITI KOMITED UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 - Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini hadir ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk membincangkan mengenai bentuk kerjasama dalam bidang promosi kesihatan yang boleh diterokai melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Hasil daripada sesi libat urus ini, MITI telah menyatakan persetujuan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat dapat direalisasikan dalam kalangan warga MITI serta agensi dibawahnya.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBrs En Muhazzib bin Harun, Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, MITI bersama barisan Pegawai Kanan MITI, manakala delegasi KKM seramai 5 orang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya Syed Mohamed.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keluarga Malaysia pemangkin kemakmuran.
Lindungi Generasi Muda daripada sebarang bentuk tabit merokok.

Bersama ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SOP terbaru untuk pengembara ke Malaysia

Sila rujuk infografik ini.

____________________

Latest SOP for travellers entering Malaysia

Kindly refer to this infographic.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐
📆 Bermula 13 Ogos 2022
📋 Derma Organ: Cakna Demi Kehidupan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik:
🎤Majlis Pelancaran
💻Webicara Derma Organ Istimewa
🏃🏻‍♂️Cabaran Aktif Bookdoc
🎨Pertandingan Melukis Poster
🎬Pertandingan Video Pendek
🤳🏼Cabaran Selfie
🎲Kuiz Interaktif
💡Pertandingan Inovasi Pameran

Penyertaan adalah PERCUMA
🎁Pelbagai hadiah menarik menanti

Maklumat lanjut hubungi Hotline Derma Organ 1 800-88-9080

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#OrganDonation
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan Laporan Khas Sempena Perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Buletin Utama, TV3 yang telah disiarkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin) untuk peringatan bersama.

Sayangi diri anda

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dato' Jamal Abdillah turut menyokong penuh GEG demi masa depan anak-anak.

Jom dengarkan apa yang beliau katakan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital atau setaraf.
Subvarian Baru Omicron COVID-19

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Simptom COVID-19 Berpanjangan : Hilang Ingatan Sementara

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 3 Ogos 2022
Masa : 9.45 pagi

Panel :

Dr. Akmal Hafizah Zamli
Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi
Hospital Sungai Buloh

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Cegah & Rawat Serlah Senyuman Sihat

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Muhammad Farid Nurdin dari Pejabat Pergigian Daerah Petaling.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
⚠️Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan memberi kesan kepada kesihatan.

💨 Kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape juga boleh memberi mudarat kepada orang di sekeliling mereka.

Buat pilihan biijak.
Katakan TIDAK kepada ROKOK ELEKTRONIK atau VAPE.
Subvarian Baru Omicron COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Adakah Influenza-Like-Illness Test Kit (ILI Test-Kit) untuk kegunaan orang awam

🫰Dikongsikan JAWAPAN terhadap PERSOALAN ini yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui ketulenan ILI Test-Kit?

📌Dikongsikan JAWAPAN terhadap PERSOALAN ini yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia
Nyamuk Aedes pembawa Denggi.

Ia boleh dikenali melalui belang putih pada badan dan kakinya dan mengambil masa 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa .

Luangkan masa 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes di rumah anda.

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Antara tip untuk TIDAK mula merokok

▶️ JANGAN mencuba
▶️ JANGAN terikut-ikut
▶️ JANGAN benarkan sesiapa merokok berhampiran anda dan keluarga.

Katakan TIDAK kepada sebarang bentuk tabiat merokok.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kenapa ILI Test-Kit kurang dan hampir tiada di pasaran?

📌Dikongsikan JAWAPAN terhadap PERSOALAN ini yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia.

Sehingga kini, pengujian bagi Influenza A/B perlu dilakukan dan pengesahan daripada Pegawai Kesihatan!
🟢𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈🟢
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian otak adalah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Seorang yang telah disahkan mati otak bermakna sudah meninggal dunia. Ini adalah pendirian saintifik perubatan antarabangsa dan juga telah diterima oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣: 𝘾𝙖𝙠𝙣𝙖 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sihatmilikku
Demam Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

Antara gejala demam denggi

👉 Demam tinggi yang berlarutan
👉 Loya dan muntah
👉 Sakit otot, sendi badan dan di belakang mata

#ANMS
#KekalSihat
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama