Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berdasarkan WHO Tobacco Fact Sheet pada tahun 2019 merokok menyumbang kepada 8 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia.

Di Malaysia 🇲🇾 sebanyak sekurang kurangnya 27,000 kematian setiap tahun dilaporkan akibat merokok berdasarkan laporan Malaysia Factsheet THE ASEAN Tobacco Atlas. Punca utama kematian adalah disebabkan komplikasi penyakit berkaitan jantung, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru.

Ikuti perbahasan Parlimen untuk RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 - https://youtu.be/Sv9gBL3CssQ
Masalah merokok telah semakin terbeban dengan masalah merokok alaf baharu termasuk rokok elektronik dan vape.

Sehingga kini jumlah pengguna rokok elektronik dan vape semakin meningkat termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kawalan berkaitan rokok elektronik dan vape
PERLU DILAKSANAKAN.

INI MASANYA!

#SayaSokongGEG
Beri sokongan bagi melindungi kesihatan generasi akan datang daripada masalah ketagihan nikotin serta bahan kimia berbahaya akibat daripada produk merokok.

#SayaSokongGEG
MEROKOK adalah TIDAK SELAMAT dan ia membahayakan alam sekitar dan orang yang tidak bersalah di sekitarnya.

Tujuan utama RUU Kawalan Produk Tembakau dan
Merokok 2022 adalah untuk mengawal penggunaan
kesemua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape.

Ayuh beri sokongan bagi mewujudkan generasi 'bebas rokok' di Malaysia.

#SayaSokongGEG
Fasal 3, 4, 5 & 6 iaitu peruntukan-peruntukan berkaitan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau merupakan peruntukan baharu yang telah dicadangkan dalam RUU Kawalan Produk
Tembakau dan Merokok 2022.

Peruntukan-peruntukan in penting bagi
membolehkan pendaftaran, penguatkuasaan dan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau secara sah.
BERIKAN SOKONGAN KEPADA RUU INI!

#SayaSokongGEG
Kerajaan membelanjakan RM6.2 bilion bagi
merawat pesakit merokok pada tahun 2020
berbanding kutipan cukai produk tembakau
RM2.67 bilion.

Peruntukan RUU Kawalan Produk Tembakau
dan Merokok 2022 dapat:

▶️ menurunkan peratusan perokok di Malaysia
▶️ menurunkan beban yang ditanggung oleh
kerajaan dalam merawat penyakit yang
disebabkan oleh tabiat merokok.

#SayaSokongGEG
MITI KOMITED UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2022 - Delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini hadir ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) untuk membincangkan mengenai bentuk kerjasama dalam bidang promosi kesihatan yang boleh diterokai melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Hasil daripada sesi libat urus ini, MITI telah menyatakan persetujuan memberikan sepenuh komitmen dalam memastikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat dapat direalisasikan dalam kalangan warga MITI serta agensi dibawahnya.

Sesi libat urus ini dipengerusikan oleh YBrs En Muhazzib bin Harun, Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, MITI bersama barisan Pegawai Kanan MITI, manakala delegasi KKM seramai 5 orang diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Puan Suraiya Syed Mohamed.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Keluarga Malaysia pemangkin kemakmuran.
Lindungi Generasi Muda daripada sebarang bentuk tabit merokok.

Bersama ke arah Generasi Bebas Rokok (GEG)

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
SOP terbaru untuk pengembara ke Malaysia

Sila rujuk infografik ini.

____________________

Latest SOP for travellers entering Malaysia

Kindly refer to this infographic.

#MySejahtera
#MySejahtera2.0
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐
📆 Bermula 13 Ogos 2022
📋 Derma Organ: Cakna Demi Kehidupan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik:
🎤Majlis Pelancaran
💻Webicara Derma Organ Istimewa
🏃🏻‍♂️Cabaran Aktif Bookdoc
🎨Pertandingan Melukis Poster
🎬Pertandingan Video Pendek
🤳🏼Cabaran Selfie
🎲Kuiz Interaktif
💡Pertandingan Inovasi Pameran

Penyertaan adalah PERCUMA
🎁Pelbagai hadiah menarik menanti

Maklumat lanjut hubungi Hotline Derma Organ 1 800-88-9080

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#OrganDonation
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan Laporan Khas Sempena Perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Buletin Utama, TV3 yang telah disiarkan pada 1 Ogos 2022 (Isnin) untuk peringatan bersama.

Sayangi diri anda

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dato' Jamal Abdillah turut menyokong penuh GEG demi masa depan anak-anak.

Jom dengarkan apa yang beliau katakan.

#ANMS
#KekalSihat
#SayaSokongGEG
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM. Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan ke [email protected].

Kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Media Digital atau setaraf.
Subvarian Baru Omicron COVID-19

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Simptom COVID-19 Berpanjangan : Hilang Ingatan Sementara

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 3 Ogos 2022
Masa : 9.45 pagi

Panel :

Dr. Akmal Hafizah Zamli
Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi
Hospital Sungai Buloh

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Cegah & Rawat Serlah Senyuman Sihat

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Muhammad Farid Nurdin dari Pejabat Pergigian Daerah Petaling.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
⚠️Bahan-bahan yang terkandung rokok elektronik dan vape tersebut boleh memudaratkan dan memberi kesan kepada kesihatan.

💨 Kesan hembusan wap yang keluar daripada rokok elektronik dan vape juga boleh memberi mudarat kepada orang di sekeliling mereka.

Buat pilihan biijak.
Katakan TIDAK kepada ROKOK ELEKTRONIK atau VAPE.
Subvarian Baru Omicron COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
Adakah Influenza-Like-Illness Test Kit (ILI Test-Kit) untuk kegunaan orang awam

🫰Dikongsikan JAWAPAN terhadap PERSOALAN ini yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia.