Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Saring kesihatan anda walau anda berasa sihat.

Pengesanan awal membantu dalam pencegahan atau rawatan awal dengan lebih efektif.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Apakah tujuan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Cadangan pelaksanaan peruntukan ini adalah untuk melindungi generasi muda di Malaysia daripada terjebak dengan amalan merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok apabila mereka dewasa, serta mengurangkan peratus perokok di Malaysia iaitu kurang daripada 5% menjelang 2040.

"Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda di Malaysia” YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

#SayaSokongGEG
Sesi kunjungan hormat Jawatankuasa COMBI Kebangsaan ke Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK) KKM telah berlangsung pada 29 Julai 2022 yang disambut oleh Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah BPK. Rombongan diketuai oleh Tn Haji Mohd Nor bin Ahmad, Presiden COMBI Kebangsaan serta ahli Jawatankuasa COMBI Kebangsaan yang lain.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan hal berkenaan Pelan Tindakan COMBI, aktiviti COMBI Kebangsaan dan kerjasama dengan rakan strategik.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI KAD PENGEMBARA UNTUK SEMUA PENGEMBARA MEMASUKI NEGARA
Buat pilihan bijak.

Katakan TIDAK kepada VAPE.
Sayangi kesihatan anda dan individu di sekeliling anda.
Rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette difatwakan haram sejak 2015.

Beri sokongan penuh kepada KKM. Kita mulakan dari generasi muda dan anak-anak.

P/S : Arak tak perlu fatwa kerana jelas disebut dalam Al-Quran sebagaimana judi.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Program Kesihatan Pergigian KKM turut memainkan peranan ke arah pembentukan Generasi Penamat atau GEG (Generational End Game)

❤️ Beri sokongan ke arah GEG

Lindungi kesihatan generasi akan datang daripada masalah ketagihan nikotin serta bahan kimia berbahaya akibat daripada produk merokok.

#SayaSokongGEG

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
💪 BELIA SOKONG #GEG

Sebagai belia, KKM sangat menyanjung tinggi kesungguhan para belia yang sentiasa menyeru kepada para belia yang lain agar TIDAK MENJADI MANGSA kepada ketagihan produk rokok.

JOM BERSAMA MEREKA dengan menyokong #GEG.

📌 There should not be Harm Reduction, but HARM ELIMINATION.

Sebarkan pesanan ini kepada kenalan anda menerusi platform media sosial.

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
DENGARKAN SUARA GEG

Mahukah kita jadikan anak-anak generasi akan datang Malaysia sebagai mangsa KETAGIHAN PRODUK MEROKOK.

Ayuh semua💪 jadikan hari ini sebagai penghijrahan anda yang paling besar dalam kehidupan, untuk hidup tanpa rokok.

sokongan anda terhadap Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 #GEG amat kami sanjung tinggi.

Bantu sebarkan video kesedaran ini sebagai tanda sokongan anda melalui platform media sosial dengan menyatakan sokongan

#SayaSokongGEG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan apa pesanan pelakon & usahawan terkenal Dato Rosyam Nor mengenai Generational End Game (GEG)

Bacaan Kedua Rang Undang-undang Kawalan Tembakau & Merokok 2022 di Parlimen dijadualkan esok

Pastikan anda menyuarakan sokongan terhadap RUU ini kepada Ahli Parlimen masing-masing!

#SayaSokongGEG
*PERNYATAAN SOKONGAN KEPADA PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022 OLEH MENTERI KESIHATAN*

Merujuk kepada Rang Undang-undang Kawalan Poduk Tembakau dan Merokok 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 29hb. Julai 2022. Majlis Presiden bagi Persatuan dan Kesatuan yang terdiri daripada Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia ( KIKSM), Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS), Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS), Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) dan Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH). Dengan ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin atas pembentangan tersebut.

Sebagai Pegawai yang dilantik untuk melaksanakan Penguatkuasaan akta tersebut. Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia serta jabatan lain di bawah kerajaan tempatan adalah berpengalaman dan mahir kerana telah melaksanakan tugasan ini semenjak dari pengujudan Peraturan-peratuan Kawalan Hasil Tembakau 2004 lagi. Dengan itu kami berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi aspirasi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencapai Generational End Game bagi produk tembakau demi kesihatan rakyat Malaysia.

Pihak kami juga percaya Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan aktiviti pengukuhan kemahiran dan pengetahuan pegawai-pegawai yang akan dilantik bagi melaksanakan tugasan ini melalui latihan dan kursus berkaitan dari masa ke semasa. Pihak Majlis Presiden akan membantu pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha ini agar penguatkuasaan yang dilaksanakan dapat memenuhi semua keperluan perundangan dan norma antarabangsa, terutama yang melibatkan penguatkuasaan ke atas kanak-kanak.

Pihak Majlis Presiden sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia atas pembentangan Rang Undang-undang ini.


Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM),
Kesatuan penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Sabah (KPPKPS),
Kesatuan Inspektor Kesihatan Sarawak (KIKS),
Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM)
Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH).
Cegah Kanser Serviks Melalui Saringan Awal

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Shazimah Abdul Samad dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Beware! COVID-19 is Still Out There

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Mohd Ihsani Mahmood from Division of Disease Control, MOH.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wira Negara ❤️
Tahniah Team Birmingham💪

Pemenang Pingat Emas, Acara Angkat Berat, Sukan Komanwell turut bersama KKM dalam menyokong Generational Endgame. #GEG

💯Pastikan anak cucu kita tidak lagi terjebak dalam aktiviti merokok seawal usia remaja.

Ayuh kita mulakan usaha ini untuk generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 sebagai generasi penamat.

#SayaSokongGEG