Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Adakah orang kesayangan anda berumur 40 tahun dan ke atas?

Jom bawa mereka saring kesihatan sekarang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Selamat datang ke Majlis Pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2022.

https://fb.watch/exIlamFhp7/

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAMBUTAN HARI HEPATITIS SEDUNIA 2022
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Larangan merokok kepada generasi baharu akan dilaksanakan secara berperingkat. We will educate first before imposing the law. Tetapi pelaksanaan #GEG ini tidak boleh ditangguhkan lagi. It has to be now. - Khairy Jamaluddin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia bermula pada Jun sehingga September 2022. Aktiviti NHMS 2020: NOHSA 2020 ini sebenarnya telah dirancang pelaksanaannya pada tahun 2020, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara pada masa tersebut. Tinjauan NHMS 2020: NOHSA 2020 ini merupakan kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian KKM dengan Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM.

NHMS 2020: NOHSA 2020 merupakan kaji selidik kesihatan pergigian orang dewasa yang ke-4 dan dijalankan secara berkala setiap 10 tahun. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara Malaysia. Antara penemuan utama tinjauan terakhir yang diadakan pada tahun 2010 sebelum ini menunjukkan beban penyakit pergigian yang tinggi dalam kalangan penduduk Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas, iaitu 88.9% mempunyai karies pergigian dan 94.0% mengalami penyakit gusi. Rentetan dapatan tinjauan tersebut, Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020 telah menggariskan pelbagai inisiatif dan program pencegahan bagi mengatasi masalah ini.

NHMS 2020: NOHSA 2020 akan melibatkan lawatan ke rumah-rumah yang terpilih dan dijangka melibatkan seramai 23,000 orang responden yang berumur 15 tahun dan ke atas daripada 11,300 buah rumah. Sebanyak 65 buah pasukan pemeriksa telah dibentuk khusus bagi tinjauan ini untuk aktiviti pengumpulan data yang melibatkan temu ramah dan pemeriksaan mulut yang merangkumi pemeriksaan gigi, gusi dan lesi mulut. Adalah diharapkan agar semua pihak yang terpilih dapat memberi kerjasama kepada pasukan pergigian yang mengunjungi rumah yang terpilih kelak.

Hasil dapatan tinjauan ini dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak yang berkepentingan selepas lebih daripada 10 tahun kajian yang sama dijalankan. Ia akan digunakan bagi menilai keberkesanan dan impak ke atas inisiatif serta program-program kesihatan pergigian yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Di samping itu, hasil tinjauan ini juga akan dijadikan data garis dasar (baseline) bagi Pelan Strategik Kesihatan Pergigian Kebangsaan (2022-2030) memandangkan majoriti data kesihatan mulut sedia ada hanya diperolehi daripada penduduk yang menggunakan fasiliti KKM sahaja dan tidak mewakili keseluruhan penduduk Malaysia.

Sekian, terima kasih

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
28 JULAI 2022

https://kpkesihatan.com/2022/07/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-julai-2022-pelaksanaan-tinjauan-kesihatan-dan-morbiditi-kebangsaan-2020-kaji-selidik-kesihatan-pergigian-orang-dewasa-2020-nhms-2020-nohsa-2020/
Kementerian Kesihatan Malaysia telah terlibat dalam Operasi Pangea XV yang berlangsung dari 23 Jun hingga 1 Julai 2022. Operasi ini merupakan satu tindakan kolektif peringkat antarabangsa terhadap penjualan ubat-ubatan dan produk perubatan yang dijual secara haram. Semasa Operasi Pangea XV 2022 ini, sebanyak 2,438 pautan di laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berdaftar dikesan dan dianggarkan berjumlah RM2,652,500 produk farmaseutikal tidak berdaftar telah dirampas di seluruh Malaysia.

Operasi Pangea XV ini telah diselaraskan oleh International Criminal Police Organization (INTERPOL) dengan penglibatan polis, kastam dan pihak berkuasa kesihatan dari setiap benua dengan melancarkan tindakan penguatkuasaan secara besar-besaran untuk membanteras penjualan produk farmaseutikal dalam talian. Hampir separuh daripada keseluruhan bungkusan yang diperiksa oleh penguatkuasaan undang-undang di 94 negara di seluruh dunia semasa Operasi Pangea XV didapati mengandungi ubat-ubatan yang menyalahi peruntukan undang-undang.

Baca kenyataan Penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/07/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-julai-2022-operasi-pangea-xv-2022-laman-sesawang-menjual-produk-farmaseutikal-tidak-berdaftar-dikesan-produk-farmaseutikal-tidak-berdaftar-dirampas-di-seluruh-malaysia/.
Apakah Faktor atau Penyebab Masalah Pendengaran?

Dengarkan di Erafm esok dalam slot Tanya Pro Era pada pukul 7.30 pagi bersama Dr. Yusmeera Yusof dari Hospital Selayang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Saring kesihatan anda walau anda berasa sihat.

Pengesanan awal membantu dalam pencegahan atau rawatan awal dengan lebih efektif.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Apakah tujuan pelaksanaan peruntukan generasi penamat (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022

Cadangan pelaksanaan peruntukan ini adalah untuk melindungi generasi muda di Malaysia daripada terjebak dengan amalan merokok dan menjadi mangsa ketagihan produk merokok apabila mereka dewasa, serta mengurangkan peratus perokok di Malaysia iaitu kurang daripada 5% menjelang 2040.

"Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda di Malaysia” YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan.

#SayaSokongGEG
Sesi kunjungan hormat Jawatankuasa COMBI Kebangsaan ke Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK) KKM telah berlangsung pada 29 Julai 2022 yang disambut oleh Pn. Suraiya Syed Mohamed, Pengarah BPK. Rombongan diketuai oleh Tn Haji Mohd Nor bin Ahmad, Presiden COMBI Kebangsaan serta ahli Jawatankuasa COMBI Kebangsaan yang lain.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan hal berkenaan Pelan Tindakan COMBI, aktiviti COMBI Kebangsaan dan kerjasama dengan rakan strategik.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI KAD PENGEMBARA UNTUK SEMUA PENGEMBARA MEMASUKI NEGARA
Buat pilihan bijak.

Katakan TIDAK kepada VAPE.
Sayangi kesihatan anda dan individu di sekeliling anda.
Rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette difatwakan haram sejak 2015.

Beri sokongan penuh kepada KKM. Kita mulakan dari generasi muda dan anak-anak.

P/S : Arak tak perlu fatwa kerana jelas disebut dalam Al-Quran sebagaimana judi.

- KPK KKM -