Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Perhatian kepada ibu bapa dan kawan-kawan semua‼️

Jom ketahui sentuhan tidak selamat untuk anak lelaki dan perempuan.

Jangan beri orang lain sentuh bahagian yang bertanda

Sekiranya ada yang menyentuh bahagian tersebut, jangan berdiam, laporkan kepada orang yang anda percayai.

#didiandfriends
#kkm
#didiXHePiLi
#HePiLi
#sentuhantidakselamat
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 telah menetapkan supaya semua agensi pada peringkat persekutuan dan negeri perlu menggunakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi yang lebih berkesan menjelang tahun 2022.

Selain itu, Pelan Antirasuah KKM 2021-2022 juga telah menggariskan inisiatif bayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan KKM untuk mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan.

Oleh itu, KKM akan melaksanakan bayaran tanpa tunai (cashless) mulai 1 Oktober 2022.
Walau bagaimanapun, bayaran secara tunai MASIH DITERIMA sekiranya pelanggan tidak mempunyai kad ATM/debit atau kad kredit atau e-dompet.
Apa itu ILI?

Jangan lupa sertai TikTok Live @myhealthkkm pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Aznida Mohamad Zaki dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#ILI
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis A merupakan penyakit keradangan hati akibat jangkitan virus Hepatitis A (HAV).

Ia boleh berjangkit melalui fekal oral, pengambilan makanan oleh pengendali makanan yang dijangkiti dan boleh menyebarkan jangkitan pada minggu pertama dan berlarutan sehingga 2-3 minggu sebelum mula menunjukkan simptom.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perhatikan tanda dan gejala Hepatitis A kerana biasanya ia muncul pada hari ke 15 - 45 selepas dijangkiti.

10-15% individu yang dijangkiti akan menghidap penyakit berlanjutan atau berulang sehingga 6 bulan.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berikut adalah golongan berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis A.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Amalkan kebersihan diri yang baik bagi mencegah jangkitan Hepatitis A.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kos yang ditanggung negara untuk merawat penyakit akibat merokok adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai sumbangan produk tembakau. #GEG mampu mengurangkan kos rawatan, mengawal selia industri vape dan menyelamatkan 2 juta nyawa. Be on the right side of history. - Khairy Jamaluddin
Masalah merokok bukan sahaja menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan kematian pra-matang, ia juga memberikan impak kepada ekonomi negara.

Penggunaan rokok elektronik atau vape pula dikenal pasti menyebabkan satu penyakit baru dipanggil Electronic Cigarette or Vaping Associated Lung Injury atau EVALI.

Dengan adanya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok ini, kawal selia terhadap industri rokok elektronik atau vape boleh dilaksanakan.

Peruntukan Generasi Penamat (GEG), KKM dapat menjimatkan kos rawatan penyakit akibat komplikasi merokok yang ditanggung kerajaan dan boleh menyelamatkan hampir 2.07 juta nyawa rakyat Malaysia.

#SayaSokongGEG
Hari Hepatitis Sedunia

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Norhaniza Bahar dari Hospital Serdang.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku
Hari Hepatitis Sedunia

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 28 Julai 2022
Masa : 8.50 pagi

Panel :

Dr. Syuhada Dan Adnan
Ketua Unit dan Pakar Hepatologi & Gastroenterologi
Hospital Sultanah Nur Zahirah

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepatitis B dan C adalah penyakit keradangan hati disebabkan jangkitan virus Hepatitis B dan C.

Penyakit Hepatitis digelar silent killer kerana tanda dan gejala muncul setelah pesakit menghidap hepatitis kronik yang berkomplikasi.

Jangkitan adalah melalui darah dan cecair badan.

Penyakit Hepatitis B dan C yang tidak dirawat boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati.

Lakukan ujian saringan hepatitis jika anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hepatitis, tidak boleh tunggu!

Individu dijangkiti tanpa sedar tidak boleh tunggu untuk jalani saringan.
Pesakit Hepatitis tidak boleh tunggu dapatkan rawatan.
Ibu mengandung yang berisiko tidak boleh tunggu untuk saring dan rawat Hepatitis.
Bayi baru lahir tidak boleh tunggu untuk dapatkan dos pertama vaksin Hepatitis B.
Individu dengan Hepatitis tidak boleh tunggu untuk dihentikan stigma dan diskriminasi.

#ANMS
#KekalSihat
#hepatitis
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
COVID-19 masih berleluasa.

Kita boleh bantu lindungi keluarga dan kenalan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk dengan menyokong mereka dapatkan vaksin atau dos penggalak mereka.

Lakukan langkah-langkah disenarai untuk lindungi mereka.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Adakah orang kesayangan anda berumur 40 tahun dan ke atas?

Jom bawa mereka saring kesihatan sekarang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Selamat datang ke Majlis Pelancaran Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2022.

https://fb.watch/exIlamFhp7/

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SAMBUTAN HARI HEPATITIS SEDUNIA 2022