Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Putuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.

Ibu bapa perlu

Pastikan anak tidak ke sekolah jika bergejala
Ajar anak langkah cuci tangan dengan betul
Didik anak amalan batuk dan bersin dengan betul
Bekalkan pelitup muka secukupnya kepada anak
Bekalkan pensanitasi tangan untuk anak bawa ke sekolah

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.

Kerap cuci tangan
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Pakai pelitup muka di tempat tertutup
Buka pintu dan tingkap bilik bagi pengudaraan yang baik
Tidak berkongsi peralatan peribadi
Elakkan pergaulan rapat dengan rakan-rakan sekiranya bergejala

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#Influenza
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍
Terdapat dua jenis pendermaan organ di Malaysia iaitu pendermaan organ selepas kematian dan pendermaan organ semasa hidup.

Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah:
🔹Jantung
🔹Paru-paru
🔹Hati
🔹Buah pinggang

Organ yang boleh didermakan semasa hidup adalah
🔸Sebahagian hati
🔸Salah satu buah pinggang

Lebih banyak organ boleh didermakan selepas kematian berbanding pendermaan organ semasa hidup.

Pendermaan organ selepas kematian dapat menyelamatkan nyawa sehingga 8 orang.
Walau bagaimanapun, berikutan kekurangan penderma organ selepas kematian menyebabkan pendermaan organ semasa hidup perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan nyawa.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

Sumber: FB Derma Organ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda perlu naik dan turun tangga tanpa henti selama 30 minit untuk membakar kalori 1 bungkus nasi lemak biasa.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#malaysiasihatsejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sesetengah pesakit yang mengalami osteoarthritis mungkin mengambil suplemen glucosamine sebagai rawatan tambahan bagi mengurangkan rasa sakit pada bahagian sendi.

Jom bersama-sama kita kenali glucosamine dan ambil tahu kesan yang boleh berlaku selepas pengambilannya.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Asma dan COVID-19

Pesakit Asma yang mendapat jangkitan COVID-19 didapati mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat Long COVID dan kawalan asma menjadi kurang baik.

Cegah jangkitan COVID-19. Jangan abaikan langkah pencegahan dan ambil vaksin dan dos penggalak COVID-19 bagi mereka yang layak .

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa tatacara pengurusan jenazah bukan Islam yang dijangkiti COVID-19 telah disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.

KKM juga tidak menetapkan:

😷 jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian;

😷 jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah tetapi digalakkan memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak.
Tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 telah disemak semula agar ia relevan dengan situasi semasa.

Ia sejajar dengan Resolusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ketiga Tahun 2021 yang telah bersidang pada 26 Julai 2021.

Jenazah Islam dibenarkan untuk dimandi dan dikapankan dengan mengikuti amalan langkah berjaga-jaga seperti dikongsikan.

KKM tidak menetapkan:

▶️ jumlah waris yang boleh terlibat dalam proses pengebumian jenazah tetapi perlu memakai PPE yang bersesuaian;

▶️ jumlah kehadiran untuk menyaksikan proses pengebumian jenazah tetapi digalakkan memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Peningkatan vektor pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus semakin berleluasa. Ini kerana sisa pepejal yang tidak diurus dengan baik. Bukan itu sahaja, pencemaran juga semakin meningkat.

Apa yang boleh kita lakukan?

Tonton video ini sehingga habis.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMANSUHAN KEPERLUAN MENGISI PAS PENGEMBARA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA MEMASUKI NEGARA
Hai kawan-kawan.. Jangan ketinggalan untuk menyertai Kuiz Kak Min bersama Didi & Friends yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu 2 Julai 2022 jam 10 pagi.

Soalan akan diberikan secara langsung menerusi FB Hepili Network dan YouTube Didi & Friends.

Hora Horey

#didixhepili #kuizkakmin #HePiLI
Hai adik-adik 🥰

Lama Kak Min tidak bersiaran di FB Hepili Network

Hari ini team HePiLI ingin mengucapkan selamat menyambut Minggu Sihat HePiLI 2022 kepada semua warga institusi pendidikan

Take 5 ke arah kesejahteraan mental dan fizikal

Jom hayati perutusan oleh YB Menteri Kesihatan sempena Minggu Sihat HePiLI 2022

https://fb.watch/d_tqz6tKZ3/
Imbas QR Kod tertera untuk menonton Kuiz Kak Min bersama Didi & Friends. 🥳

Hai kawan-kawan,

KUIZ KAK MIN BERSAMA DIDI & FRIENDS AKAN BERSIARAN DI FACEBOOK HEPILI NETWORK ATAU YOUTUBE DIDI & FRIENDS.

Berikut adalah makluman lanjut mengenai Kuiz Bersama Kak Min.

Hari : Sabtu
Tarikh : 2 Julai 2022
Masa : 10 pagi
Siaran : Facebook HePiLI dan Youtube Didi & Friends

Jom jawab Kuiz Bersama Kak Min HARI INI untuk dapatkan hadiah menarik! Hora Horey! 🎉

#didiandfriends #didiXHePiLi #kuizkakmin
Kekal Berhubung

Luangkan masa untuk kekal berhubung dengan keluarga, sabahat, rakan kerja dan jiran.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Masalah Bantut di Kalangan Kanak-Kanak

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Puan Nuurdiana Mohd Rafien, Pegawai Sains Pemakanan dari Bahagian Pemakanan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
RSV atau COVID-19?

Dengarkan di zayanfm pada pukul 7.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani Mahmood dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
RSV atau COVID-19?

Dengarkan di sinarm pada pukul 7.50 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Strok haba terjadi apabila suhu badan meningkat melebihi 40C.

Suhu normal badan manusia adalah antara 36.6C hingga 37.2C. Antara tanda-tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas & denyutan nadi yg pantas.

Tanda-tanda lain ialah otot lemah & kejang, muntah, kulit kering & kemerahan, sawan serta pitam. Suhu tinggi di tanah suci ketika musim Haji boleh mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak menyebabkan seseorang itu sawan, koma & maut. Strok haba akan berlaku jika jemaah Haji lama terdedah dengan suhu panas terutamanya ketika tawaf & juga kurang minum air.

Nasihat kepada semua jemaah haji untuk berhati-hati dan kenal dengan gejala strok haba serta cuba elakkan daripada berlaku strok haba.

Semoga segala usaha ibadah haji kita dipermudahkan InshaAllah.

- KPK KKM -