Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM akan memulakan rawatan ubat antibodi monoclonal Tixagevimab plus Cilgavimab (EVUSHELD) dalam waktu yang terdekat bagi memastikan golongan berisiko tinggi terus mendapat perlindungan daripada jangkitan COVID-19.

🛡️ Kajian menunjukkan bahawa ubat antibodi EVUSHELD dapat melindungi penerima dari jangkitan COVID-19 untuk jangka masa 6 bulan selepas pemberian suntikan.

Kaedah pemberian ubat antibodi ini adalah melalui 2️⃣ suntikan intramuskular yang berasingan secara berturut-turut.

Bagi pesakit immunocompromised yang telah menerima vaksin COVID-19, EVUSHELD boleh diberikan 2 minggu selepas vaksinasi.
💊 Penggunaan ubat antiviral COVID-19 Paxlovid telah dimulakan di fasiliti kesihatan KKM sejak 15 April 2022.

Rawatan Paxlovid terbukti:
✔️ selamat dan berkesan
✔️ dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan dan kadar kematian pesakit COVID-19.

Oleh itu, bagi memastikan akses yang lebih baik kepada pesakit, rawatan menggunakan ubat Paxlovid ini akan diperluaskan ke fasiliti kesihatan swasta terpilih dalam waktu yang terdekat.

Pemberian ubat Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah secara PERCUMA. Walaubagaimanapun, pesakit masih tertakluk kepada caj khidmat rundingan dan lain-lain caj berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.
MyV + IFitEr 1.0 telah berlangsung selama 10 minggu bermula 22 Januari hingga 25 Mac 2022 telah disertai oleh 449 peserta.

Purata penurunan berat peserta adalah 3 kg daripada berat badan asal.

Tahniah dan syabas kepada peserta yang telah berjaya menamatkan program ini.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
⚠️ Penyakit zoonosis adalah penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang disebabkan oleh pathogen sama ada bakteria, virus atau parasit.

Peka dengan kesihatan kita dan sentiasa amalkan kebersihan bagi mencegah penyakit berjangkit ini.

👉 Selain jangkitan melalui vektor, terdapat penyakit zoonosis yang boleh merebak sesama manusia melalui pesakit yang dijangkiti seperti penyakit monkeypox dan ebola.
Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Langkawi yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Dataran Telaga Walk, Pulau Langkawi, Kedah.

https://fb.watch/dzJp40v7Xq/
Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (WOPAD 2022) dengan tema Every Steps Counts disambut pada 6 April setiap tahun.

Kekal cergas dengan

Aktifkan diri dalam rutin harian
Berjalan 10,000 Langkah Sehari
Lakukan X-Break

Jom Sertai ANMS Steps Challenge melalui aplikasi BookDoc.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI TIBI SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 DAN PELANCARAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DI LANGKAWI
➡️ Radikal bebas terbentuk melalui proses yang dinamakan pengoksidaan. Ianya dipengaruhi oleh faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pemakanan yang kurang sihat.

👍 Antioksida adalah bahan yang dapat mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

JOM, ambil pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh kerana setiap makanan ini mengandungi pelbagai jenis antioksidan yang bermanfaat untuk kesihatan anda
Antara tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyumbang kepada penularan virus Denggi adalah kerana sampah sarap yang tidak dibuang dengan betul atau tidak diurus dengan baik.

Pastikan premis anda bersih dan bebas daripada sampah sarap yang boleh menakung air.

Lupuskan sampah sarap dengan sempurna.

Tiada Aedes, Tiada Denggi
Hari Tanpa Tembakau 2022 membawa tema Merokok : Ancaman kepada alam sekitar dan generasi masa depan.

Pemilihan tema ini selari dengan kempen global WHO dan pada masa yang sama memberikan penekanan kepada generasi muda selaku pewaris negara akan datang.

Generational End Game merupakan satu bentuk larangan menyeluruh aktiviti tertentu berkaitan merokok bagi generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 dan ke atas.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dan Jelajah ANMS Peringkat Pulau Langkawi telah berjaya dilaksanakan pada 11 Jun 2022. Sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 di Telaga Walk, Pulau Langkawi.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti Bicara Santai Bersama Pakar, aktiviti berteraskan 4 teras utama ANMS, pertandingan Explorace Kesejahteraan, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan 'Jom Saring!', pertandingan mewarna, konti RTM Langkawi FM dan lain-lain.

Jelajah ANMS Peringkat Langkawi juga telah dirasmikan bersama dengan sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan rakan-rakan strategik ANMS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION.

Jangan lupa untuk sertai kami di Siri Jelajah ANMS yang seterusnya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#JelajahANMS
#sihatmilikku
#JelajahANMSKedah
#WoWLangkawi
Apakah perbezaan HFMD, chickenpox dan monkeypox

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Ketahui perbezaannya menerusi info yang dikongsikan ini.

Pengetahuan mengenainya penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

⚠️ Ketiga-tiga penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair tubuh pesakit yang dijangkiti.

Jadi pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
Program Ramah Mesra YB Timbalan Menteri Kesihatan 1 Bersama COMBI Daerah Langkawi telah diadakan pada 11 Jun 2022 jam 3.00 petang di Lokaliti COMBI Kg Sg Itau Pulau Langkawi. Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi.

Program ini anjuran Cawangan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dalam menampilkan peranan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION di peringkat akar umbi termasuk pasukan COMBI.

Sesi taklimat Pengenalan COMBI Kg Sg Itau telah disampaikan oleh Naib Pengerusi COMBI Kg Sg Itau Langkawi.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/345167534431889

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
12 Jun 2022

Sempena Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022 (World Rare Disease Day - WRDD), Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia (MLDA) bersama-sama Malaysian Rare Disorders Society, Persatuan Sindrom Prader-Willi Malaysia (PWS) dan Persatuan Berbasikal Negeri Sembilan telah menganjurkan Ride with Hope - MIKU Challenge di Dataran Rembau.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran berkaitan penyakit jarang jumpa di Malaysia.

MIKU Challenge juga menyahut seruan Kerajaan melalui ANMS iaitu mempromosi pembudayaan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/345224271092882

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Demam denggi disebabkan jangkitan virus Denggi yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

🦟 Nyamuk Aedes aktif menggigit pada:
🌄 Awal pagi (5.00 pagi -7.00 pagi)
🌅 Lewat petang (5.00 petang -7.00 malam)

👉 Ikuti langkah ini sekiranya anda dan keluarga melakukan aktiviti di luar rumah pada waktu nyamuk Aedes aktif.

✔️ Tindakan terbaik melindungi diri dan keluarga daripada demam denggi adalah melalui langkah pencegahan.
Isolasi HFMD

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Abdullah Husam A Shukor dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku