Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sambutan Hari Denggi Asean | Gotong Royong Mega 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/551832996448771/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes purata mingguan epid minggu ke 22 pada 5 hb Jun 2022 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
MyChampion peringkat kebangsaan telah dilancarkan pada 26 Mac 2022.

MyChampion merupakan satu inisiatif KKM dalam usaha memperluaskan peranan sukarelawan merentasi kementerian, agensi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai rakan strategik pemerkasaan komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Jadilah juara dalam komuniti anda.

Jom daftar sebagai MyChampion hari ini.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Jun 2022 (ME 22/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

Kumulatif kes baharu: 4,513,631;
Kumulatif kes sembuh: 4,455,499 kes;
Kumulatif kes kematian: 35,686 kes; dan
Kumulatif kluster: 7,010 kluster (kluster aktif: 4 kluster).
Perbandingan antara ME 21/2022 dan ME 22/2022:

Bilangan kes sembuh pada ME 22/2022 menurun sebanyak 13.4% (15,925 kes kepada 13,797 kes) Rajah 7;
Bilangan kes baharu pada ME 22/2022 menurun sebanyak 15.5% (13,076 kes kepada 11,052 kes) Rajah 8;
Bilangan kes tempatan menurunsebanyak 15.4% (13,022 kes kepada 11,022 kes); dan
Bilangan kes import menurun sebanyak 45.5% (55 kes kepada 30 kes).
Bilangan kes kematian pada ME 22/2022 menunjukkan peningkatan kepada 36.8 % (19 kes kepada 26 kes) berbanding ME 21/2022; dan
Purata kes aktif setiap hari bagi ME 22/2022 adalah 23,290, iaitu terdapat penurunan sebanyak 8.2% berbanding minggu sebelumnya

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/06/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-me-22-2022-29-mei-4-jun-2022/
Jom Derma Darah

Dengarkan di Gegarfm pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Anis Zarina Zarini dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Persatuan Lestari Alam telah mengorak langkah yang positif bersama-sama KKM bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ANMS dengan memfokus kepada teras 4 iaitu memantapkan kebersihan persekitaran.

Antara projek yang dilaksanakan adalah Kebun Kejiranan Bandar Local Agenda 21 Kuala Lumpur dan Agenda Hijau Lembah Jaya.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/337808268501149 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia (ME 22 2022)

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan mengenai situasi terkini penyakit tangan, kaki dan mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia.

Bagi tahun 2022 (bermulanya tempoh Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19), sehingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (pada 4 Jun 2022), sejumlah 82,846 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 32 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,485 kes. Berbanding dengan 30,489 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19), ia menunjukkan peningkatan sebanyak 1.7 kali ganda. Manakala kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME 22/2022 sahaja adalah 16,954 kes, menurun sebanyak 9.3% berbanding ME 21/2022 iaitu 18,688 kes .

Pada tahun 2022, sehingga 4 Jun 2022, Negeri Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 23,305 kes (28.13%). Ia diikuti oleh WP Kuala Lumpur & Putrajaya 9,540 kes (11.52%), Perak 8,032 kes (9.70%), Kelantan 5,782 kes (6.98%) dan Johor 5,234 kes (6.32%); sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 4,600 kes.

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 74,841 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 6,520 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,485 kes (2%)

Berdasarkan survelan jenis virus (enterovirus) penyebab HFMD di Malaysia, tiga (3) virus utama yang menyebabkan penularan HFMD dalam komuniti pada tahun 2022, adalah Enterovirus 71 (EV71), Coxsackie A6 (CA6) dan Coxsackie A16 (CA16). Pada tahun 2022, sehingga kini, terdapat tiga (3) kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU). Kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak (encephalitis) dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU. Manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah pada 31 Mei 2022.

https://kpkesihatan.com/2022/06/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-22-2022/
MELAKA, 5 JUN 2022 - YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Jelajah Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Melaka di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan baru-baru ini.

ANMS yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 November 2021 sebagai tawaran baharu (new deal) kerajaan bertujuan menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan Kesihatan. ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation dengan penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.

Siri Jelajah ANMS di seluruh negara digerakkan bermula dengan negeri Melaka pada 4-5 Jun 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir dan dilaksanakan di seluruh negara tahun ini.

Jelajah ANMS bertujuan untuk mengetengahkan aspirasi Malaysia Sihat Sejahtera melalui:

a. Mempromosikan pembudayaan hidup sihat untuk kesejahteraan kesihatan;
b. Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan;
c. Memperkasakan rakyat dalam kawalan kesihatan kendiri; dan
Memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan rakan strategik untuk mencapai kesejahteraan kesihatan.

Jelajah ANMS Peringkat Negeri Melaka juga diadakan secara bersama dengan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan rakan-rakan strategik ANMS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION.

Sempena Jelajah ANMS yang berlangsung Kementerian Kesihatan Malaysia juga menjalankan Saringan Kesihatan Kebangsaan dengan tagline ‘Jom Saring!’ untuk orang ramai.
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM (2 jawatan).

Kepada yang berminat boleh emel dokumen seperti di dalam iklan.

Kelayakan akademik Ijazah Sarhana Muda Seni Reka Grafik / Multimedia dan setaraf dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau yang setaraf.
Siri Jelajah ANMS Melaka telah berjaya dilaksanakan pada 4-5 Jun 2022. Siri ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. Jelajah ANMS akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan. Antaranya saringan kesihatan, DJ corner, pameran 4 Teras ANMS, permainan interaktif dan lain-lain.

Siri Jelajah ANMS ini juga diadakan bersama dengan sambutan Hari Denggi ASEAN dan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan yang melibatkan penyertaan rakan-rakan strategik ANMS termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia Community Health Agent atau MyCHAMPION.

Jangan lupa untuk sertai kami di Siri Jelajah ANMS yang seterusnya. Tunggu.....

https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02ojfN31qyAFkqENJVfTD5LJqu97ysi8jFFAwDtcvsXup6fWHXEPRCpC5i6QELUeeHl

#ANMS
#JelajahANMS
#sihatmilikku
Dikongsikan langkah-langkah bagi mengisi maklumat kesihatan untuk pengembara di aplikasi MySejahtera.

• Pengembara luar negara yang baru tiba dari negara yang dilaporkan kes Cacar Monyet (Monkeypox) akan menerima notifikasi makluman kesihatan di aplikasi MySejahtera anda selama 21 hari bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri.

• Makluman kesihatan ini hanya akan terpapar sekiranya borang pra pelepasan dihantar.
Asma adalah penyakit kronik akibat penyempitan saluran pernafasan apabila terdedah kepada pencetus asma. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2011, prevalens asma bagi penduduk Malaysia adalah 6.4%.

Asma yang lambat dikesan menyebabkan rawatan awal tertangguh, meningkatkan risiko komplikasi dan risiko dimasukkan ke hospital, malah boleh mengancam nyawa.

Serangan asma boleh dicetuskan oleh perkara berikut:

o Habuk
o Bulu haiwan peliharaan seperti kucing
o Debunga
o Senaman keterlaluan
o Cuaca sejuk/lembap
o Udara tercemar
o Bahan kimia
o Stres

Komplikasi dan Kematian akibat asma boleh dicegah! Kenali tanda-tanda serangan asma dan dapatkan rawatan segera. Dapatkan pemeriksaan dan konsultasi secara berkala di klinik berdekatan anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cacar Monyet

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 10.00 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat 2022 (ANMS) @ Langkawi

Dengarkan di Langkawifm esok pada pukul 10.15 pagi bersama Puan Nurul Wahida Osman dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#jelajahANMS
#sihatmilikku