Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Bicara DR
Rabu | 25 Mei 2022 |
9:00 Malam

PENYAKIT TANGAN,KAKI & MULUT (HFMD)

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/981185499251118

Bersama

Dr Tan Yuong Chin
Pakar Pediatrik
Hospital Tuanku Azizah

Zuhairulnizal Khidir
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Afiqah Ahmad Hisham
Ibu bekas pesakit HFMD

Sumber: Berita RTM
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 5.00 petang ini, secara langsung di FB KKM.

Sidang media petang ini adalah berkenaan:

1) Perkembangan terkini dari World Health Assembly, Geneva,

2) Perkembangan penyakit tangan, kaki & mulut (HFMD),

3) Pemantauan & status terkini penyakit cacar monyet (monkeypox).
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Mei 2022 untuk seluruh negara adalah 0.98. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Dimaklumkan bahawa susulan kenyataan KKM mengenai penyakit monkeypox, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei).

Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan Monkeypox.

Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan NEGATIF Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji.

- KPK KKM -
Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di seluruh negeri giat menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan, pencegahan dan sanitasi kawasan-kawasan berisiko bagi menangani penularan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)

#ANMS
#kawalankendiri
#sabahsihat

https://www.facebook.com/191870418550/posts/10159355930228551/?d=n

Sumber: JKN Sabah
KES HFMD makin meningkat, usaha mencegah perlu lebih 'menyengat'

Sesi Townhall meeting bersama pengusaha taska/tadika/pusat jagaan kanak-kanak yang di adakan di Auditorium Oriental Nilam College of Nursing & Health Sciences , Pusat Perubatan Klebang mELAKA . melibatkan sebanyak
︎ Taska/Tadika Swasta : 468
︎ Taska/Tadika Kemas : 337
︎ Taska/Tadika Perpaduan : 68

Jabatan Kesihatan akan terus memantapkan usaha untuk memberi pendedahan kepada pengendali atau guru-guru tadika/taska kaedah pengawalan dan pencegahan HFMD serta membincangkan isu-isu yang di hadapi oleh pengendali atau guru-guru tadika/taska kaedah pengawalan dan pencegahan HFMD di taska/tadika.

Ibu bapa juga perlu lebih cakna dalam kerjasama mencegah penularan HFMD.
SAMA SAMA JAGA

#MelakaSihat
#MelakaCegahHFMD

https://www.facebook.com/JabatanKesihatanNegeriMelaka/posts/320408006933991

Sumber: JKN Melaka
26 MEI 2022 - TAMAN SEPUTEH, KL

Hi Keluarga Malaysia! 🇲🇾

Tahukah anda tentang Kerangka Agenda Nasional Malaysia Sihat? Bagi merealisasikan Malaysia Sihat Sejahtera, perlunya ada keberhasilan tingkah laku.

Antaranya adalah :
Pembudayaan Norma Baharu dan Pematuhan SOP
Pengambilan Vaksin
Pembudayaan Hidup Sihat
Kebersihan Persekitaran

#ANMS
#sihatsepanjanghayat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI TERKINI HAND, FOOT, MOUTH DISEASE (HFMD) DI MALAYSIA