Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum
menerima vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 1️⃣5️⃣ Mei 2022. Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

Walaubagaimanapun, keputusan in tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan telah mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022. Kanak-kanak dalam kategori in boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera.
21 APRIL 2022 - TAMAN KAJANG UTAMA, SELANGOR

Perhatian kepada para ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Jika anda masih belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 buat anak-anak anda, jangan berlengah lagi. Hari terakhir adalah pada 15 Mei 2022.

Jom pakat ambil vaksin untuk anak-anak. Baru la senang hati nak balik kampung dan beraya!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
Berkuatkuasa 22 April 2022 (Jumaat), berikut adalah prosedur pengurusan kontak rapat kepada kes COVID-19.

Effective 22 April 2022 (Friday), the following is the procedure for close contacts to COVID-19 cases.
Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2022 – Polisi Lawatan Untuk Penjaga Dan Pelawat Hospital KKM Semasa Fasa Peralihan Ke Endemik COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa polisi dan garis panduan yang digunapakai dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan KKM semasa pandemik COVID-19 sentiasa disemak dan dikemaskini berdasarkan perkembangan terkini kejadian jangkitan COVID-19 di dalam dan luar negara.

Berdasarkan analisa trend terkini kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 dan kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19 yang rendah, KKM telah meneliti semula dan mengemaskini polisi lawatan untuk penjaga dan pelawat di hospital. Langkah ini diambil setelah mengambil kira kepentingan sokongan psikososial terutamanya daripada ahli keluarga pesakit dalam membantu proses penyembuhan pesakit.

Sehubungan dengan itu, KKM telah bersetuju untuk membenarkan pesakit-pesakit di wad untuk ditemani oleh penjaga dan juga menerima pelawat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Walau bagaimanapun, tatacara perlaksanaan arahan ini adalah tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

https://kpkesihatan.com/2022/04/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-april-2022-polisi-lawatan-untuk-penjaga-dan-pelawat-hospital-kkm-semasa-fasa-peralihan-ke-endemik-covid-19%ef%bf%bc%ef%bf%bc%ef%bf%bc/
Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam menganjurkan *PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI* secara atas talian (FB Live) seperti ketetapan berikut:

TARIKH & MASA : *22 April 2022 (Jumaat)*
MASA : *9.15am – 11.00am*
PLATFORM : *Virtual (FBLive - https://www.facebook.com/myhealthkkm)*
CPD : *1 Point*

Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. *Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.*
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.81. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
ANDA boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19

--------

YOU can be part of the solution to #COVID19!

#ChampionsAgainstCOVID19


Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/482039163660130/

Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (BPKA) dengan kerjasama Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Bahagian di bawah Program Kesihatan Awam menganjurkan PROGRAM KESEDARAN DAN PENDIDIKAN AMALAN KE ARAH HIJAU #GOGREEN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI secara atas talian (FB Live).

Tujuan program adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi perubahan iklim dan kepentingan memelihara alam sekitar serta memberikan kesedaran tentang kepentingan amalan ke arah hijau. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua kakitangan Program Kesihatan Awam, KKM di seluruh negara tanpa mengira gred dan skim perkhidmatan.

Terima kasih kerana menyertai Program ini. Para hadirin dimohon mengisi kehadiran di pautan https://forms.gle/rkdU6ES7L8FbjRPv7

Sekian, terima kasih.
Suasana yang meriah untuk saringan kesihatan #PeKaB40 yang percuma di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam pada hujung minggu yang lalu. Saringan kesihatan ini dilakukan oleh Klinik Baharudin, salah satu Klinik PeKaB40 di Shah Alam.

Ayuh penerima yang layak yang di luar sana, jom lakukan saringan kesihatan yang awal supaya kita dapat rawat penyakit anda (jika ada) pada peringkat yang awal.

Sumber: Protect Health
Covid-19 dan derma darah.

Tempoh terbaru penangguhan bekas pesakit Covid-19 untuk menderma darah telah disingkatkan kepada 10 hari selepas sembuh sepenuhnya atau dari tarikh terakhir saringan positif Covid-19 jika tidak bergejala.

Manakala tempoh bagi bakal penderma darah yang mempunyai sejarah kontak rapat disingkatkan kepada 7 hari dari tarikh terakhir kontak (tanpa gejala).

Sumber: PDN
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 April 2022:

Kes sembuh: 8,434 kes [4,291,447 kes kumulatif (97.2%)];
Kes baharu: 5,899 kes (4,415,101 kes kumulatif);
Kes import: 16 kes [8 warganegara (50.0%); 8 bukan warganegara (50.0%)];
Kes tempatan: 5,883 kes [5,664 warganegara (96.3%); 219 bukan warganegara (3.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 92 kes (56 kes disahkan COVID-19; 36 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes (34 kes disahkan COVID-19; 27 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 5,899 kes harian yang dilaporkan pada 21 April 2022:

Kategori 1: 2,582 kes (43.77%);
Kategori 2: 3,294 kes (55.84%);
Kategori 3: 8 kes (0.14%);
Kategori 4: 10 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 5 kes (0.08%).

Daripada 23 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 21 April 2022:

7 kes (30.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
13 kes (56.52%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
3 kes (13.04%) telah menerima dos penggalak (booster);
13 kes (56.52%) berumur 60 tahun dan ke atas;
13 kes (56.52%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (4.35%) kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/04/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-april-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Jika anda bercadang untuk berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai semasa Hari Raya, pastikan anda membuat pilihan yang boleh memastikan anda dan orang disekeliling selamat daripada COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
t.me/sihatmilikbersama
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
22 APRIL 2022 - TAMAN DESA CENDERAWASIH, SEPANG

Salam Jumaat, Keluarga Malaysia Sihat Sejahtera.

Sekejap betul kan dah nak hujung minggu. Mesti masing-masing dah ada plan untuk ke shopping mall untuk cuci-cuci mata beli keperluan hari raya kan?

Shopping-shopping juga tau tapi jangan lupa amalkan kawalan kesihatan kendiri. Sebelum keluar tu, boleh la kita jalani ujian kendiri COVID-19. Bukan apa, untuk keselamatan diri dan juga orang lain kan.

Tak nak lah nanti orang lain beraya, kita kena kuarantin diri. Tak gitu?

#ANMS
#sihatsepanjanghayat

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)