Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Status vaksinasi penerima vaksin jenis Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak tapi pernah dijangkiti COVID-19, akan dikecualikan daripada revokasi selama tempoh 3 bulan.

Namun dua golongan yang tersenarai ini perlu mengambil dos penggalak dengan segera selepas sembuh bagi mengelakkan daripada status lengkap vaksinasi ditukar kepada belum lengkap vaksinasi.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Hari ini 1 April 2022, merupakan permulaan peralihan ke fasa endemik 😁
_____________________________________

Today, 1st April 2022 is the beginning of the transition to endemic phase 😁

#ReopeningSafely
Tak sabarnya nak berpuasa bersama keluarga di kampung kan...yelah dah dua tahun tak dapat berpuasa bersama keluarga di kampung...kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman dengan menaiki kenderaan awam pastikan tiada nyamuk Aedes di dalam bas...nanti tak pasal-pasal kena demam denggi pulak...patuhi SOP juga yer...

Min dan team cari dan musnah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan...😁

#caridanmusnah
#10minit
#TiadaAedesTiadaDenggi

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom sertai ANMS Steps Challenge melalui aplikasi BookDoc.

Level 1 : 1 April - 31 Mei 2022 (6,000 langkah sehari)

Level 2 : 31 Ogos - 16 Sep 2022 (8,000 langkah sehari)

Level 3 : 1 - 11 November 2022 (10,000 langkah sehari)

Every step counts!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.87. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
PROTOKOL AM PENGEMBARA UMUM PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA MENGGANTIKAN INISIATIF LALUAN PERJALANAN LENGKAP VAKSIN (VACCINATED TRAVEL LANE -VTL) MELALUI PENGANGKUTAN UDARA ANTARA MALAYSIA DENGAN KEMBOJA, SINGAPURA DAN THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
BORDER OPENING GENERAL PROTOCOL FOR COMMON TRAVELLERS TO REPLACE VACCINATED TRAVEL LANE (VTL) BY AIR INITIATIVE BETWEEN MALAYSIA AND CAMBODIA, SINGAPORE AND THAILAND.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia
Adakah kanak-kanak di bawah umur 6 tahun perlu mengisi Borang Pra Pelepasan sebelum melawat Malaysia? Jawapannya ialah ya!

Sila rujuk infografik ini.

----------------------------

Do children under the age of 6 need to fill in the Pre-Departure Form before visiting Malaysia? The answer is yes!
Please refer to this infographic.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Perniaga di Bazar Ramadan pastikan perkara berikut di lakukan sebelum dan semasa berniaga di lakukan bagi memastikan makanan yang di sediakan bersih dan selamat.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara Jemaah.

Namun, adalah diingatkan bahawa Jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan COVID-19 dalam kalangan Jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama.

#ReopeningSafely
Pada 1 April 2022, Malaysia akan membuka semula sempadan negara. Pengembara perlu mematuhi semua tatacara pra-pelepasan dan selepas ketibaan. Pengembara yang lengkap vaksin akan menerima Kad Pengembara biru sementara pengembara yang tidak lengkap atau tidak divaksin akan menerima Kad Pengembara merah.
On 1st April 2022, Malaysia will reopen its borders. Travellers should adhere to all pre-departure and on arrival procedures. Travellers who are fully vaccinated will receive blue Traveller Card while travellers who are partially or not vaccinated will receive red Traveller Card.