Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.88. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 30 Mac 2022:

- Kes sembuh: 21,186 kes [3,941,829 kes kumulatif (94.2%)];
- Kes baharu: 15,941 kes (4,183,359 kes kumulatif);
- Kes import: 168 kes [161 warganegara (95.8%); 7 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes tempatan: 15,773 kes [15,100 warganegara (95.7%); 673 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 275 kes (121 kes disahkan COVID-19; 154 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 168 kes (77 kes disahkan COVID-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 15,941 kes harian yang dilaporkan pada 30 Mac 2022:

Kategori 1: 7,474 kes (46.88%);
Kategori 2: 8,359 kes (52.44%);
Kategori 3: 50 kes (0.32%);
Kategori 4: 26 kes (0.16%); dan
Kategori 5: 32 kes (0.20%).

Daripada 108 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 30 Mac 2022:

- 26 kes (24.07%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 45 kes (41.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 37 kes (34.26%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (52.78%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 63 kes (58.33%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝐊𝐀𝐊𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐀𝐒

Kalau ada di antara kakak-kakak anda yang bekerja sebagai pengendali makanan, tolong pesan dekat mereka jangan pakai gelang emas semasa menyediakan makanan tau.

Sebenarnya bukan gelang sahaja, menurut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan adalah 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 memakai apa-apa jenis aksesori seperti jam tangan, cincin dan perhiasan diri yang lain.

Terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku.

Oleh itu, semua pengendali makanan diseru untuk menjalankan tanggungjawab anda dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa berada di tahap yang terbaik!

Jadi ingat, kalau ada gelang emas minta tolong jangan pakai semasa menyediakan makanan ya 😉

Sumber: BKKM Pulau Pinang
Kepada peniaga di bazar ramadan pastikan juga peralatan dan perkakasan memasak
adalah bersih, tidak rosak, tidak berkarat dan masih boleh di gunakan.

Keselamatan makanan tanggungjawap kita bersama

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bicara Pakar : Autisme

Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang nanti bersama Dr. Mohd Faizul Sahaimi, Pakar Pediatrik dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Program MyV + IFitEr 1.0 telah berlangsung selama 10 minggu bermula 22 Januari 2022 sehingga 30 Mac 2022.

Seramai 449 orang telah terpilih untuk menyertai program ini.

Majoriti peserta telah berjaya mengurangkan berat badan dan mengubah gaya hidup kepada gaya hidup sihat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tahniah!

97.7% peserta yang kekal dalam program ini berjaya menurunkan berat badan di akhir intervensi.

Pemenang bagi program ini adalah

Kategori Wanita -

1. Emas : Hasliza Abu Hasan
2. Perak : Amiza Shahruddin
3. Gangsa : Norima Akeri

Kategori Lelaki -

1. Emas : Ahmad Zafri Mohamad
2. Perak : Zaki Sittoor
3. Gangsa : Mohammad Akhir Odin

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ehem.. Ehem..

Awak, ye awak.

Awak yang ada jual karipap sardin dari rumah yang sedap sangat tu!

Jom sama-sama ikuti sesi bual bicara Sembang Tingkap Home-Based Food, khusus untuk pengusaha makanan home-based pada 01 April 2022 jam 10 pagi.

Bersama-sama hos yang dibawakan khas, Shafiquecute dan tiga orang panel jemputan untuk bersembang tentang topik menarik khas untuk anda.

Ajak kawan-kawan tau!

https://fb.watch/c4YXbeqLYd/

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Semua pengembara yang ingin memasuki Malaysia dikehendaki mendaftar dalam aplikasi MySejahtera kerana pengisian borang pra-pelepasan adalah WAJIB sebelum berlepas. Ikuti langkah-langkah berikut untuk memuat turun, mengaktifkan dan mendaftar aplikasi MySejahtera.
____________________________________

All travellers entering Malaysia are required to register on the MySejahtera application as completion of the pre-departure form is MANDATORY before departure. Please follow the following steps to download, activate and register in the MySejahtera application.

#ReopeningSafely
𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

https://fb.watch/c50-oZRRRE/

📆Tarikh: 31 Mac 2022 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
💻Secara Langsung Menerusi Facebook Derma Organ & Youtube Derma Organ
📜Topik: Pendermaan Buah Pinggang 'Hadiah Istimewa'
👨🏻‍⚕️Panelis Jemputan: Dr. Mohamad Zaimi Abd Wahab, Pakar Perubatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
Bicara Pakar : Autisme

Saksikan di TikTok Live sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Data anda di aplikasi MySejahtera adalah dilindungi dan selamat bersama kami. Sila rujuk Polisi Privasi kami untuk maklumat lanjut.

Sila rujuk Infografik ini.

------------------------------

Your data in the MySejahtera apps is protected and secure with us. Refer our Privacy Policy for more information.

Please refer to this Infographic.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#Reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Semua pengembara yang ingin memasuki Malaysia dikehendaki mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera. Keputusan ujian pra-pelepasan juga perlu dimuat naik dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

Berikut adalah tatacara untuk mengisi borang pra-pelepasan dan dokumen yang berkaitan untuk pengembara.

---------------------------------------

All travellers entering Malaysia are required to fill in the pre-departure form in the MySejahtera application. The pre-departure test result also has to be uploaded within two days before departure.

The following is the procedure on how to fill in the pre-departure form and related documents for travellers.

#ReopeningSafely
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MAKLUMAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL
Status vaksinasi penerima vaksin jenis Sinovac dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak tapi pernah dijangkiti COVID-19, akan dikecualikan daripada revokasi selama tempoh 3 bulan.

Namun dua golongan yang tersenarai ini perlu mengambil dos penggalak dengan segera selepas sembuh bagi mengelakkan daripada status lengkap vaksinasi ditukar kepada belum lengkap vaksinasi.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera