Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kenyataan Media Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Status Laporan Kesan Advers Susualan Imunisasi (AEFI) Vaksin COVID-19 Sehingga 25 Mac 2022
MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN BERSEPADU KEBANGSAAN MYVIFITER 1.0 & MAJLIS PELANCARAN WORLD PHYSICAL ACTIVITY DAY (WOPAD) 2022

https://fb.watch/c3NYA6zOSo/
Bicara Pakar : Autisme

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang esok bersama Dr. Mohd Faizul Sahaimi, Pakar Pediatrik dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom Jaga Kebersihan Diri 🥰

Hai kawan-kawan,
Kebersihan diri sangat penting tau, ia dapat membantu kita daripada mendapat penyakit berjangkit dan seterusnya dapat melindungi orang disekeliling kita.

Pssst, jangan lupa jaga kebersihan diri dan jaga kesihatan ya kawan-kawan. Hora horey! 🎉

#didiandfriends #didiXHePiLi #kebersihandiri #kkm
The Malaysia-Singapore borders will reopen this 1 April. Travellers from Singapore are exempted from on-arrival test.

For more info please visit mysafetravel.gov.my.

Sempadan Malaysia-Singapura akan dibuka semula pada 1 April ini. Pelancong dari Singapura dikecualikan daripada ujian semasa ketibaan.

Untuk maklumat lanjut sila layari mysafetravel.gov.my.

#ReopeningSafely
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
We look forward to reconnecting with Singapore again on 1st April. This is the procedure for travellers arriving from Singapore. For more info visit: mysafetravel.gov.my 🇲🇾 🇸🇬#ReopeningSafely

- YB Khairy Jamaluddin -
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) BAGI WARGANEGARA YANG HILANG STATUS LENGKAP VAKSIN
Nafas Baru di Bulan Ramadan

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 31 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
En. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 30 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.88. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 30 Mac 2022:

- Kes sembuh: 21,186 kes [3,941,829 kes kumulatif (94.2%)];
- Kes baharu: 15,941 kes (4,183,359 kes kumulatif);
- Kes import: 168 kes [161 warganegara (95.8%); 7 bukan warganegara (4.2%)];
- Kes tempatan: 15,773 kes [15,100 warganegara (95.7%); 673 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 275 kes (121 kes disahkan COVID-19; 154 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 168 kes (77 kes disahkan COVID-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 15,941 kes harian yang dilaporkan pada 30 Mac 2022:

Kategori 1: 7,474 kes (46.88%);
Kategori 2: 8,359 kes (52.44%);
Kategori 3: 50 kes (0.32%);
Kategori 4: 26 kes (0.16%); dan
Kategori 5: 32 kes (0.20%).

Daripada 108 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 30 Mac 2022:

- 26 kes (24.07%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 45 kes (41.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 37 kes (34.26%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 57 kes (52.78%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 63 kes (58.33%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
𝐊𝐀𝐊𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐀𝐒

Kalau ada di antara kakak-kakak anda yang bekerja sebagai pengendali makanan, tolong pesan dekat mereka jangan pakai gelang emas semasa menyediakan makanan tau.

Sebenarnya bukan gelang sahaja, menurut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan adalah 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 memakai apa-apa jenis aksesori seperti jam tangan, cincin dan perhiasan diri yang lain.

Terdapat banyak kotoran dan kuman yang berkumpul dicelah-celah aksesori tersebut dan ini boleh menyebabkan pencemaran makanan berlaku.

Oleh itu, semua pengendali makanan diseru untuk menjalankan tanggungjawab anda dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa berada di tahap yang terbaik!

Jadi ingat, kalau ada gelang emas minta tolong jangan pakai semasa menyediakan makanan ya 😉

Sumber: BKKM Pulau Pinang
Kepada peniaga di bazar ramadan pastikan juga peralatan dan perkakasan memasak
adalah bersih, tidak rosak, tidak berkarat dan masih boleh di gunakan.

Keselamatan makanan tanggungjawap kita bersama

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan