Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jom Ladies! WakeUp & WorkOut! Sempena Hari Wanita Sedunia 2022 oleh coach Wellness Hub Bangi

https://www.facebook.com/UPKPKDHuluLangat/videos/691476865542349/
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 18 Mac 2022:

Kes sembuh: 26,615 kes [3,623,068 kes kumulatif (91.7%)];
Kes baharu: 24,241 kes (3,951,678 kes kumulatif);
Kes import: 521 kes [487 warganegara (93.5%); 34 bukan warganegara (6.5%)];
Kes tempatan: 23,720 kes [22,893 warganegara (96.5%); 827 bukan warganegara (3.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 383 kes (164 kes disahkan COVID-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (103 kes disahkan COVID-19; 119 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 24,241 kes harian yang dilaporkan pada 18 Mac 2022:

Kategori 1: 9,801 kes (40.43%);
Kategori 2: 14,255 kes (58.81%);
Kategori 3: 67 kes (0.28%);
Kategori 4: 65 kes (0.27%); dan
Kategori 5: 53 kes (0.21%).

Daripada 185 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 18 Mac 2022:

60 kes (32.43%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
71 kes (38.38%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
54 kes (29.19%) telah menerima dos penggalak (booster);
109 kes (58.92%) berumur 60 tahun dan ke atas;
84 kes (45.41%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.54%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Agak 'kecoh' kembali oleh sesetengah pihak mendesak penggunaan Ivermectin untuk rawatan Covid-19.

Beberapa Fakta Asas Yang Wajar Diketahui:

1) NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) memaklumkan tiada produk dgn bahan aktif Ivermectin berdaftar utk kegunaan manusia.

2) WHO (31 March 2021) membenarkan Ivermectin untuk rawatan Covid19 bertujuan Kajian Klinikal sahaja

3) FDA (3 April 2021) memberi kelulusan Ivermectin digunakan untuk SARS-CoV-2 dalam kajian 'in-vitro' dimakmal bukan untuk manusia.

4) EU (Kesatuan Eropah) 27 Mei lalu, melarang Ivermectin keatas pesakit kerana kekurangan bukti klinikal.

5) The Union Health & Family India, 7 Jun 2021 telah keluarkan (batal) dari senarai penggunaan (de-listed) Ivermectin, Hydroxychloroquine dan Favipiravir utk rawatan pesakit Covid19.

6) Laporan awal beberapa Kajian Klinikal diluar negara berkenaan Ivermectin, dan masih perlu dikaji dan diberi perhatian juga.

7) Kajian Klinikal di 12 Hospital di Malaysia ke atas 500 pesakit risiko tinggi Covid19 telahpun dilaporkan di Journal JAMA, iaitu ivermectin tidak berkesan.

https://fb.watch/bR0WzPCA_w/

- KPK KKM -
Cegah Obesiti

Saksikan dalam Berita RTM pada pukul 8.00 malam nanti bersama En. Wan Mohd Hakim Wan Ismail dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.92. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Untuk makluman, berikutan situasi semasa jangkitan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa individu yang telah dijangkiti COVID-19 selepas lengkap vaksinasi dos primer, boleh mengambil dos penggalak sejurus setelah sembuh dari jangkitan. Tertakluk kepada konsultasi yang diberikan oleh pegawai perubatan.
Hai adik-adik..

Selamat kembali ke sekolah.

Kekalkan saranan norma baharu - pakai pelitup muka, cuci tangan atau pakai hand sanitizer dan jaga jarak.

Di samping itu, terus amalkan cara hidup sihat k dan jangan lupa bawa air kosong ke sekolah!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.92. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Brought in Dead (BID) disebabkan COVID-19 melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan.

62% kes melibatkan umur 60 tahun dan ke atas, 58% kes tidak mendapatkan rawatan atau membuat ujian COVID-19 walaupun bergejala dan 79% kes mempunya sekurang-kurangnya 1 komorbid.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies.

Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 19 Mac 2022:

Kes sembuh: 33,347 kes [3,656,415 kes kumulatif (92.0%)];
Kes baharu: 22,341 kes (3,974,019 kes kumulatif);
Kes import: 524 kes [497 warganegara (94.8%); 27 bukan warganegara (5.2%)];
Kes tempatan: 21,817 kes [20,910 warganegara (95.8%); 907 bukan warganegara (4.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 390 kes (160 kes disahkan COVID-19; 230 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 219 kes (94 kes disahkan COVID-19; 125 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 22,341 kes harian yang dilaporkan pada 19 Mac 2022:

Kategori 1: 10,181 kes (45.57%);
Kategori 2: 12,007 kes (53.75%);
Kategori 3: 58 kes (0.26%);
Kategori 4: 45 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 50 kes (0.22%).

Daripada 153 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 Mac 2022:

48 kes (31.37%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
61 kes (39.87%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
44 kes (28.76%) telah menerima dos penggalak (booster);
96 kes (62.75%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
71 kes (46.41%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Golongan warga emas dan yang mempunyai komorbid perlu segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Fakta menunjukkan warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti COVID-19 boleh mendapat penyakit COVID-19 yang lebih teruk dan berkemungkinan berakhir dengan kematian.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Bermula 1 April 2022, sempadan Malaysia akan dibuka semula kepada dunia bagi merancakkan pembangunan dan pemulihan ekonomi negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan bagi memastikan proses kemasukan pelancong yang efisien sekali gus mengelakkan kesesakan di Lapangan Terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dikongsikan isi penting Menteri Kesihatan berkenaan kesediaan lapangan terbang untuk pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April 2022 ini yang akan memberi penekanan kepada PRINSIP SELAMAT DAN CEKAP.
Pautan janji temu baru dos kedua PICKids akan dihantar ke aplikasi MySejahtera secara peringkat berdasarkan sela masa (interval) antara dos pertama dan kedua mengikut jenis vaksin, bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin). Pautan janji temu ini juga membenarkan anda memilih lokasi PPV, masa dan tarikh mengikut kelapangan anda.

Sila rujuk infografik di atas.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#PICKids
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 4- Ketahui dan amalkan pencegahan COVID-19

Seiring dengan fasa 'Peralihan ke Endemik', kita perlu mengetahui dan mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan awam, vaksinasi dan membudayakan gaya hidup sihat.

Pengambilan vaksin COVID-19 dan dos penggalak:
✔️ Mampu merangsang sistem imuniti membentuk perlindungan optima bagi melawan jangkitan virus COVID-19.
✔️ Melindungi pesakit COVID-19 dari gejala teruk dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

Gaya hidup serta minda yang sihat juga penting dalam:
✔️ Membantu memantapkan sistem imuniti tubuh
✔️ Mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti Hipertensi dan Diabetes serta mengelakkan obesiti yang merupakan faktor risiko utama gejala teruk dan kematian akibat COVID-19.

👍 Jom ambil vaksin dan dos penggalak bagi mereka yang layak serta budayakan gaya hidup sihat.
Pematuhan SOP Kendiri : Bersediakah Komuniti Menghadapi Fasa Peralihan Endemik?

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 21 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi

Panel :
En. Azman Ab Rashid
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Down Syndrome : "We Decide"

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Dr. Jean-Li Lim from Klinik Kesihatan Sikamat.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
🦷Adakah anda tahu?

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan hanya 1 daripada 4 penduduk di Malaysia melawat pengamal pergigian dalam tempoh 12 bulan. Manakala, 15% pula tidak pernah melawat pengamal pergigian seumur hidup mereka.

Namun, lawatan ke klinik pergigian secara berkala adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

🦷 Jadi, lakukan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengetahui keadaan mulut anda dan cara menjaganya.

#oralhealthday