Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jika anda mempunyai ahli keluarga warga emas atau yang mempunyai komorbid, pantau status kesihatan mereka.

Lakukan ujian COVID-19 segera dan dapatkan rawatan sekiranya bergejala.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Apakah Itu Kanser Kolorektal?

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Punitha Arinima, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 16 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Saringan DASS-21 digunakan untuk menilai tahap kesihatan mental dalam kalangan warga kerja.

Kaedah IDEAL digunakan untuk mengenal pasti masalah dan puncanya serta kaedah yang dipilih untuk mengatasi masalah berkenaan.

Gunakan kaedah 10B untuk menangani stres.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2022: Webinar dan Majlis Pelancaran

https://fb.watch/bOk5GnNnmG/
KENYATAAN MEDIA

PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT

--

PRESS RELEASE

MORE OFFSITE PPVs TO WIND DOWN OPERATIONS
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 Mac 2022:

Kes sembuh: 33,009 kes [3,567,003 kes kumulatif (91.5%)];
Kes baharu: 28,298 kes (3,900,433 kes kumulatif);
Kes import: 698 kes [653 warganegara (93.6%); 45 bukan warganegara (6.4%)];
Kes tempatan: 27,600 kes [26,568 warganegara (96.3%); 1,032 bukan warganegara (3.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 374 kes (147 kes disahkan COVID-19; 227 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 233 kes (91 kes disahkan COVID-19; 142 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 28,298 kes harian yang dilaporkan pada 16 Mac 2022:

Kategori 1: 11,936 kes (42.18%);
Kategori 2: 16,148 kes (57.06%);
Kategori 3: 100 kes (0.35%);
Kategori 4: 55 kes (0.20%); dan
Kategori 5: 59 kes (0.21%).

Daripada 214 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 Mac 2022:

56 kes (26.17%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
101 kes (47.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
57 kes (26.64%) telah menerima dos penggalak (booster);
119 kes (55.61%) berumur 60 tahun dan ke atas;
82 kes (38.32%) mempunyai komorbid dan;
2 kes (0.93%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Morbiditi dan mortaliti akibat jangkitan COVID-19 masih berlaku.

COVID-19 masih merupakan penyakit yang berbahaya bagi sesetengah golongan.

Bersama-sama kita lindungi golongan berisiko tinggi ini dengan memastikan mereka dan orang sekeliling mematuhi SOP dan menerima vaksinasi lengkap termasuk dos penggalak.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Fasa peralihan ke endemik akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang akan meningkatkan mobiliti masyarakat. Dengan peningkatan mobiliti, risiko jangkitan COVID-19 juga akan meningkat terutamanya bagi kumpulan individu dengan komorbiditi, warga emas dan juga kanak-kanak yang belum divaksinasi.

Seperti yang diumumkan YAB Perdana Menteri, bermula 1 April nanti, sempadan negara akan dibuka, kedai-kedai makan sudah boleh beroperasi sehingga lewat malam dan saf solat jemaah juga sudah tidak ada lagi penjarakan.

Bagi memastikan kesemua aktiviti ini dapat disertai dan dilakukan dengan selamat, pastikan anda telah menerima vaksinasi dos penggalak bagi yang layak dan pastikan juga anak-anak anda mendapat perlindungan yang optimum daripada jangkitan COVID-19.

Data bagi setiap 100,000 populasi menunjukkan kadar kematian warga emas akibat COVID-19, terutamanya bagi yang belum menerima vaksinasi lengkap ataupun yang belum menerima dos penggalak, adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain dan juga berbanding mereka yang telah menerima dos penggalak.

Lindungilah diri sendiri dan lindungilah keluarga serta seluruh komuniti dengan mendapatkan dos penggalak. Vaksinasi mampu melindungi diri dan individu berisiko tinggi termasuk warga emas daripada jangkitan serius COVID-19.
MyV+IFitEr merupakan intervensi menurunkan berat badan secara maya selari dengan norma baharu bermula 22 Januari hingga 1 April 2022.

Hanya 600 peserta yang berjaya melayakkan diri untuk mengikuti program ini.

Sesi latihan dijalankan setiao hari dan dikendalikan oleh 12 orang jurulatih selama 10 minggu intervensi.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 2 – Terus amalkan langkah pencegahan

Virus COVID-19 boleh tersebar apabila aerosol atau titisan yang mengandungi virus disedut atau mencemari mata, hidung atau mulut individu yang merupakan kontak rapat.

Penularan juga boleh berlaku apabila individu menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus dan seterusnya menyentuh mata, hidung atau mulut.

👉 Dikongsikan langkah kesihatan awam mudah yang perlu terus diamalkan semasa fasa Peralihan ke Endemik. Ia mampu mengurangkan risiko penularan virus COVID-19.

😷 Jalankan tanggungjawab kita, teruskan amalan ini bagi mencegah jangkitan COVID-19.
FAKTA atau MITOS

Dikongsikan fakta bagi menangani mitos dan salah faham tentang GARAM.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Warga emas masih berisiko tinggi terhadap gejala serius COVID-19 jika tidak menerima dos penggalak. We need to protect our elderly. So please, if you love them, convince them to get boosted.

- YB Khairy Jamaluddin -
Kurangkan Garam Elakkan Penyakit

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 18 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Rosnah Ramly
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ISU KANDUNGAN NITRIT DALAM PRODUK SOSEJ DI THAILAND