Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bersama mencegah diskriminasi terhadap penyakit kusta. Mereka yang dijangkiti Kusta tidak bersalah.

Kusta bukan satu sumpahan dan juga bukan penyakit keturunan. Ia boleh dirawat.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
SEIR model of Covid-19 observed daily cases and forecast cases from 31st August 2021 to 30th March 2022. It seems that the observed daily cases have plateau and beginning to come down slowly. Let’s hope it will continue the downward trend, we are not out of the woods yet.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 15 Mac 2022:

Kes sembuh: 31,234 kes [3,533,994 kes kumulatif (91.3%)];
Kes baharu: 26,534 kes (3,872,135 kes kumulatif);
Kes import: 691 kes [653 warganegara (94.5%); 38 bukan warganegara (5.5%)];
Kes tempatan: 25,843 kes [25,006 warganegara (96.8%); 837 bukan warganegara (3.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 376 kes (152 kes disahkan COVID-19; 224 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 222 kes (90 kes disahkan COVID-19; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,534 kes harian yang dilaporkan pada 15 Mac 2022:

Kategori 1: 10,516 kes (39.63%);
Kategori 2: 15,842 kes (59.71%);
Kategori 3: 65 kes (0.24%);
Kategori 4: 65 kes (0.24%); dan
Kategori 5: 46 kes (0.18%).

Daripada 176 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 15 Mac 2022:

45 kes (25.57%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
91 kes (51.70%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
40 kes (22.73%) telah menerima dos penggalak (booster);
95 kes (53.98%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
61 kes (34.66%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Penjagaan Telinga dan Pendengaran

Dengarkan di Selangorfm pada pukul 2.30 petang bersama En. Shahrul Farzul Razali dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
𝐁𝐚𝐜𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐚𝐛𝐞𝐥 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥.

𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚!😄

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Laksanakan Aktiviti Fizikal bagi Mengelak Penyakit NCD

Saksikan dalam Berita RTM pada pukul 8.00 malam nanti bersama En. Mohd Akram Ahmad Sabri dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.

Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
👉 Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
👉Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
👉 Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

💪Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19
KENYATAAN MEDIA BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

STATUS LAPORAN KESAN ADVERS SUSULAN IMUNISASI (AEFI) VAKSIN COVID-19 SEHINGGA 11 MAC 2022
Warga kerja adalah aset penting bagi menjana ekonomi dan membangunkan negara. Minda sihat merupakan elemen yang boleh menjamin produktiviti warga kerja dan majikan.

Minda sihat di tempat kerja. Emosi Terjaga, warga kerja sejahtera.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 hingga 20 Mac 2022 dengan tema Tak Masin Tu Ok!

Masyarakat Malaysia disarankan agar menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil langkah-langkah wajar bagi mengawal pengambilan garam seharian

Hadkan pengambilan garam
Kenali sumber lain garam
Baca label
Hadkan pengambilan makanan diproses ultra (ultra-processed food)
Utamakan perisa semula jadi
Kerap makan di rumah

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)