Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Antara aktiviti promosi kesihatan yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada Disember 2021 dan Januari 2022.

Taklimat pemerkasaan komuniti dalam pembudayaan norma baharu kepada pasukan ejen kesihatan komuniti MyChampion Hulu Langat
Aktiviti pendidikan kesihatan tentang penyakit berjangkit berkaitan banjir di Hulu Langat
Sambutan hari terbuka Wellness Hub Bangi 2022

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SEMPENA MINGGU KESEDARAN GARAM SEDUNIA 2022

Dianggarkan kira-kira 11 juta kematian di seluruh dunia dikaitkan dengan diet yang tidak sihat dan tiga juta daripada jumlah ini berpunca daripada pengambilan garam yang tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan penyakit buah pinggang, yang merupakan punca utama kematian penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh dunia.

Di kebanyakan negara berpendapatan tinggi serta sebahagian negara berpendapatan rendah dan sederhana, sumber pengambilan garam utama adalah daripada makanan diproses ultra (ultra-processed food) seperti mi segera, nuget ayam, burger, hotdog, ikan masin, telur masin, makanan dalam tin, kerepek dan keropok. Oleh itu, salah satu cara yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan garam adalah melalui reformulasi produk bagi menurunkan kandungan garam dalam makanan tersebut.

Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 hingga 20 Mac 2022 dengan tema Tak Masin Tu Ok! Antara kumpulan sasaran utama adalah dalam kalangan industri makanan dengan memberikan pendidikan dan kerjasama berterusan bagi memastikan mereka komited dalam melakukan reformulasi produk makanan dan minuman agar kandungan garam dapat dikurangkan.

Di samping itu juga, pihak industri makanan diingatkan untuk mematuhi Akta Makanan, 1983 pindaan 2020 yang mewajibkan pelabelan kandungan garam pada produk makanan dan minuman. Berdasarkan hasil tinjauan di pasar raya di Malaysia pada tahun 2017, hanya separuh produk makanan menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan. Pelabelan pemakanan dapat membantu pengguna memahami tentang kandungan nutrisi sesuatu produk makanan atau minuman, dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membeli makanan yang lebih sihat dan sesuai dengan keperluan.

Kenyataan penuh dan infografik di
https://kpkesihatan.com/2022/03/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mac-2022-sempena-minggu-kesedaran-garam-sedunia-2022/
Reopening safely is the key and we must open to learning from other countries. We will benefit from their experience as well as our own and not to repeat the same mistakes.

Despite a high vaccination coverage we must continue to comply to all public health and social measures.

We must continue the mask mandates, practice physical distancing where possible, keep good personal hygiene, improve ventilation. Practice #TRIIS

Many countries in Europe are starting to see increasing cases again. It might be because
✓ Relaxed mitigation measures
✓ BA.2's higher transmission
✓ Waning of immunity

We must continue to use all our tools to mitigate the spreading of Omicron in our country. We need strong public empowerment, compliance to vaccination, testing and social measures.

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kebersihan Persekitaran merupakan salah satu elemen utaman dalam ANMS. Aspek penjagaan kebersihan persekitaran adalah penting demi kesejahteraan kesihatan rakyat dan kelestarian alam sekitar negara.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah

➡️ Program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS)
➡️ Sambutan World Cleanup Day
➡️ Sukarelawan Hero Kebersihan
➡️ Projek Healthy Walkable City

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 14 Mac 2022:

Kes sembuh: 33,872 kes [3,502,760 kes kumulatif (91.1%)];
Kes baharu: 22,030 kes (3,845,601 kes kumulatif);
Kes import: 394 kes [369 warganegara (93.7%); 25 bukan warganegara (6.3%)];
Kes tempatan: 21,636 kes [20,894 warganegara (96.6%); 742 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 388 kes (169 kes disahkan COVID-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 215 kes (97 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 22,030 kes harian yang dilaporkan pada 14 Mac 2022:

Kategori 1: 8,616 kes (39.11%);
Kategori 2: 13,188 kes (59.86%);
Kategori 3: 71 kes (0.32%);
Kategori 4: 61 kes (0.28%); dan
Kategori 5: 94 kes (0.43%).

Daripada 226 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 Mac 2022:

52 kes (23.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
111 kes (49.12%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
63 kes (27.88%) telah menerima dos penggalak (booster);
144 kes (63.72%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
64 kes (28.32%) mempunyai komorbid.

https://kpkesihatan.com/2022/03/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Dalam Fasa Peralihan ke Endemik, peranan komuniti amat penting agar kita dapat hidup secara sihat dan selamat walaupun virus COVID-19 masih lagi berada dalam persekitaran.

Fasa ini merupakan ‘exit strategy’ dan amat kritikal bagi membawa kita ke fasa endemik yang membolehkan kita kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal.

👍 Untuk berjaya Hidup bersama virus COVID-19 atau Living with COVID-19 virus setiap individu perlu mengamalkan langkah-langkah seperti dikongsikan.

#ReopeningSafely
Kita sering dimomokkan dengan pelbagai mitos berkaitan dengan garam dan kesihatan.
Adakah ia Fakta atau Auta?

Mari kita dapatkan jawapannya.

#MingguKesedaranGaramSedunia2022
#TakMasinTuOK!
#SedapTakSemestinyaMasin
Anda mempunyai pertanyaan berkenaan pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) dalam #PICKids?

Dikongsikan pautan kepada soalan-soalan lazim berkenaan PICKids CoronaVac (Sinovac) https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/garis-panduan/item/soalan-lazim-pickids-coronavac.html
Kesihatan Wanita : Kanser Payudara dan Kanser Serviks

Saksikan dalam sesi live TikTok @MyHealthkkm esok pda pukul 3.00 petang bersama Dr. Zakiah Mohd Said, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Tema Hari Tibi tahun 2022 adalah Invest to End TB, Save Lives.

Mesej utama yang disampaikan adalah seruan kepada pelbagai peringkat pengurusan untuk pertingkatkan kapasiti khusus kepada program kawalan dan pencegahan Tibi.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Situasi pandemik kini berbeza dengan tahun sebelumnya. Walaupun kes COVID-19 kini meningkat dengan ketara, kebanyakannya adalah tidak bergejala atau bergejala ringan. Sekiranya anda positif COVID-19 tanpa gejala atau bergejala ringan, anda boleh melakukan penjagaan diri di rumah dengan memahami tentang penyakit COVID-19, memantau kesihatan kendiri dan tahu bila perlu mendapatkan rawatan serta mendapat sokongan dari ahli keluarga atau sahabat handai.

The pandemic situation has changed from the previous year. Despite the high number of cases, most cases are asymptomatic or have mild symptoms. If you are positive COVID-19 and have no or mild symptoms, you may practice self-care at home by gaining an understanding of the disease, self-monitoring your health status, knowing when to seek treatment and securing support from your family and friends.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tanpa dos penggalak, vaksinasi warga emas jadi tak lengkap mulai 1 April, kenapa penting KKM keluarkan garis panduan ini kepada warga emas untuk dos penggalak?

Ikuti kupasan bersama Dr. Rosnah Ramly,
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Strategik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia.
𝐓𝐄𝐌𝐔𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

📆Tarikh: 15 Mac 2022 (Selasa)
📻Saluran: RTM - Selamat Pagi Malaysia
🔊Tajuk: Senarai Pesakit Menunggu Organ Baharu
👨🏻‍⚕️ Panelis: Dr. Hasdy Haron, Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Pusat Sumber Transplan Nasional

https://youtu.be/uY_c95JXtfc

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#sihatmilikku
#OrganDonation
#organdonationawareness
Kanser Kolorektal

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Nor Saleha Ibrahim Tamin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
SOP Ke Arah Fasa Endemik

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3.

Tarikh : 16 Mac 2022
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Tan Seok Hong
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku