Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Penyakit Jarang Jumpa adalah sebarang penyakit yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah dan ia serius, boleh mengancam nyawa dan/atau menyebabkan ketidakupayaan kronik.

Kebanyakan penyakit ini berpunca daripada kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme badan.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ujian RTK-Ag dijalankan dengan menggunakan teknik immunoassay chromatography. Pengguna perlu menjalankan pengujian seperti yang disarankan di dalam arahan kit untuk mendapatkan keputusan yang tepat.

KKM amat menyarankan agar orang awam mengoptimakan ujian RTK-Ag kendiri sebagai ujian saringan bagi mengesan jangkitan COVID-19 dan membuat laporan kendiri bagi keputusan ujian melalui aplikasi MySejahtera.

Semua keputusan ujian kendiri sama ada positif, negatif, atau invalid wajib dimasukkan ke dalam aplikasi MySejahtera (self-reporting).

Dikongsikan kaedah mengintreprasikan keputusan ujian kendiri RTK-Ag serta faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada keputusan false positive atau false negative.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2022

Saksama Bersama; Wanita yang hebat adalah wanita yang berani bersuara. Demi udara sihat, demi persekitaran bebas asap rokok. Wanita hebat pembina generasi penamat budaya merokok!

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Kesan Advers Susulan Imunisasi / Adverse Events Following Immunization (AEFI)

Saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang esok bersama Puan Nurul Aimi Mohd Reduzan, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian regulatori Farmasi Negara (NPRA).

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Long COVID

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah, Pakar Perubatan Respiratori dari Institut Perubatan Respiratori.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Minggu Glaukoma Sedunia

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Munirah Abd Rashid, Pakar Oftalmologi dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
📣Ayuh warga Johor Bahru semua 📣

Kiosk Bantuan MySejahtera dibuka di Dewan Muafakat Taman Adda Height bermula hari ini sehingga 11 Mac 2022.

Jangan lupa bawa dokumen yang perlu dan patuhi SOP sewaktu anda disana ya.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.07. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐟𝐨𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐠𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐝𝐢𝐤𝐡𝐮𝐚𝐭𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Jangan lupa sertai kami di Karnival Jom Vaksin Sempena Cuti Sekolah@IKN pada 9 dan 10 Mac 2022 bermula 9.00 pagi dan 4.00 petang bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Kanser Negara. Program PICKids ini terbuka kepada kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun.

Jangan lepaskan peluang anda dengan hadiah -hadiah menarik bagi pertandingan pakaian tema terbaik dan mewarna terbaik.

Dapatkan vaksin untuk anak-anak demi keselamatan dan masa depan mereka!

#PICKids
#PICKIDSPPVIKN
#cutisekolahsudahtiba
#jomvaksin
#institutkansernegara

Sumber: Institut Kanser Negara
Kesihatan mulut tidak boleh dipandang ringan atau secara berasingan dengan kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan umum anda.

Apakah keadaan yang boleh dikaitkan dengan kesihatan mulut? Jom baca maklumat di bawah.

Ketahui juga apa yang anda perlu amalkan dalam menjaga kesihatan mulut anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/275048674777109 untuk edisi penuh.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan fasa peralihan ke endemik .

Sila rujuk infografik di atas.

#MySejahtera
#MySejahteraTrace
#ReopeningSafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 8 Mac 2022:

Kes sembuh: 29,035 kes [3,340,889 kes kumulatif (90.8%)];
Kes baharu: 31,490 kes (3,680,953 kes kumulatif);
Kes import: 473 kes [384 warganegara (81.2%); 89 bukan warganegara (18.8%)];
Kes tempatan: 31,017 kes [30,163 warganegara (97.2%); 854 bukan warganegara (2.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 373 kes (153 kes disahkan COVID-19; 220 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 223 kes (94 kes disahkan COVID-19; 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 31,490 kes harian yang dilaporkan pada 8 Mac 2022:

Kategori 1: 12,692 kes (40.30%);
Kategori 2: 18,623 kes (59.14%);
Kategori 3: 62 kes (0.20%);
Kategori 4: 52 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 61 kes (0.19%).

Daripada 175 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 8 Mac 2022:

39 kes (22.29%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
90 kes (51.43%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
46 kes (26.29%) telah menerima dos penggalak (booster);
107 kes (61.14%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
43 kes (24.57%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

Jumlah kluster: 6,860 kluster;
Jumlah kluster baharu: 11 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat: 6,415 kluster; dan
Jumlah kluster aktif: 445 kluster

https://kpkesihatan.com/2022/03/09/kenyataan-akhbar-kpk-9-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sepanjang 2021 sehingga 31 Januari tahun ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM23,956,851 menerusi 1,332 serbuan di premis seluruh negara sepanjang 2021 hingga 31 Jan tahun ini.

Serbuan berterusan ke atas premis-premis atau penjual tersebut dibuat berdasarkan pemantauan dan pengesahan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam.

Sejak 2020 pula, pihak syarikat pengendali platform telah diarahkan untuk menyekat sebarang produk ubat-ubatan tidak berdaftar dan sebanyak 8,145 iklan produk tidak berdaftar diarah untuk diturunkan di platform e-dagang dalam negara sepanjang 2021.

Syarikat atau individu yang didapati memiliki atau menjual produk kesihatan tidak berdaftar akan disiasat dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Ubat yang tidak berdaftar selain tidak dijamin keberkesanannya, turut berisiko memberi kesan sampingan penyakit-penyakit seperti kerosakan buah pinggang ke atas penggunanya.

Agak mendukacitakan apabila ada segelintir yang lebih mempercayai dan mengambil ubat tidak berdaftar untuk cepat kurus dan lain-lain, tetapi tidak percaya pula kepada vaksin yang telah dikaji serta diluluskan penggunaan untuk menahan diri daripada terkena kesan teruk jika dijangkiti COVID-19 atau penyakit lain.

Periksa kesahihan pendaftaran ubat yang ingin anda dapatkan di www.npra.gov.my atau hubungi 03-78835400 atau muat turun aplikasi NPRA Product Status di telefon bimbit anda.

- YB Khairy Jamaluddin -
COVID-19 : Kesan Advers Susulan Imunisasi / Adverse Events Following Immunization (AEFI)

Jangan lupa saksikan menerusi TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 petang nanti bersama Puan Nurul Aimi Mohd Reduzan, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian regulatori Farmasi Negara (NPRA).

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada jam 1.00 petang ini secara langsung di FB KKM.