Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERIAN VAKSIN SINOVAC KEPADA KANAK-KANAK 5 HINGGA 11 TAHUN DIBAWAH PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN (KANAK-KANAK)
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang ke-370 telah memberi kelulusan bersyarat penggunaan CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia, untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.

Pemberian vaksinasi Sinovac untuk kanak-kanak ini akan bermula pada 7hb Mac 2022. Anda boleh rujuk senarai PPV yang terpilih di laman sesawang berikut:

https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/makluman/2022/03/senarai-ppv-walk-in-pickids-dan-dos-penggalak-vaksin-covid-19

https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Terdapat juga beberapa klinik swasta yang menawarkan vaksin Sinovac kepada kanak-kanak dengan bayaran.

Sumber: JKJAV
The 370th Meeting of the Drug Control Authority has given conditional approval for the use of CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated produced by Sinovac Life Sciences Co. Ltd., China and Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., Malaysia for children aged 5 to 11 years old.

Sinovac vaccination for kids will begin on 7th March 2022. The list of selected PPVs can be referred on these websites:

https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/makluman/2022/03/senarai-ppv-walk-in-pickids-dan-dos-penggalak-vaksin-covid-19

https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

There are also several private clinics that offer Sinovac vaccine for kids for a fee.
Berikut adalah beberapa peringatan penting untuk mereka yang hendak ke PPV.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
[Siri Video Tutorial MySJ #1 - Terlupa kata laluan]

Terlupa kata laluan akaun MySejahtera anda? Jangan risau, kalau anda takut nak log keluar sebab terlupa kata laluan sekalipun, ikut saja langkah mudah ni.

Nantikan lebih banyak tutorial video untuk bantu anda selesaikan isu dengan hanya menggunakan aplikasi MySejahtera anda!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera
__________________________

[MySJ Video Tutorial Series #1 - Forgot password]

Forgot your MySejahtera account password? Don't worry, just follow these simple steps to reset a new password.

Stay tuned for more tutorial videos to help you resolve issues with your MySejahtera app!

#MySejahtera
#TutorialMySejahtera

Sumber: MySejahtera
Bilakah ujian pantas RTK-Ag dan RT-PCR anda akan menunjukkan keputusan positif sekiranya anda dijangkiti virus COVID-19?

Ujian RTK-Ag biasanya boleh mengesan jangkitan pada hari ke-3 hingga hari ke-7 selepas seseorang terdedah kepada pesakit COVID-19, manakala ujian RT-PCR boleh mengesan jangkitan seawal hari ke-2 hingga hari ke-14 selepas dijangkiti.
Justeru itu, ketepatan ujian RTK-Ag dan RT-PCR adalah bergantung kepada tempoh jangkitan sewaktu sampel diambil.

Penggunaan ujian RTK-Ag adalah disarankan kepada individu bergejala atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi sekiranya tidak bergejala. KKM telah meluluskan penggunaan RTK-Ag sebagai suatu kaedah alternatif pengujian COVID-19 selain RT-PCR.
Namun, ujian RT-PCR masih merupakan gold standard bagi mengesan jangkitan COVID-19.
👁️ Tahukah anda
Kebanyakan penghidap Glaukoma tidak menyedarinya kerana Glaukoma tidak menunjukkan simptom.
🔎 Ketahui risiko dan tanda-tanda penyakit ini lebih awal dan anda mempunyai peluang besar untuk memelihara penglihatan anda untuk tahun-tahun akan datang.

#glaucomaweek
Apa itu Glaukoma?

Dengarkan di zayanfm sebentar lagi pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Roslinah Muji dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Penilaian data yang melibatkan immuno-bridging analysis menunjukkan bahawa vaksin CoronaVac dapat menghasilkan tindakbalas imun yang lebih tinggi pada golongan kanak-kanak berbanding dengan golongan remaja dan dewasa.

Hasil kajian klinikal pula menunjukkan vaksin ini adalah selamat dengan regimen 2 dos di mana satu dos adalah 0.5ml dan dos kedua diberikan 28 hari selepas hari pertama.

Laporan AEFI daripada negara Cina yang melibatkan penggunaan 211 juta dos vaksin CoronaVac di kalangan kanak-kanak dan remaja juga menunjukkan bahawa vaksin ini adalah selamat dan kebanyakan kesan sampingan yang dilaporkan adalah bertahap ringan dan sederhana serta bersifat sementara.

Pandangan pakar juga telah dirujuk di mana kelulusan untuk kegunaan vaksin CoronaVac di kalangan kanak-kanak telah dipersetujui oleh pakar-pakar berkaitan.

Maka berdasarkan pertimbangan benefit-risk balance, PBKD telah memberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan vaksin CoronaVac untuk golongan kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas.

Buat masa ini, keperluan dos penggalak untuk golongan kanak-kanak belum ditentukan.

https://www.youtube.com/watch?v=j9skAIeuCWg

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 6 Mac 2022:

Kes sembuh: 30,335 kes [3,281,128 kes kumulatif (90.57%)];
Kes baharu: 27,435 kes (3,622,607 kes kumulatif);
Kes import: 254 kes [232 warganegara (91.3%); 22 bukan warganegara (8.7%)];
Kes tempatan: 27,181 kes [26,263 warganegara (96.6%); 918 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 379 kes (122 kes disahkan COVID-19; 257 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 216 kes (73 kes disahkan COVID-19; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 27,435 kes harian yang dilaporkan pada 6 Mac 2022:

Kategori 1: 9,756 kes (35.56%);
Kategori 2: 17,495 kes (63.77%);
Kategori 3: 89 kes (0.33%);
Kategori 4: 53 kes (0.19%); dan
Kategori 5: 42 kes (0.15%).

Daripada 184 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 Mac 2022:

55 kes (29.89%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
85 kes (46.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
44 kes (23.91%) telah menerima dos penggalak (booster);
98 kes (53.26%) berumur 60 tahun dan ke atas
64 kes (34.78%) mempunyai komorbid; dan
3 kes (1.63%) kes adalah kes ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/03/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-mac-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
📜𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Seramai 4737 orang pesakit mengalami kegagalan organ peringkat akhir sedang menunggu untuk mendapatkan organ baharu sehingga Februari 2022.

Ia merupakan angka yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang mendermakan organ.

Terdapat pesakit yang menunggu organ baharu akan mengalami kemerosotan kesihatan yang serius dan ada yang meninggal dunia semasa tempoh menunggu terutama melibatkan organ utama seperti jantung kerana tiada penderma organ dan alternatif rawatan lain seperti dialisis.

Keluarga Malaysia budiman, kitalah harapan mereka.

Ayuh zahirkan niat murni kita untuk memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku

Sumber: FB Derma Organ
Berdasarkan kajian National Health Morbidity Survey (2019), satu antara lima orang dewasa (18 tahun dan ke atas) dan satu antara tiga orang yang berumur antara 5-19 tahun di Malaysia adalah obes.

World Population Review (2019) pula melaporkan, Malaysia merupakan negara yang mempunyai prevalens obesiti di kalangan penduduk dewasa yang tertinggi berbanding dengan negara Asean yang lain.

Berdasarkan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2017) pula, prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan yang kedua tertinggi selepas Brunei.

Membimbangkan bukan?
Mari kita beriltizam untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah obesiti.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terus amalkan norma baharu seperti pakai pelitup muka, jaga jarak dan cuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer walaupun telah mengambil vaksin COVID-19.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Rasmi)

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tibi (bakteria) & Covid-19 (virus)

Jika batuk berterusan, anda mungkin menghidap penyakit berkaitan saluran pernafasan berikut:

1) Tibi - Batuk & demam melebihi dua minggu, kurang berat badan, kurang selera makan dan berpeluh pada waktu malam.

2) Covid-19 - Batuk kering yang berlaku secara tiba-tiba, demam, hilang deria rasa dan sukar bernafas.

Jangkitan Tibi & Covid-19 boleh berlaku secara serentak dan komplikasinya lebih serius.

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Lanjutan daripada perkhidmatan Kiosk Bantuan MySejahtera di Lembah Klang, inisiatif berjumpa dengan orang ramai akan diteruskan di lokasi tertentu di seluruh negara, bermula dengan Johor minggu ini.

Tarikh dan lokasi untuk Kiosk ini berada di Melaka, Negeri Sembilan dan negeri-negeri seterusnya akan dimaklumkan daripada masa ke masa.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Mass Cataract Surgery Initiative (MCSI) Tawau Bagi Mengurangkan Kes-Kes Bukan COVID-19 Tertunggak
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 hb March 2022 untuk seluruh negara adalah 1.05. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -