Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 Februari 2022:

Kes sembuh: 23,332 kes [3,018,172 kes kumulatif (90.4%)];
Kes baharu: 32,070 kes (3,337,227 kes kumulatif);
Kes import: 209 kes [170 warganegara (81.3%); 39 bukan warganegara (18.7%)];
Kes tempatan: 31,861 kes [30,956 warganegara (97.2%); 905 bukan warganegara (2.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 327 kes (135 kes disahkan COVID-19; 192 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 201 kes (74 kes disahkan COVID-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,070 kes harian yang dilaporkan pada 24 Februari 2022:

180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
31,890 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,216 kes (25.62%);
Kategori 2: 23,674 kes (73.82%);
Kategori 3: 95 kes (0.30%);
Kategori 4: 46 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 39 kes (0.12%).

Daripada 180 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Februari 2022:

49 kes (27.22%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
93 kes (51.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (21.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
83 kes (46.11%) berumur 60 tahun dan ke atas;
89 kes (49.44%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.56%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/02/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 24 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 32,070 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,337,227 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,458 (922,683)
Sabah - 4,892 (326,515)
Johor - 2,699 (311,421)
Sarawak - 416 (257,952)
W.P. KL - 2,100 (245,998)
Kedah - 2,579 (222,270)
Kelantan - 1,746 (209,140)
Pulau Pinang - 2,575 (202,083)
Perak - 1,552 (144,999)
Negeri Sembilan - 1,840 (140,402)
Pahang - 1,647 (124,357)
Terengganu - 852 (94,700)
Melaka - 888 (94,721)
W.P. Labuan - 444 (15,558)
W.P. Putrajaya - 120 (13,331)
Perlis - 262 (11,097)

- COVIDNOW -
PENGURUSAN PESAKIT COVID-19 DI COVID-19 ASSESSMENT CENTER (CAC) DAN VIRTUAL CAC (VCAC)

Susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke 4/2022 akibat penularan gelombang varian Omicron di Malaysia, KKM telah menambahbaik kesiapsiagaan pengurusan kes di dalam komuniti. Antara strategi yang diambil oleh KKM adalah memperkasakan masyarakat dengan pengurusan kes tidak bergejala dan bergejala ringan (kategori 1 dan 2a) dalam komuniti melalui pemantauan di rumah (Home Monitoring).

Selain meneruskan operasi CAC di setiap negeri, KKM juga telah memantapkan operasi CAC Maya atau Virtual CAC di mana kes tidak bergejala dan bergejala ringan diberi Home Surveillance Order (HSO) digital menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sehingga 23 Februari 2022, Virtual CAC telah memantau 361,283 kes aktif seperti yang digambarkan di Rajah 2. Ini merupakan peningkatan sebanyak 158% dari jumlah kes aktif pada ME ke 7/2022 (139,868 kes).

Virtual CAC mengesan kemerosotan keadaan pesakit COVID-19 yang sedang menjalani pemantauan di rumah di seluruh negara. Pesakit yang melaporkan gejala bertanda amaran (Warning Signs) akan diarahkan untuk hadir ke CAC melalui pesanan mesej ringkas (SMS), perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall), atau panggilan telefon sebenar dari pegawai yang bertugas. Oleh itu, adalah penting kepada semua pesakit COVID-19 yang sedang menjalani pemantauan di rumah untuk mengisi sendiri status kesihatan menggunakan Health Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera sebanyak dua (2) kali sehari.

Sejajar dengan peningkatan kes harian COVID-19, KKM menjangkakan kedatangan pesakit ke CAC di seluruh negara juga akan meningkat. Majoriti pesakit yang hadir ke CAC adalah untuk menjalani penilaian status kesihatan dan pengendalian selanjutnya. Maklumat lanjut mengenai trend kedatangan pesakit ke CAC, kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah, dan kes dari CAC yang dirujuk ke PKRC atau hospital mengikut ME adalah seperti Rajah 3.

Pada ME 2/2022, jumlah kedatangan pesakit ke CAC mencatatkan sedikit penurunan dengan 37,448 kes. Namun begitu, terdapat peningkatan jumlah kedatangan yang berterusan pada minggu selanjutnya sehingga ME 7/2022 iaitu sejajar dengan peningkatan kes semasa. Setakat ini, kemuncak kedatangan kes ke CAC pada tahun ini telah dicatatkan pada ME 7/2022 dengan 150,064 kes seperti yang dicatatkan di Jadual 5.

Walaupun kebanyakan pesakit semasa didiagnosis berada pada kategori yang rendah (kategori 1 dan 2) dimana mereka sesuai menjalani pemantauan di rumah, terdapat juga kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi sehingga memerlukan kemasukan ke PKRC atau hospital seperti yang digambarkan di Jadual 6.

Oleh yang demikian, langkah-langkah yang perlu diambil berikutan dari situasi semasa ini ialah:

a. Individu positif COVID-19 tidak bergejala (kategori 1) dan bergejala ringan (kategori 2A) TIDAK PERLU HADIR ke CAC. Pesakit dalam kategori ini perlu melaporkan status kesihatan masing-masing dua (2) kali sehari (sebelum 12 tengah hari dan 6 petang) melalui HAT MySejahtera. Sekiranya pesakit tidak melakukan HAT, SMS atau panggilan daripada robocall akan dihantar sebagai peringatan;

b. Hanya individu yang positif COVID-19 bergejala sederhana (Kategori 2B) dan ke atas dikehendaki hadir ke CAC. Maklumat berkenaan senarai terkini CAC boleh diperolehi di https://covid-19.moh.gov.my/hotline ;dan

c. Pesakit yang mendapat gejala yang semakin teruk berserta tanda-tanda amaran akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian dan pengendalian lanjut. Jika keadaan merosot atau dalam kecemasan, sila hadir ke hospital berhampiran atau hubungi 999. Sila hubungi talian bantuan CAC Maya (Virtual CAC Helpline) 03-77239299 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

- KPK KKM -
Jika anda positif COVID-19

▶️ Tidak bergejala Kategori 1 dan bergejala ringan Kategori 2A tidak perlu hadir ke CAC.

▶️ Bergejala sederhana Kategori 2B dan ke atas dikehendaki hadir ke CAC.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
INDIVIDU POSITIF COVID-19 PERLU MENJAWAB SOALAN SARINGAN KESIHATAN HAT MELALUI MYSEJAHTERA

Rajah 4 menunjukkan pecahan kes aktif yang menjawab dan tidak menjawab soalan HAT untuk tempoh 22 Januari 2022 hingga 20 Februari 2022. Purata kes aktif yang menjawab soalan telah meningkat dari 40% kepada 55% pada 20 Februari 2022. Namun begitu, jumlah ini masih rendah dan akan menjejaskan keberkesanan pemantauan oleh Virtual CAC. Oleh itu, penting kepada pesakit bagi melaporkan HAT dua (2) kali sehari sebelum 12 tengah hari dan 6 petang.

SEMUA INDIVIDU POSITIF YANG TIDAK MELENGKAPKAN SARINGAN KESIHATAN HAT DI MYSEJAHTERA AKAN MENDAPAT PANGGILAN PERINGATAN ROBOCALL

Rajah 5 pula menunjukkan keberkesanan panggilan robocall sebagai kaedah peringatan kepada individu yang belum menjawab HAT MySejahtera untuk melengkapkannya. Data adalah berdasarkan hari individu itu berada dalam pangkalan data robocall.

Berdasarkan rajah di atas, terdapat sebahagian besar daripada individu yang positif COVID-19 masih lagi gagal melengkapkan saringan kesihatan HAT melalui aplikasi MySejahtera walaupun telah mendapat panggilan peringatan daripada robocall. KKM ingin menasihatkan semua individu yang menjalani kuarantin di rumah untuk segera melakukan saringan kesihatan HAT melalui aplikasi MySejahtera. Langkah ini adalah penting agar KKM dapat memantau keadaan pesakit semasa menjalani kuarantin di rumah.

- KPK KKM -
Fun Seated-Exercise

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub UTC Perlis esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Aida Samhana.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video panduan ke Kiosk Bantuan MySejahtera di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL). Jangan lupa bawa dokumen yang diperlukan sewaktu melawat ke Kiosk Bantuan ini ya!

#MySejahtera
#Reopeningsafely
#staysafe

Sumber: MySejahtera
Berikut adalah perubahan terkini pengurusan kes di dalam komuniti oleh CAC dan CAC Maya.
Semua majikan diseru agar menerima sijil digital Home Surveillance Order (HSO) dan Release Order (RO). Hal ini kerana untuk mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).

Sijil digital HSO dan RO adalah sah laku di bawah akta 342.
Fun Seated-Exercise

Jangan lupa sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub UTC Perlis pada pukul 10.00 pagi nanti bersama Coach Aida Samhana.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku
Sempena Sambutan Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2022, Boleh Space membawakan kepada anda *Program Bual Bicara 'Jarang Jumpa' pada 26 Februari 2022, jam 2 petang.*

Daftar di link ini https://talk.bolehspace.com/xol3y

Ahli-ahli Panel:

*Prof. Dr. Thong Meow Keong*
- Profesor Pediatrik & Perunding Genetik Klinikal,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
- Pemegang Amanah (Trustee) Rare Diseases Alliance Foundation Malaysia (RDAFM)"

*Siti Safura Jaafar*
- Exco Perubatan dan Penyelidikan
& Pengasas Bersama, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Malaysia

*Azfar Firdaus*
- Aktivis Albinisme
& Freelance Model

#TeguhBersama
*Sabtu 26 Februari,*
*2 - 4 pm*

Daftar di link ini https://talk.bolehspace.com/xol3y
Warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) boleh terus ke Kiosk Bantuan ini tanpa perlu beratur panjang.

Sila temui petugas kami di pintu masuk untuk perkhidmatan Kiosk Bantuan MySejahtera.

#mysejahtera
#mysejahteratrace
#reopeningsafely

Sumber: MySejahtera
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 25 Februari 2022:

Kes sembuh: 22,678 kes [3,040,850 kes kumulatif (90.3%)];
Kes baharu: 30,644 kes (3,367,871 kes kumulatif);
Kes import: 257 kes [230 warganegara (89.5%); 27 bukan warganegara (10.5%)];
Kes tempatan: 30,387 kes [29,356 warganegara (96.6%); 1,031 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 332 kes (144 kes disahkan COVID-19; 188 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 196 kes (84 kes disahkan COVID-19; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 30,644 kes harian yang dilaporkan pada 25 Februari 2022:

156 kes (0.51 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
30,488 kes (99.49 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 9,557 kes (31.19%);
Kategori 2: 20,931 kes (68.30%);
Kategori 3: 91 kes (0.30%);
Kategori 4: 39 kes (0.13%); dan
Kategori 5: 26 kes (0.08%).

https://kpkesihatan.com/2022/02/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 25 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.11. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -