Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PERHATIAN KEPADA SEMUA ADIWIRA

Kami menyeru semua adiwira untuk tampil dan menderma darah di pusat pendermaan statik atau dimana-mana lokasi pendermaan bergerak kami.
Bantu kami dalam memastikan stok darah agar berada di dalam paras yang selamat.
Bantu kami dengan menderma darah.
Bantu kami dalam membuat hebahan dan mengajak masyarakat untuk menderma darah.
Kami yakin rakyat Malaysia amat prihatin dan akan sentiasa memberi sokongan kepada kami.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan jadual dan lokasi pendermaan , anda boleh layari www.pdn.gov.my

Sumber: Pusat Darah Negara KKM
SIARAN MEDIA PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN UNTUK KANAK-KANAK (PICKids) SECARA WALK-IN DAN TEMPAHAN JANJI TEMU
Bermula 1 Mac 2022, kontak rapat tidak bergejala yang telah menerima dos penggalak tidak perlu kuarantin diri.

Effective from 1 March 2022, close contacts who have received a booster dose with no symptoms, do not have to quarantine.
Dos Penggalak Bagi Warga Emas

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Dr. Kavitha Sahadevan, Pakar Perubatan Geriatrik dari Hospital Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kesan Obesiti Kepada Kesihatan

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 25 Februari 2022
Masa : 10.00 pagi

Panel :
Dr. Sivarajan Ramasamy
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Wellness Hub merupakan pusat komuniti setempat, menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan komprehensif dan tumpuan untuk meningkatkan literasi kesihatan komuniti agar bertanggungjawab atas kesihatan diri, keluarga dan komuniti (health literacy for health ownership).

KKM mewujudkan 29 Wellness Hub, beroperasi di seluruh Malaysia. 16 Wellness Hub beroperasi di kawasan luar bandar dan 13 beroperasi di kawasan bandar.

Antara perkhidmatan dan program intervensi disediakan di Wellness Hub ialah Penilaian Faktor Risiko Kesihatan, Intervensi pengurusan berat badan (IFitEr), Aktiviti fizikal secara berjadual dan berkala, Kesihatan pergigian, makan secara sihat & selamat, Seni kreatif, My Green hands bersama Jabatan Pertanian, Aktiviti oleh MyChampion (pemimpin tempatan), Pocket Talk dan runding cara hidup sihat, dan Aktiviti Jangkau Luar (outreach) kepada komuniti secara mobil yang dikenali sebagai Wellness On Wheel (WoW).

Wellness Hub merupakan kemudahan bagi membantu rakyat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan agar mereka boleh menjalankan aktiviti harian secara produktif.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐛𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐨𝐤

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮❗️

𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚.

𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐟𝐚𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 😃

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Adakah memberus gigi saja cukup untuk kebersihan mulut? Jawapannya, tidak.

Selain daripada memberus gigi, penggunaan flos gigi juga sangat penting untuk menjaga kesihatan mulut kita! Tonton video ini untuk mengetahui cara flos gigi yang betul.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 24 Februari 2022:

Kes sembuh: 23,332 kes [3,018,172 kes kumulatif (90.4%)];
Kes baharu: 32,070 kes (3,337,227 kes kumulatif);
Kes import: 209 kes [170 warganegara (81.3%); 39 bukan warganegara (18.7%)];
Kes tempatan: 31,861 kes [30,956 warganegara (97.2%); 905 bukan warganegara (2.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 327 kes (135 kes disahkan COVID-19; 192 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 201 kes (74 kes disahkan COVID-19; 127 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 32,070 kes harian yang dilaporkan pada 24 Februari 2022:

180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
31,890 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 8,216 kes (25.62%);
Kategori 2: 23,674 kes (73.82%);
Kategori 3: 95 kes (0.30%);
Kategori 4: 46 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 39 kes (0.12%).

Daripada 180 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 24 Februari 2022:

49 kes (27.22%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
93 kes (51.67%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
38 kes (21.11%) telah menerima dos penggalak (booster);
83 kes (46.11%) berumur 60 tahun dan ke atas;
89 kes (49.44%) mempunyai komorbid; dan
1 kes (0.56%) ibu mengandung.

https://kpkesihatan.com/2022/02/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 24 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 32,070 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,337,227 kes.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,458 (922,683)
Sabah - 4,892 (326,515)
Johor - 2,699 (311,421)
Sarawak - 416 (257,952)
W.P. KL - 2,100 (245,998)
Kedah - 2,579 (222,270)
Kelantan - 1,746 (209,140)
Pulau Pinang - 2,575 (202,083)
Perak - 1,552 (144,999)
Negeri Sembilan - 1,840 (140,402)
Pahang - 1,647 (124,357)
Terengganu - 852 (94,700)
Melaka - 888 (94,721)
W.P. Labuan - 444 (15,558)
W.P. Putrajaya - 120 (13,331)
Perlis - 262 (11,097)

- COVIDNOW -