Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022:
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832 (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022:
• 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 20 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 26,832 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,221,680 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,180 (896,322)
Sabah - 5,007 (308,476)
Johor - 2,644 (301,544)
Sarawak - 309 (256,377)
W.P. KL - 1,428 (239,493)
Kedah - 2,254 (211,938)
Kelantan - 1,605 (201,316)
Pulau Pinang - 1,811 (192,580)
Perak - 358 (140,735)
Negeri Sembilan - 690 (134,082)
Pahang - 1,581 (118,117)
Melaka - 713 (92,219)
Terengganu - 608 (91,686)
W.P. Labuan - 358 (14,078)
W.P. Putrajaya - 173 (12,704)
Perlis - 113 (10,013)

- COVIDNOW -
Dikongsikan graf menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan pesakit pediatrik di hospital-hospital KKM daripada Januari 2022.

Pola menunjukkan peningkatan penggunaan katil harian dalam kalangan kanak-kanak seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara.
Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Ikuti langkah-langkah pencegahan yang sering ditekankan oleh KKM. Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 juga dapat melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid.
Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap penyakit COVID-19 dan mengurangkan risiko mendapat penyakit COVID-19 yang serius.

Dikongsikan pesanan kepada ibu bapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin.
Peratusan liputan vaksinasi mengikut jenis sekolah.

Vaksin COVID-19 dapat melindungi anak anda daripada gejala serius COVID-19. Lindungi mereka.

Percentage of vaccination coverage by type of school.

The COVID-19 vaccine can protect your child from serious symptoms of COVID-19. Protect them.

#PICKids

Sumber: JKJAV
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.16. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
National Health Morbidity Survey 2019 melaporkan 1 daripada 4 orang dewasa di Malaysia TIDAK aktif secara fizikal. Mengekalkan berat badan yang ideal dan sentiasa aktif secara fizikal boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kanser terutamanya kanser usus besar dan kanser payudara.

#SupportWorldCancerDay2022
#CloseTheCareGap
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 21 Februari 2022:

Kes sembuh: 17,749 kes [2,955,404 kes kumulatif (91.0%)];
Kes baharu : 25,099 kes (3,246,779 kes kumulatif);
Kes import : 85 kes [48 warganegara (56.5%); 37 bukan warganegara (43.5%)];
Kes tempatan : 25,014 kes [24,387 warganegara (97.5%); 627 bukan warganegara (2.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 272 kes (104 kes disahkan COVID-19; 168 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 164 kes (60 kes disahkan COVID-19; 104 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

https://kpkesihatan.com/2022/02/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 21 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 25,099 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,246,779 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,535 (901,857)
Sabah - 4,770 (313,246)
Johor - 2,697 (303,241)
Sarawak - 294 (256,671)
W.P. KL - 866 (240,359)
Kedah - 2,486 (214,424)
Kelantan - 1,900 (203,216)
Pulau Pinang - 1,752 (194,332)
Perak - 465 (141,200)
Negeri Sembilan - 1,325 (135,407)
Pahang - 1,365 (119,482)
Melaka - 403 (92,622)
Terengganu - 607 (92,293)
W.P. Labuan - 260 (14,338)
W.P. Putrajaya - 155 (12,859)
Perlis - 219 (10,232)

- COVIDNOW -
KEBERKESANAN DOS VAKSIN PENGGALAK (BOOSTER) DALAM MENGHADAPI GELOMBANG OMICRON

Program Imunisasi COVID-19 Dos Penggalak (PICK-B) telah dimulakan sejak rasmi pada 1 Oktober 2021, di mana sehingga 21 Februari 2022, 14,078,456 dos telah diberikan kepada individu dewasa yang layak (59.8% daripada penduduk dewasa di Malaysia).

Carta bar dilampirkan menunjukkan data terkini dari 4 minggu yang lepas (24 Januari 2022 sehingga 21 Februari 2022) bagi kes COVID-19 kategori 3 serta kategori 4 dan 5 (per 100 ribu populasi), dan juga kes kematian akibat COVID-19 per 100 ribu populasi. Daripada carta bar ini dapat disimpulkan bahawa:
• Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;
• Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak (vaccinated but unboosted);
• Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

Oleh itu KKM ingin menyeru semua individu dewasa yang berkelayakan namun belum menerima vaksin dos penggalak untuk segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara walk-in. Semak PPV di https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find . Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke slot janji temu tersebut. Lindungi diri dan orang tersayang. Dapatkan dos penggalak.

- KPK KKM -
👉 Dikongsikan situasi semasa Denggi dan Chikungunya di Malaysia🦟. Berbanding tempoh yang sama pada tahun 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣, terdapat peningkatan 📈 kes Denggi dan Chikungunya yang telah dilaporkan sehingga minggu epidemiologi ke-7 tahun 2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣.

💪Mari kita bersama-sama periksa dan pastikan persekitaran kita bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

1. Periksa lorong belakang rumah🏡 anda dan buang segala bekas berpotensi menakung air
2. Periksa palong air hujan dan pastikan ia tidak tersumbat. 💧
3. Gembur tanah yang keras di pasu kerana ia dapat menjadi tempat Aedes🦟 bertelur.

‘Tiada Aedes, tiada Denggi dan Chikungunya’
🧠 Ensefalitis adalah keradangan otak yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus atau apabila sistem imun yang menyerang otak.
Sesiapa sahaja boleh terkena ensefalitis, tanpa mengira umur, atau jantina.

Dikongsikan cara penularan ensefalitis yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus.
Dikongsikan juga gejala kegagalan fungsi otak akut dan separa akut. Gejala-gejala lain adalah seperti fotofobia, kegagalan deria rasa dan kekejangan otot leher.

Dapatkan rawatan segera kerana gejala akut ini boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.
Ambil langkah pencegahan kerana sesetengah kumpulan virus penyebab ensefalitis boleh dicegah dengan vaksinasi, seperti MMR, Japanese encephalitis dan rabies. Kawalan vektor seperti nyamuk juga dapat mengawal jangkitan.
Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia.

Berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi dan cepat, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai agar terus patuh kepada SOP dan amalan norma baharu.

Laksanakan ujian pengesanan COVID-19 apabila perlu dan bersesuaian seperti selepas berhimpun dalam khalayak ramai atau selepas mengalami sebarang gejala COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk kepada satu aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diadakan pada 21 Februari 2022 ke atas pusat-pusat kecantikan di kawasan sekitar Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. KKM melalui Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan bertindak melalui maklumat yang disalurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia berkenaan perkara tersebut setelah mendapati perkhidmatan rawatan estetik yang disediakan melibatkan penggunaan peralatan-peralatan perubatan dan ubat-ubatan berjadual.

Aktiviti penguatkuasaan ini turut disertai oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya (CKAPS KL), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CKAPS Selangor), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (CKAPS Pulau Pinang) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (CKAPS Negeri Sembilan). Aktiviti ini telah dilakukan ke atas empat (4) premis melibatkan dua (2) di WP Kuala Lumpur, satu (1) di Selangor dan satu (1) premis di Pulau Pinang.

Ketika serbuan dilakukan, KKM telah menemui beberapa peralatan perubatan serta ubat-ubat yang disyaki digunakan dalam rawatan estetik yang hanya boleh digunakan oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Peralatan pergigian yang disyaki digunakan untuk tujuan rawatan telah turut ditemui di premis-premis berkenaan.

https://kpkesihatan.com/2022/02/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-februari-2022-aktiviti-penguatkuasaan-secara-bersepadu-bersama-jabatan-imigresen-malaysia-jim/