Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.21. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Bermula awal Januari 2022 sehingga pertengahan Februari 2022, bilangan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dijangkiti COVID-19 adalah seramai 50,826 orang, dengan pecahan kes:
• Kategori 1: 15,817 kes (31.12%);
• Kategori 2: 34,857 kes (68.58%);
• Kategori 3: 120 kes (0.24%);
• Kategori 4: 28 kes (0.006%); dan
• Kategori 5: 4 kes (0.001%).

Graf 1 menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun, di mana ianya didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara. Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Pola yang sama juga diperhatikan bagi penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan kanak-kanak remaja (11-17 tahun) (Graf 2).

Ini mungkin disebabkan oleh penularan Varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi, lalu menyebabkan risiko pendedahan kanak-kanak kepada jangkitan COVID-19. Kanak-kanak telah terkesan secara langsung akibat pandemik COVID-19 yang telah mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka. Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan dan pandemik yang berlarutan ini telah memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.

Meskipun gejala jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa, namun terdapat juga kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di ICU. Antara gejala yang sering dialami oleh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 adalah batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu, bernafas laju, kurang aktif, kurang selera makan, demam yang berterusan, dan muntah atau cirit birit. Dalam keadaan yang lebih serius, kanak-kanak boleh mengalami sakit dada atau sakit perut, kurang tahap kesedaran, dan juga sawan.

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak. Sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan COVID-19 dengan pecahan umur,
• < 1 tahun : 25 kes (14.4%)
• 1 tahun hingga < 5 tahun : 38 kes (21.8%)
• 5 tahun hingga < 9 tahun : 64 kes (36.8%)
• 9 tahun hingga <12 tahun : 36 kes (20.7%)
• ≥ 12 tahun : 11 (6.3%)

Sehingga kini, tujuh (7) kes (4%) kematian kanak-kanak telah disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan COVID-19. Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-COVID (sindrom COVID-19 selepas fasa akut jangkitan). Data terhad yang diperolehi setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa, namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-COVID kepada kanak-kanak.

Kumpulan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, lemah sistem imun badan, kencing manis, sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma, dan obesiti.

Memandangkan kanak-kanak kini merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19, antara kaedah utama bagi mengurangkan risiko ini adalah dengan kawalan kendiri dan juga vaksinasi. Vaksin COVID-19 Comirnaty®️ (Pfizer-BioNTech) telahpun diluluskan penggunaannya untuk kanak-kanak 5 sehingga 11 tahun di Malaysia. Dari kajian klinikal, keberkesanan vaksin ini adalah sebanyak 91% serta berupaya untuk meningkatkan tindakbalas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit COVID-19 yang serius.
Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun ini adalah tepat pada masanya untuk melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid. Kanak-kanak golongan umur 5 hingga 11 tahun perlu diberi 2 dos vaksin dengan sela masa 8 minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini, sela masa 8 minggu di antara 2 dos yang diberikan akan memberi kesan tindakbalas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberi perlindungan yang lebih lama.

Pesanan kepada ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin:
• Perlu memastikan anak-anak memiliki rehat mencukupi sebelum membawa mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19;
• Kanak-kanak yang bakal divaksin juga perlu berada dalam keadaan sihat dan aktif serta makan dan minum yang cukup sebelum disuntik; dan
• Selepas menerima vaksin, pastikan kanak-kanak tidak melakukan aktiviti berat bagi tempoh seminggu. Ini penting bagi memastikan badan mereka dapat melalui proses pembinaan imuniti dengan baik dan mengelakkan sebarang komplikasi akibat melakukan aktiviti berat.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi:
• Kanak-kanak dinasihatkan untuk kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja;
• Amalkan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19;
• Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca pembawa jangkitan kepada kanak-kanak dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan
• Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin.

- KPK KKM -
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.

Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

Di antara Jun 2020 hingga Disember 2021, 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.
Majoriti memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), manakala tujuh kes (4%) telah disahkan meninggal dunia.
57% daripada kes MIS-C terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.

Perhatikan simptom-simptom ini yang menunjukkan perlunya dirujuk kepada pakar klinikal atau dihantar ke hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Say No To Smoking

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15 am with Mr. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain from Health Education Division, MOH.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#speakout
#sihatmilikku
More than 50,000 children aged below 12 in the country have been infected by Covid-19 since January 2022.

Of the 50,826 cases involving children, 50,674 (99.7%) were Category 1 and 2 infections while there were 120 cases in Category 3, 28 in Category 4 and four in Category 5.

The daily Covid-19 bed usage pattern among children under 12 years has shown to be increasing, in line with the rise in Covid-19 cases in the country.

- KPK KKM -
Sejumlah 18,277 kes Covid-19 di kalangan ibu hamil telah dilaporkan dari March 2020 sehingga Januari 2022. Dilaporkan 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 sejak pandemik ini bermula pada tahun 2020 dimana kesemua kematian berlaku pada tahun 2021. Pada tahun ini sehingga 15 Feb 2022 tiada kes kematian ibu disebabkan oleh jangkitan Covid-19.

Dari analisa data 79% daripada kes kematian tidak menerima vaksin Covid-19, manakala 83% kes kematian mempunyai comorbidties.

Liputan vaksin yang tinggi (94.7%) pada umur 18 tahun ke atas telah tercapai pada Oktober 2021 dan ini menyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19.

- KPK KKM -
👉Hipertensi atau tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) masih menunjukkan tren yang membimbangkan.

Dianggarkan 6.4 juta orang atau 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia menghidap hipertensi pada tahun 2019.
Namun, hanya separuh (50%) daripada pesakit menyedari bahawa mereka menghidap penyakit hipertensi.

🩺Jalani pemeriksaan tekanan darah secara berkala dan pastikan anda mempunyai tekanan darah yang terkawal.👨‍⚕️👩‍⚕️
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.19. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022:
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832 (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

KATEGORI KES COVID-19

Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022:
• 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 20 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 26,832 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,221,680 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 7,180 (896,322)
Sabah - 5,007 (308,476)
Johor - 2,644 (301,544)
Sarawak - 309 (256,377)
W.P. KL - 1,428 (239,493)
Kedah - 2,254 (211,938)
Kelantan - 1,605 (201,316)
Pulau Pinang - 1,811 (192,580)
Perak - 358 (140,735)
Negeri Sembilan - 690 (134,082)
Pahang - 1,581 (118,117)
Melaka - 713 (92,219)
Terengganu - 608 (91,686)
W.P. Labuan - 358 (14,078)
W.P. Putrajaya - 173 (12,704)
Perlis - 113 (10,013)

- COVIDNOW -
Dikongsikan graf menunjukkan pola penggunaan katil harian pesakit COVID-19 di kalangan pesakit pediatrik di hospital-hospital KKM daripada Januari 2022.

Pola menunjukkan peningkatan penggunaan katil harian dalam kalangan kanak-kanak seiring dengan kenaikan kes COVID-19 di dalam negara.
Peningkatan dilihat lebih ketara dalam bulan Februari 2022 terutama bagi kategori 2 hingga kategori 5.

Ikuti langkah-langkah pencegahan yang sering ditekankan oleh KKM. Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 juga dapat melindungi kumpulan ini khususnya kanak-kanak yang mempunyai komorbid.
Pemberian vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap penyakit COVID-19 dan mengurangkan risiko mendapat penyakit COVID-19 yang serius.

Dikongsikan pesanan kepada ibu bapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin.