Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
"POLIO IGAUAN NGERI IBU-BAPA"

Satu masa dulu, POLIO memang jadi igauan ngeri ibubapa.

Penyakit yang senang berjangkit ini boleh menjangkiti saluran pencernaan dan seterusnya masuk ke sistem saraf menyebabkan gangguan dalam sistem motor. Dalam 0.1% kes, ia mengakibatkan paralisis otot samada di kaki, tangan mahupun otot pernafasan.

Mari ikuti perkongsian Mr V Sivaramakrishnan, seorang mangsa polio pada tahun-tahun pra-vaksinasi. Dengarkan sendiri pengalaman beliau yang terpaksa bergelut dengan ketidakupayaan dari zaman kanak-kanak dan apa pesanan beliau kepada ibubapa di luar sana.

Terima kasih kepada Mr V Sivaramakrishnan yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang temuramah ini.

Buka hati, bukalah minda.
Datanglah ke klinik kesihatan terdekat untuk melengkapkan imunisasi anak-anak anda.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia (M3)
GONG XI FA CAI: UBAT JANGAN LUPA

Lagi 2 hari sahaja lagi masyarakat Cina atau Tionghwa akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina. Perayaan ini juga turut dimeriahkan oleh masyarakat lain berbilang kaum di Malaysia.

Mungkin ramai akan berpusu-pusu mengambil kesempatan cuti perayaan ini untuk balik ke kampung halaman. Dalam mengemaskan bagasi dengan baju raya, barangan bayi dan kanak-kanak, kelengkapan peribadi, jangan lupa untuk membawa ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan sebagai persediaan ketika memerlukan (demam, sakit kepala, sakit perut, gastrik, cirit, selesema dan batuk).

Bagi pesakit yang menerima rawatan penyakit kronik dan mengambil ubat secara rutin, jangan lupa untuk membawa sekali ubat-ubatan anda. Jika pulang ke kampung dengan memandu kenderaan, ubat perlulah diletakkan di dalam kereta dan bukannya di dalam ruang bonet kereta.

Jika perlu untuk berhenti rehat atau makan di R&R, sila membawa bersama-sama bekalan ubat-ubatan yang dibawa untuk mengelakkan ubat tersebut rosak disebabkan suhu yang tinggi di dalam kereta. Jika menaiki kapal terbang pula, bawa bekalan ubat-ubatan di dalam bagasi tangan.

Perayaan Tahun Baharu Cina juga cukup sinonim dengan limau mandarin yang digemari ramai. Bagi pesakit mengambil ubat Warfarin (Ubat pencair darah), anda dinasihatkan untuk tidak mengambil limau mandarin ini kerana ia boleh berinteraksi (mengganggu) dengan ubat warfarin yang diambil. Sekadar 2-3 ulas untuk ‘merasa’ sahaja jika perlu.

Sila pastikan ubat-ubatan diletakkan di tempat yang tidak dapat dicapai atau dilihat oleh kanak-kanak. Mungkin kita biasa meletakkan ubat di tempat yang mudah dicapai kerana tiada kanak-kanak di rumah. Namun, semasa musim perayaan, rumah akan dikunjungi tetamu. Sudah pasti akan ada golongan kanak-kanak dan berkemungkinan akan ada situasi di mana tuan rumah tidak sempat mengawasi pergerakan si kecil ini. Maka ambil peduli untuk menyimpan ubat-ubatan jauh dari capaian dan penglihatan kanak-kanak.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai ubat, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800-88-6722.

Selamat Tahun Baharu Cina. Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Ahli Farmasi
Ang Wei Chern
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia (M3)
China telah mengesahkan Novel Coronavirus boleh berjangkit dari manusia ke manusia.

Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikan jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Rabu (22 Januari 2020) bagi membincangkan perkembangan terbaru itu dan langkah mengatasinya.

Semalam, seorang lagi mangsa di Wuhan dilaporkan meninggal dunia akibat virus yang belum dikenali itu, menjadikan 4 kematian setakat ini.

Wabak itu juga telah merebak ke Beijing dan Shenzhen dan angka terkini 218 telah dijangkiti virus itu termasuk 14 kakitangan kesihatan yang merawat pesakit.

Wabak itu juga telah dikesan di negara Asia lain iaitu Jepun (1 kes), Korea Selatan (1 kes) dan Thailand (2 kes) Kesemuanya pernah melawat wilayah Wuhan atau China.

Wabak itu menimbulkan kebimbangan ramai kerana mempunyai ciri-ciri persamaan dengan wabak SARS yang telah membunuh 650 orang di China dan Hong Kong pada 2002-2003.

Di Malaysia, KKM telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa

Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Novel Coronavirus di China dilaporkan telah merebak ke Beijing & Shenzhen dengan 2 dan 1 kes masing-masing. Sebanyak 139 kes baru dicatatkan pada sabtu dan ahad sahaja di China. Kebanyakan pesakit yang positif coronavirus mengalami masalah pernafasan.

Menurut WHO,Coronavirus baru ini masih tidak dapat dipastikan cara jangkitan. Namun jangkitan manusia ke manusia tidak dinafikan.

Di Malaysia, KKM telah dan terus mengambil langkah berjaga-jaga risiko penularan virus ini dengan mengetatkan kawalan kesihatan di pintu masuk utama antarabangsa.

Saringan kesihatan di klinik kesihatan dan hospital juga dipertingkatkan terutamanya kepada mereka yang baru pulang dari negara berkenaan.
Serangan Jantung Tanpa Sedar.

Saksikan perkongsian bersama Dr. Leong Yin Hui dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 esok pada pukul 8.10 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?

#sihatmilikku
#walkthetalk
Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan amalkan cara hidup sihat sebagai cara mencegah jangkitan influeza.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Influenza di negara kita masih terkawal walaupun terdapat peningkatan kes.

Hasil kajian KKM, tiada kelainan atau perubahan/mutasi pada virus Influenza ketika ini.

Ditegaskan, virus influenza di negara kita tidak sama dengan virus 2019-nCoV yang menyebabkan wabak di China.
6 FUNGSI UBAT YANG PERLU ANDA TAHU

Betulkah ubat di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik dan farmasi HANYA mampu sekadar mengawal penyakit seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, atau LEBIH daripada tu?

Jom ketahui 6 FINGSI ubat yang perlu anda tahu!

1⃣ Merawat penyakit
💊 Sakit perut, sakit mata

2️⃣ Melawan jangkitan
💊 Jangkitan kuman, virus

3️⃣ Mencegah penyakit
💊 Polio, kancing gigi (Vaksin)

4️⃣ Mempercepatkan penyembuhan penyakit
💊 Luka, kecederaan

5️⃣ Melegakan gejala penyakit
💊 Bengkak sendi, sakit kepala, alahan, batuk

6️⃣ Mengawal penyakit
💊 Kencing manis, darah tinggi

Kini anda tahu kebenaran tentang fungsi ubat-ubatan. TERBUKTI ubat-ubatan bukan sekadar mengawal penyakit malah mempunyai pelbagai fungsi lain bagi membantu bukan sahaja orang ramai malah termasuk kucing peliharaan anda.

Share perkongsian ini untuk manfaat bersama.

Sumber: Public Health Malaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Batuk tak semestinya Influenza.

Rehat di rumah sekiranya anda telah disahkan menghidap Influenza dan mempunyai gejala yang ringan.

Kerap basuh tangan, amalkan etika batuk dan bersin yang betul dan buang tisu yang telah digunakan ditempat yang betul.

#sihatmilikku
#waltkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit Asma ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami simptom (Influenza-Like-Illness)ILI.

Simptom ILI :

📌 Demam
📌 Batuk
📌 Sukar Bernafas

Rawatan :

Rawatan Olseltamivir + rehat di rumah
Minum air dengan cukup
Memakai mask
Amalkan kebersihan diri yang tinggi

#sihatmilikku
#walkthetalk
Ada yang dah mula bercuti hari ini dan nak pulang ke kampung.

Sebelum menaiki bas, pastikan perkara-perkara berikut.

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit Kimoterapi yang mengalami simptom-simptom Influenza Like Illness (ILI) dan mempunyai komplikasi seperti Pneumonia.

Beliau dinasihatkan untuk dimasukkan ke wad bagi rawatan selanjutnya.

#sihatmilikku
#walkthetalk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Influenza adalah penyakit biasa yang berlaku sepanjang masa di Malaysia.

Gejala penyakit Influenza adalah seperti

➡️ Demam melebihi 38⁰C
➡️ Batuk Sakit Tekak
➡️ Sukar Bernafas

Tidak semua pesakit Influenza perlu di masukkan ke hospital atau dirawat dengan ubat Anti Virus.

Bawa anak-anak yang mempunyai gejala Influenza berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Jadual Kempen Derma Darah
24 Januari 2020 (Jumaat)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
Prevention is better than cure. The public is advised to take precautions and continue to practice good personal hygiene.
Influenza adalah sejenis penyakit yang mudah merebak melalui titisan pernafasan.
Amalkan langkah pencegahan berikut bagi mengelakkan jangkitan.

#influenza
#sihatmilikku
#walkthetalk