Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Dapatkan suntikan vaksin Hepatitis B di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak jika anda telah menderma darah sebanyak 2 kali (dalam tempoh 12 bulan).

Isnin - Jumaat : 8 pagi - 12 tengah hari.

Jangan lupa bawa buku/kad derma darah.
(hanya LAYAK diberikan kepada penderma darah warganegara Malaysia dan yang berstatus penduduk tetap sahaja).

#vaksinhepatitisB
Dengarkan sesi wawancara "Jenis-jenis Ubat Batuk" di Radio Asyik Fm pagi ini pada jam 11.30 am, 102.5fm (Lembah Klang). Saudari Hayati Alwani Binti Yahaya (Pegawai Farmasi) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua.

#kenaliubatanda
Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?

#sihatmilikku
#walkthetalk
Types of Influenza.

Dengarkan di Traxxfm pada pukul 11.15 pagi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Tahukah anda cara untuk menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM?

Ada enam (6) cara mudah yang boleh anda lakukan. Cara-caranya adalah:

1. Hadir ke Pejabat (Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat)
2. Hubungi talian BKKM & 1MOCC
3. Laman web SISPAA (moh.spab.gov.my)
4. Facebook BKKMHQ
5. Faks
6. Menulis surat (Alamatkan ke pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran).

Mudah dan cepat untuk anda salurkan aduan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan kepada kami.
Adakah ibu bapa semua akan pastikan anak-anak bersarapan dahulu sebelum ke sekolah?

Atau adakah anak-anak akan bersarapan di kantin sekolah sebelum loceng berbunyi?

Atau mungkin juga anak-anak akan mengambil sarapan mereka ketika rehat pada pukul 10.00 pagi?

Mana satu pilihan ibu & ayah, beri dan latih anak-anak untuk ambil sarapan yang bukan sahaja mengenyangkan namun turut bernutrisi.

Jika tidak sempat menyediakan sarapan pagi yang sempurna untuk anak sebelum ke sekolah, memadai dengan sarapan ringkas yang memberikan sumber tenaga buat mereka di pagi hari.

Ketahuilah sarapan pagi adalah permulaan yang penting untuk anak-anak kita.

#pemakanansekolah
#sarapanpenting
#nutritionistkkm
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ramai yang tidak faham berkenaan Influenza, Antiviral atauVaksin influenza.
Jadi, mari kita bantu rakan-rakan atau saudara mara kita tentang demam dan juga Influenza yang menjadi bualan semasa di mana-mana sahaja.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Kempen Derma Darah
21 Januari 2020 (Selasa)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
KUALA LUMPUR, 20 Januari 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan untuk hadir bercemar duli dan seterusnya merasmikan Hospital Tunku Azizah yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Hospital Tunku Azizah (HTA) merupakan hospital kerajaan pertama yang dibangunkan secara kaedah Pembiayaan Inisiatif Swasta (Private Finance Initiative-PFI) dengan kerjasama sektor swasta iaitu UEM Group Berhad dan Najcom Sdn Bhd.

Dilengkapi dengan 600 katil, HTA mula dibina pada tahun 2013 dan beroperasi secara berperingkat bermula 25 Februari 2019 sebagai Hospital Rujukan Kebangsaan dan Pusat Kecermelangan Perkhidmatan Perawatan Kesihatan khusus kepakaran untuk wanita dan kanak-kanak (Obsetrik dan Ginekologi serta Pediatrik).

Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam ucapannya berkata, Kerajaan telah menaik taraf hospital-hospital bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa. Kerajaan akan pastikan HTA akan terus cemerlang demi kesejahteraan rakyat kerana wanita dan kanak-kanak berhak mendapat layanan terbaik kerana mereka yang akan menjadi tunggak Negara.
Amalkan 7 langkah mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun
2. Gosok kedua-dua tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok dengan kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan tisu

Anda mampu untuk mengubahnya.
Influenza adalah penyakit jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.

Kenali gejala Influenza.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Dr Arinah Wan Deh Sze akan keudara di Radio Nasional FM (95.3 MHz) pada pagi ini jam 10.15 pagi. Menerusi rancangan Alfa, beliau akan membicarakan Jangkitan Influenza. Jangan lupa mengikuti rancangan ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr Lee Boon Chye akan muncul sebagai tetamu di Radio Trax FM untuk bercakap dan mengupas kesedaran penjagaan kesihatan bagi mengelak penularan penyakit- penyakit epedermik semasa.