Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROSEDUR KEMASUKAN KE MALAYSIA BAGI PENGEMBARA YANG PERNAH DIJANGKITI COVID-19
"Aktifkan Bluetooth dan MySJ Trace Anda”

Kemas kini aplikasi MySejahtera anda untuk mengaktifkan ciri MySJ Trace SEKARANG! 🙂

MySJ Trace mempercepatkan usaha dalam pengesanan kontrak rapat, terutamanya
individu yang berada berdekatan dengan pengguna MySJ Trace lain yang positif COVID-19.

__________________________________

Turn Your Bluetooth On,
Activate MySJ Trace”

Update your MySejahtera app to activate the MySJ Trace feature NOW! 🙂

MySJ Trace speeds up the contact tracing efforts. It helps in detecting and tracing an
individual who has been in close contact with another MySJ Trace user who is COVID-19 positive.

#reopeningsafely
#mysejahtera
#mysjtrace
Kenyataan Akhbar KPK 12 Januari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 3,200 kes (2,723,599 kes kumulatif, 97.4%)
• Kes baharu : 3,198 kes (2,795,233 kes kumulatif);
• Kes import : 303 kes (224 warganegara; 79 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 2,895 kes [2,753 warganegara (95.1%); 142 bukan warganegara (4.9%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 215 kes (185 kes disahkan COVID-19; 30 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 105 kes (65 kes disahkan COVID-19; 40 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Jumlah kluster : 6,184 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,005 kluster;
• Jumlah kluster aktif : 179 kluster.

Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 3,159 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/01/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-januari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-dan-bencana-banjir-di-malaysia/
12 JANUARI 2022 - TAMAN PERMATA, KUALA LUMPUR.

Wow, bukan main fotogenik lagi Wellness on Wheels (WoW) hari ini. Makin terserlah mesej-mesej kesihatan tentang Agenda Nasional Malaysia Sihat.

Anda tahu siapa dan bila Agenda ini dilancarkan?

Agenda ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 11 November 2021 yang lalu. ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

Keluarga Malaysia, jom #sihatsepanjanghayat
Masih tiada sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera anda walaupun anda telah divaksin sepenuhnya?

Sila rujuk maklumat infografik di bawah.

_____________________________________

There is still no digital vaccination certificate in your MySejahtera app even though you have been fully vaccinated?

Please refer the infographic below.

#reopeningsafely
#mysejahtera
#mysjtrace

Sumber: MySejahtera
Berkuat kuasa, 13 Januari 2022 (Khamis) pengembara yang tiba di Malaysia dengan sejarah jangkitan COVID-19 mesti mematuhi kesemua ketetapan terkini bagi prosedur kemasukan ke Malaysia.

Effective, 13 January 2022 (Thursday) travellers arriving in Malaysia with a history of COVID-19 infection must comply with all the latest entry regulations and procedures in Malaysia.
COVID-19 : Dos Penggalak

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
COVID-19 : Pengesanan Kontak Digital MySejahtera

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 13 Januari 2022
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Dr. Mahesh Appannan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Jan 2022 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 13 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,684 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,798,917 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Fahami perbezaan jantung terhenti (sudden cardiac arrest) dan serangan jantung (heart attack). Kerana tindakan pantas mampu MENYELAMATKAN NYAWA seseorang yang sedang terancam.