Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
MUSIM INFLUENZA..Maximumkan Sistem Pertahanan Badan ❗️

Antara langkah yang uols boleh ambil bagi mencegah daripada penyakit adalah dengan meningkatkan sistem pertahanan badan..

Minum air secukupnya iaitu 8 gelas / 2 liter sehari bagi mengoptimumkan fungsi organ dan sistem dalaman badan.

Ambil buah-buahan iaitu 2 hidangan dan sayur-sayuran 3 hidangan sehari. Buah dan sayur mengandungi kandungan vitamin & mineral semulajadi yang tinggi dapat "boost" sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit..

Janganlah cepat terpengaruh dengan vitamin megadose yang sekarang tersangatlah laku..Betulkan amalan pemakanan sihat terutamanya bagi anak-anak kecil yang mempunyai sistem pertahanan badan yang belum matang..galakkan mereka makan buah dan sayur bagi memaximumkan tahap kesihatan seterusnya memenuhi keperluan nutrien harian..

Lindungi diri dengan amalan gaya hidup sihat sentiasa menjadi langkah terbaik dalam mencegah daripada pelbagai jenis penyakit. Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat secara berterusan.

Awasi tanda-tanda dan gejala influenza. Jika berlaku sebarang simptom dapatkan bantuan perubatan segera..

#influenza
#janganpanic
#ambillangkahpencegahan

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Polio : Nasihat kepada Ibu Bapa

📌 Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

📌 Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi.

📌 Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

#sihatmilikku
#walkthetalk
NASI SUKU KE SEPARUH ATAU PENUH🧐

Percayalah.. mula-mula je uols akan rasa susah..
Percayalah..mula-mula je akan rasa tak kenyang tu..
Percayalah..mula-mula je tak biasa..

Kalau tak percaya jugak..cuba laa amalkan dulu sebulan..lepas tu bagi komen kat weols..

Ingatt Sayur & buah SEPARUH pinggan..bukan nasi tauu😉

Just bagitau jee..kann semua bersemangat nak turun berat awal-awal tahun ni..

#sukusukuseparuh
#azamtahunbaru
#kalori
#sukusukuseparuhchallenge
#nutritionistkkm
Polio di Sabah : Nasihat Kepada Ibu Bapa di Sabah

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kepada yang berkelayakan, boleh cuba mohon.

Sebarkan kepada keluarga dan sahabat juga ya!

Sekiranya berminat, sila emelkan resume ke [email protected] sebelum 22 Januari 2020
Dapatkan suntikan vaksin Hepatitis B di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak jika anda telah menderma darah sebanyak 2 kali (dalam tempoh 12 bulan).

Isnin - Jumaat : 8 pagi - 12 tengah hari.

Jangan lupa bawa buku/kad derma darah.
(hanya LAYAK diberikan kepada penderma darah warganegara Malaysia dan yang berstatus penduduk tetap sahaja).

#vaksinhepatitisB
Dengarkan sesi wawancara "Jenis-jenis Ubat Batuk" di Radio Asyik Fm pagi ini pada jam 11.30 am, 102.5fm (Lembah Klang). Saudari Hayati Alwani Binti Yahaya (Pegawai Farmasi) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua.

#kenaliubatanda