Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sila layari protecthealth.com.my untuk membuat pendaftaran dos penggalak anda

Please visit protecthealth.com.my to register for your booster dose

#PICKBooster #LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Pada 22 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,885 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,591,486 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,628 kes (2,493,437 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif);
Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 4,867 kes [4,732 warganegara (97.2%); 135 bukan warganegara (2.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 549 kes (437 kes disahkan COVID-19 ; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 274 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,888 kluster;
Jumlah kluster baharu :7 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,655 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 233 kluster.

Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
91 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐇𝐀𝐋𝐄𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋

Mengikut garis panduan daripada Gold Initiative for Asthma (GINA) dan Gold Initiative for Chronic Lung Diseases (GOLD), ubat dalam bentuk inhaler merupakan antara pilihan rawatan utama bagi pesakit asma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD). Penggunaan inhaler membantu penyampaian ubat terus kepada paru-paru.

Ubat yang disedut akan memberi kesan yang lebih cepat berbanding pengambilan ubat ubat biji atau sirap. Inhaler juga kurang berisiko menyebabkan kesan sampingan seperti jantung berdebar-debar, mulut kering dan menggigil.

𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐈𝐧𝐡𝐚𝐥𝐞𝐫

Inhaler boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti metered dose inhaler (MDI) dan dry powder inhaler (DPI). Contoh-contoh DPI adalah seperti turbohaler, accuhaler dan easyhaler. Setiap jenis inhaler mengandungi bahan aktif yang berbeza.

Pemilihan inhaler yang tepat bergantung kepada keperluan pesakit secara individu. Doktor yang merawat perlu mengenal pasti tahap semasa penyakit dan keupayaan pesakit menggunakan inhaler dengan teknik yang sepatutnya.

Jika dikategorikan dari segi fungsi dan kesan yang dihasilkan, inhaler secara umumnya terbahagi kepada inhaler jenis pelega dan inhaler jenis pencegah.

𝐈𝐧𝐡𝐚𝐥𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚

Inhaler jenis ini biasanya mengandungi ubat jenis bronchodilator, contohnya salbutamol yang membantu mengembangkan saluran pernafasan dalam paru-paru ketika serangan asma berlaku. Inhaler pelega digunakan hanya ketika kecemasan dan perlu dipastikan sentiasa dibawa bersama-sama oleh pesakit.

𝐈𝐧𝐡𝐚𝐥𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡

Inhaler pencegah berfungsi mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan. Antara ubat yang terdapat dalam inhaler pencegah termasuklah ubat steroid seperti beclomethasone dan fluticasone, ubat daripada kumpulan muscarinic antagonist seperti indacaterol dan tioptropium serta beta-2 agonist seperti salmeterol dan formoterol.

Selain itu, inhaler juga boleh dikelaskan kepada inhaler yang mengandungi hanya sejenis bahan aktif (single agent) dan inhaler yang mengandungi kombinasi beberapa bahan aktif.

𝐊𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐡𝐚𝐥𝐞𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥

Teknik sedutan yang betul penting untuk memastikan pesakit mendapat jumlah ubat yang optimum seterusnya membantu mengawal penyakit dengan lebih baik.

Sekiranya digunakan dengan teknik yang betul, ubat-ubatan yang terdapat dalam inhaler dapat memasuki saluran pernafasan dan seterusnya ke paru-paru bagi memberikan kesan yang pantas. Kesan yang cepat ini diperlukan terutamanya ketika situasi kecemasan.

Penggunaan inhaler jenis pencegah juga memainkan peranan penting untuk mengawal penyakit dalam jangka masa panjang. Penggunaan dengan teknik yang betul di samping patuh pada dos yang diarahkan oleh doktor dapat mengurangkan kekerapan serangan asma.

Sesetengah pesakit yang sukar untuk menekan inhaler, menahan nafas atau menyedut ubat pada kadar yang sepatutnya boleh menggunakan alat bantuan, iaitu spacer atau chamber. Alat-alat ini boleh digunakan bersama-sama inhaler jenis MDI sahaja. Pesakit warga emas atau kanak-kanak yang memerlukan alat ini boleh mendapatkannya daripada premis farmasi komuniti.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐡𝐚𝐥𝐞𝐫

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pesakit yang menggunakan inhaler, termasuklah:

1. Pesakit tidak menghembus keluar nafas melalui mulut sebelum menyedut ubat daripada inhaler. Tindakan ini adalah penting bagi menambah daya sedutan dan memastikan kuantiti ubat yang memasuki paru-paru adalah mencukupi.

2. Pesakit tidak merapatkan bibir menyebabkan ubat dalam bentuk aerosol yang disedut dapat keluar melalui ruang antara bibir dengan corong mulut inhaler. Perkara ini menyebabkan kuantiti ubat yang disedut menjadi kurang.
3. Pesakit menekan inhaler sebanyak dua kali untuk sekali sedutan. Teknik yang sebenarnya ialah pesakit perlu menekan inhaler sekali untuk setiap sedutan. Jika diarahkan mengambil dua kali sedutan, pesakit perlu mengulangi langkah penggunaan inhaler dari awal untuk sedutan yang kedua.

4. Pesakit tidak membersihkan MDI, sekurang-kurangnya sekali seminggu. MDI yang tidak dicuci berisiko untuk tersumbat dengan lebihan aerosol yang keluar.

5. Pesakit tidak berkumur-kumur selepas setiap kali menggunakan inhaler pencegah yang mengandungi ubat jenis kortikosteroid. Langkah berkumur-kumur ini dapat mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan jangkitan kulat dalam mulut (oral candidiasis).

Pesakit hendaklah menggunakan inhaler mengikut dos yang telah diarahkan oleh doktor agar penyakit dapat dikawal dengan baik. Inhaler pencegah perlu digunakan secara konsisten manakala inhaler pelega hanya digunakan sekiranya perlu. Pesakit disarankan agar mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sekiranya kurang pasti tentang teknik penggunaan inhaler.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat ke Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) di talian 1800-88-6722, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Disediakan oleh:
𝘐𝘻𝘺𝘢𝘯 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘚𝘢𝘮𝘢𝘥
𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘍𝘢𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪
𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢
Adakah anda OK?

Kenal pasti individu yang dipercayai untuk berkongsi masalah.

Orang tersayang : Ibu bapa, pasangan, adik beradik atau saudara-mara

Tempat kerja : Rakan sekerja, kumpulan sokongan di tempat kerja atau rakan pembimbing.

Komuniti : talian sokongan, badan bukan kerajaan atau profesional kesihatan mental

Let's TALK ke arah kesejahteraan mental.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#letstalkmindasihat
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
For those who wish to offer themselves to be registered on the backup waitlist, check here for eligibility and follow the steps.

Please note that MySejahtera will still continue giving appointments so do check your MySejahtera.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JKJAV
Khairy Jamaluddin
Noor Hisham Abdullah
Anas Alam Faizli

#ProtectHealth
#PICKBooster

Sumber: ProtectHealth
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.00. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pada 23 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,594 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,597,080 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Berikut adalah cara-cara untuk membuat pendaftaran dos penggalak melalui laman sesawang protecthealth.com.my

1️⃣ Buka laman sesawang protecthealth.com.my

2️⃣ Klik pada pautan “Cari Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

3️⃣ Pilih negeri anda

4️⃣ Pilih bandar anda

5️⃣ Klik “Cari”

6️⃣ Pilih lokasi PPV anda dan buat pendaftaran

#PICKBooster #LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Berdasarkan kajian RECoVaM dan NMRR ID adalah didapati bahawa perlindungan terhadap COVID-19 berkurangan dalam tempoh 3-5 bulan selepas divaksin.

Dapatkan dos penggalak untuk perlindungan optimum.

Nota:

Kaedah kajian keberkesanan vaksin yang semakin berkurangan:

Menganalisis kes COVID-19 pada bulan September untuk menilai sama ada keberkesanan vaksin bagi mereka yang divaksinasi pada bulan April hingga Jun lebih rendah daripada bagi mereka yang divaksinasi pada bulan Julai hingga Ogos.

Menggunakan pendekatan regresi binomial negatif dan logistik (mengambil kira umur dan demografi pada peringkat kumpulan dan individu).

———————————————————————————

Based on the RECoVaM and NMRR ID studies, it is shown that protection against COVID-19 wanes 3-5 months after vaccination.

Get your booster shot for optimum protection.

Notes:

Methodology for studying waning vaccine effectiveness

Analyse COVID-19 cases in September to see if the vaccine effectiveness for those vaccinated in April to June is lower than for those vaccinated in July to August.

Uses a negative binomial and logistic regression approach (adjusts for age, and demographics at the aggregate-and individual-levels)

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV