Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Perpaduan Negara sangat komited dalam menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat. Kerjasama bijak antara Kementerian Perpaduan Negara telah diterjemahkan melalui memorandum persefahaman dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 31 Mac 2021 menerusi lapan program.

- YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara

@mohmalaysia

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kepada warga Malaysia,

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjemput anda untuk menyertai satu soal-selidik maya untuk mengetahui tahap pematuhan SOP Norma Baharu dalam kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19. Ia akan menjadi salah satu rujukan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus mematuhi amalan norma baharu walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.

Penyertaan anda adalah sukarela. Semua jawapan dalam soal selidik ini digunakan untuk tujuan kajian dan maklumat peribadi tuan/puan adalah rahsia.

Kerjasama tuan/puan dalam kajian amatlah dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk menyertai soal-selidik ini, sila klik pautan di sini:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

Pihak kami mengalu-alukan anda menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan rakan sekerja anda untuk menyertai soal-selidik ini.

Sekian, terima kasih.
---
Dear Malaysians,

Institute for Health Behavioural Research (IPTK), Ministry of Health Malaysia would like to invite you to participate in an online survey to know the compliance level of SOP among Malaysian during the COVID-19 pandemic. It will be a key reference in all efforts to improve health promotion strategy in Malaysia.

Your participation is voluntary. All responses are strictly anonymous and no personal details are collected.
To participate, please click the following link:

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8

We hope you can forward it to your family, relatives, friends and colleagues to participate in this survey.

Thank you

#COVID19 #COVIDー19 #SARSCoV2 #staysafe #fightcoronavirus💪 #kitajagakita💕

https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8
Pada 17 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,288 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,563,153 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tegur biar berhemah

Apabila menegur komuniti berkenaan pemerkasaan norma baharu, tegurlah dengan berhemah dan bersopan santun.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali ke-366 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-366 telah bersidang pada hari ini, 17 November 2021.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi COVID-19Vaccine AstraZeneca Solution for Injection bagi pengilang ketiga iaitu SK Bioscience Co., Ltd., South Korea. Pemegang pendaftaran bagi vaksin ini adalah AstraZeneca Sdn. Bhd. PBKD sebelum ini telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi pengilang pertama iaitu AstraZeneca Nijmegen B.V., Netherlands manakala pengilang kedua adalah Siam Bioscience Co., Ltd., Thailand.

Selain itu, PBKD juga bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin AstraZeneca dan CoronaVac sebagai dos penggalak kepada individu berusia 18 tahun dan ke atas yang telah menerima vaksin “primary series” dari jenis yang sama (homologous). Dos penggalak bagi vaksin AstraZeneca akan diberikan selepas sela masa 6 bulan daripada penerimaan dos kedua vaksin tersebut manakala bagi vaksin CoronaVac, dos penggalak akan diberikan selepas 3 hingga 6 bulan daripada dos kedua diterima. Pemberian dos penggalak bagi kedua-dua produk vaksin ini kepada kumpulan sasar tertentu akan diperincikan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif.

KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

17 NOVEMBER 2021


https://kpkesihatan.com/2021/11/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-november-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-366-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 4,743 kes (2,466,523 kes kumulatif, 96.2%);
Kes baharu : 6,288 kes (2,563,153 kes kumulatif);
Kes import : 22 kes (15 warganegara; 7 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,266 kes [6,050 warganegara (96.6%); 216 bukan warganegara (3.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 536 kes (440 kes disahkan COVID-19 ; 96 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 251 kes (172 kes disahkan COVID-19 ; 79 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,858 kluster;
Jumlah kluster baharu :8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,611 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 247 kluster.

Daripada 6,288 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
125 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,163 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pelanjutan Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19 Jenis Coronavac dan Cormirnaty

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Namun begitu, ini tidak bermakna NPRA membenarkan vaksin yang telah tamat jangka hayatnya. Berlandaskan fakta saintifik yang komprehensif, pelanjutan tempoh jangka hayat produk ini telah diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang. Setelah penilaian dilakukan oleh NPRA, tempoh jangka hayat didapati boleh dilanjutkan.
Berikut adalah cara untuk melaporkan keputusan ujian kendiri COVID-19 anda melalui aplikasi MySejahtera:

1️⃣ Buka aplikasi Mysejahtera

2️⃣ Pilih “Ujian Kendiri COVID-19”

3️⃣ Pilih “Kemas Kini Keputusan Ujian Kendiri”

4️⃣ Isikan butiran (Nombor Telefon, Nama & Emel)

5️⃣ Isikan butiran alamat anda

6️⃣ Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi

7️⃣ Pilih jenis sampel anda

8️⃣ Pilih keputusan ujian anda dan hantar
Cegah Denggi Ketika Musim Hujan

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 7.45 pagi bersama Dr. Muhammad Khairi Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
TAHNIAH!!!!!!!!! COMBI Lokaliti Taman Pulau Gadong Jaya

Sekalung penghargaan buat sukarelawan COMBI Negeri Melaka atas inisiatif menjayakan program kepada komuniti.

PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI DALAM PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU DAN CEGAH DENGGI TAHUN 2021

TARIKH : 14 November 2021
HARI : Ahad
MASA : 10 pagi - 12 tengahari
TEMPAT : Balairaya Serbaguna Taman Pulau Gadong Jaya, Melaka
PENGLIBATAN : Persatuan Penduduk Taman Pulau Gadong Jaya

Aktiviti yang telah dilaksanakan :

1) Ucapan aluan Pengerusi

2) Ceramah/Nasihat Individu tentang Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu dan Pencegahan Denggi

3) Edaran Risalah

4) Pameran

TIADA AEDES, TIADA DENGGI

#KitaJagakita
#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
Bermula 22 November 2021, rujuk protecthealth.com.my untuk senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran janji temu dos penggalak dan bagi mereka yang belum menerima vaksin secara walk-in.

#PICKBooster
#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyokong pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan menyeru supaya semua agensi mengamalkan konsep inklusif agak setiap aktiviti yang diaturkan dalam ANMS mengambilkira keperluan kumpulan sasar KPWKM.

- YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Khairy Jamaluddin

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kenyataan Akhbar Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Situasi semasa COVID-19 dan penggunaan fasiliti Hospital Kerajaan Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahawa ICU di Hospital Hybrid dan Hospital Bukan COVID-19 diisi juga dengan kes bukan COVID-19. Jumlah pesakit ICU terkini yang merupakan kes COVID-19 (disahkan dan disyaki COVID-19) adalah sebanyak 86 kes iaitu sebanyak 42% daripada kapasiti ICU di negeri Selangor. Selebihnya merupakan kes bukan COVID-19.
Mengenai peningkatan kes COVID-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, ianya adalah disebabkan hospital ini merupakan Hospital Full COVID-19 dan menjadi hospital rujukan COVID-19 bagi semua hospital bukan sahaja di Negeri Selangor tetapi juga di Lembah Klang.
Oleh itu, ICU Hospital Sungai Buloh juga menerima kes-kes COVID-19 dari hospital lain agar ICU hospital lain boleh digunapakai untuk menampung lebih banyak keperluan kes bukan COVID-19.
Pada 18 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,380 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,569,533 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Klik https://bit.ly/3qPTjVk untuk baca soalan lazim berkenaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 (PICK-R) kepada Remaja.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)