Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia 10 Nov 2021

Tindakan Penguatkuasaan Oleh KKM Bagi Suntikan Vitamin C dan Ubat Kuat Yang Tidak Berdaftar
LEMAK? Apa yang anda perlu tahu?

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Akhbar KPK 10 November 2021 Sempena Hari Diabetes Sedunia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 10 November 2021 dengan tema hari sambutan pada tahun ini adalah ‘Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’. Tema ini selaras dengan keperluan mendesak di seluruh dunia untuk meneruskan usaha pelbagai hala untuk mempromosikan dan meningkatkan kesihatan sejagat, dan menyediakan akses kepada rawatan dan pendidikan penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes. Tema untuk sambutan pada tahun ini juga bertepatan dengan 100 tahun penemuan insulin bagi merawat penyakit diabetes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 463 juta orang dewasa di seluruh dunia penghidap penyakit diabetes pada tahun 2019. Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) pada tahun yang sama di Malaysia juga mendapati satu daripada lima orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Lebih membimbangkan lagi, hampir separuh daripada responden ini tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit diabetes. Pesakit diabetes juga berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi yang serius sekiranya dijangkiti COVID-19.

Baca lagi di https://kpkesihatan.com/2021/11/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-november-2021-sempena-hari-diabetes-sedunia-2021/
Pada 10 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,243 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,522,498 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Peranan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dos penggalak dapat meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Jika anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda.

#PICKBooster
KENYATAAN AKHBAR
JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

ISU CELERY YANG DIMPORT DARI CHINA DIKESAN MENGANDUNGI RESIDU RACUN PEROSAK
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
1 hari lagi!

Nantikan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat esok pada 11 November 2021 yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,068 kes (2,430,122 kes kumulatif, 96.34%);
Kes baharu : 6,243 kes (2,522,498 kes kumulatif);
Kes import : 24 kes (18 warganegara; 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,219 kes [5,881 warganegara (94.6%); 338 bukan warganegara (5.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 543 kes (504 kes disahkan COVID-19 ; 39 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 279 kes (196 kes disahkan COVID-19 ; 83 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,824 kluster;
Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,524 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 300 kluster.

Daripada 6,243 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
106 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,137 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Saksikan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat di TV1 pada pukul 9.15 pagi nanti.

Pelancaran ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Klik pautan di bawah untuk menyaksikan Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat.

https://www.facebook.com/selamatpagimalaysiartm/videos/323927786207290/
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kuat lilit kerana simpulnya....kuatnya COMBI kerana ahlinya yang bersatu padu....

TAHNIAH MyCHAMPION EKK COMBI Kg. Parit Engku Dato Pekan Pahang atas pelaksanaan :

*Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu*

Tarikh : 20/10/2021
Masa. : 8.30 AM - 11.00 PM
Tempat : Pasar Tani Fama Pekan, Pahang
Penglibatan : AJK COMBI Kg.Parit Engku Dato & AJK COMBI PKB Padang Rumbia

Pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan adalah :

📍Edaran risalah norma baharu, cegah denggi dan vaksin COVID-19
📍Menampal poster amalan norma baharu di premis perniagaan
📍Memasang kain rentang dan gegantung norma baharu
📍Hebahan norma baharu

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EKK COMBI MyCHAMPION atas kerjasama dan sentiasa menyahut seruan KKM memberi khidmat terbaik untuk kesedaran masyarakat dalam menghadapi COVID-19 dan dalam masa yang sama mencegah Denggi.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku