Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.96. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Golongan yang diberi keutamaan untuk mendapat suntikan dos penggalak :

Petugas barisan hadapan
Individu berumur 60 tahun ke atas
Individu dengan komorbid tanpa mengira peringkat umur

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Speak Out : COVID-19 dan Perokok
Jumlah kes kematian disebabkan COVID-19 dalam kalangan perokok lebih tinggi berbanding bukan perokok.
Do the right thing, quit smoking.
Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan.

https://www.youtube.com/watch?v=DiEn0zMln28&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=8

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan permulaan musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut bagi seluruh negara dijangka akan bermula Rabu (3 November 2021) sehingga Mac tahun depan.

Ini persiapan yang boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir.

#banjir
#sihatmiliķku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 2 November 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,071 kes (2,481,339 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
If you are 40 years old and above or individual with comorbidity or frontliners, congratulations! You are eligible to get the COVID-19 vaccine booster dose.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 : Long COVID

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah, Pakar Perubatan Respiratori dari Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
Imunisasi Kanak-kanak Mencegah Dari Merawat

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohamad Izzi Zahari, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 5,372 kes (2,385,432 kes kumulatif, 96.1%);
Kes baharu : 5,071 kes (2,481,339 kes kumulatif);
Kes import : 15 kes (12 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,056 kes [4,815 warganegara (95.2%); 241 bukan warganegara (4.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 557 kes (498 kes disahkan COVID-19 ; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,781 kluster;
Jumlah kluster baharu : 5 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,377 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 404 kluster.

Daripada 5,071 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
121 kes (2.4 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
4,950 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/11/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-november-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengambil perhatian berkenaan satu artikel bertajuk "Spray those viral infections away (Covid-19 included)" yang disiarkan dalam dalam ruangan Lifestyle akhbar The Star Online bertarikh 31 Oktober 2021 (Ahad) yang mengandungi maklumat yang tidak tepat mengenai suatu peranti perubatan berdaftar, iaitu Pirdal Nasal Spray.

MDA mendapati ada dakwaan yang mengelirukan (misleading claim) di dalam artikel tersebut yang menyatakan bahawa Pirdal Nasal Spray boleh mencegah dan merawat jangkitan virus, termasuk COVID-19. Sehubungan itu, pihak MDA ingin memaklumkan bahawa dalam pendaftaran Pirdal Nasal Spray di Malaysia, ia hanya diluluskan untuk tujuan mencuci dan menyah bahan tercemar di dalam rongga hidung, dan bukan untuk tujuan pencegahan atau rawatan virus COVID-19. Kenyataan di dalam artikel tersebut boleh menyebabkan kekeliruan awam dan dikhuatiri akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan yang tidak sah. MDA telah memberi arahan kepada syarikat yang diberi pendaftaran peranti perubatan tersebut untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbetulkan kenyataan dalam artikel tersebut dan memaklumkan mengenai tindakan yang diambil kepada MDA.

https://portal.mda.gov.my/announcement/765-kenyataan-media-dakwaan-mengelirukan-mengenai-pirdal-nasal-spray.html
Sebelum menerima suntikan dos penggalak, pastikan anda

Tidur secukupnya
Makan sebelum ke pusat pemberian vaksin
Sihat dan tiada gejala pada hari vaksinasi
Pakai pakaian yang sesuai dan sopan
Pakai pelitup muka
Bawa kad pengenalan atau dokumen diri
Bawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah mendapat dos lengkap.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#LindungDiriLindungSemua
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 2 hb Nov 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Ambil Tahu Penyakit Malaria

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Mohd Hafizi Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku