Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Jom teka siapa saya? Agak-agak siapa nama saya, jom comment di bawah 🤔

A. Kak Sarah
B. Kak Min
C. Kak Siti

Nantikan kemunculan saya di dalam video terbaru Didi & Friends x HePiLI 🤩

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI.......

Tahniah!!!!! diucapkan COMBI Chenderawasih Timur Kuantan, Pahang atas pelaksanaan Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu yang telah diadakan pada :
Tarikh : 13 Oktober 2021
Masa. : 3.00 - 5.30 petang
Tempat : Tapak Pasar Malam Chenderawasih Timur, Kuantan

Aktiviti dalam program ini adalah seperti berikut :

1. Edaran Pamplet
2. Menampal sticker MyChampion - Amalan Norma Baharu di Premis perniagaan
3. Pemasangan bunting / banner
4. Hebahan Norma Baharu

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EKK COMBI MyCHAMPION atas kerjasama dan sentiasa menyahut seruan KKM memberi khidmat terbaik untuk kesedaran masyarakat dalam menghadapi COVID-19.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
Zumba for Self Esteem

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Putrajaya esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Mimi dan Zin Zida.

#kekalaktif
#sihatmilikku
Penyakit strok merupakan penyumbang kematian kedua terbesar dan penyumbang kematian dan ketidakupayaan ketiga terbesar di serata dunia. Data dari Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide (2016) melaporkan sebanyak 80 juta orang hidup dengan penyakit strok, dengan hampir 13.7 juta kes baru dan 5.5 juta kematian dicatatkan.

Di Malaysia, kajian Monitoring Stroke Burden in Malaysia (2017) menganggarkan sebanyak 150 dalam 100,000 penduduk Malaysia mengalami penyakit strok dengan purata kemasukan harian ke hospital sebanyak 92 kes. Kajian ini juga melaporkan sebanyak 40 peratus daripada pesakit strok ini di bawah umur 60 tahun.

Malaysia juga mencatatkan hampir 32 kematian setiap hari akibat strok dan pesakit strok dibebani dengan pelbagai morbiditi di mana tujuh (7) daripada 10 pesakit strok bergantung kepada orang lain bagi menjalani hidup mereka. Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide (2016) mengunjurkan satu daripada empat penduduk Malaysia akan mengalami strok pada tahun 2040 sekiranya tiada tindakan sewajarnya diambil.

Sungguhpun peningkatan di dalam kualiti perkhidmatan strok akut di Malaysia amat memberangsangkan, masih terdapat ramai individu yang mengalami ketidakupayaan selepas penyakit strok. Ketidakupayaan akibat penyakit strok adalah kompleks dan melibatkan pelbagai aspek termasuk fizikal, kognitif, sosial dan aspek emosi. Ini meningkatkan beban penyakit dan mewujudkan keperluan yang tinggi untuk perkhidmatan rehabilitasi strok yang efektif bagi mengurangkan komplikasi awal dan meningkatkan tahap kefungsian seseorang individu yang mengalami strok.

https://kpkesihatan.com/2021/10/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-oktober-2021-sempena-hari-strok-sedunia-2021/
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

#WorldStrokeDay2021
#Precioustime
#KeluargaMalaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 7,297 kes (2,361,919 kes kumulatif, 96.0%);
Kes baharu : 6,060 kes (2,460,809 kes kumulatif);
Kes import : 13 kes (9 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,047 kes [5,759 warganegara (95.2%); 288 bukan warganegara (4.8%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 570 kes (492 kes disahkan COVID-19 ; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 300 kes (208 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,763 kluster;
Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,303 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 460 kluster.

Daripada 6,060 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
105 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,955 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/10/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Sehingga 29 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,060 kes (2,460,809 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,328 (712,151)
Sarawak - 566 (239,784)
Johor - 458 (217,309)
Sabah - 589 (216,852)
W.P KL - 299 (193,194)
Kedah - 470 (147,960)
Pulau Pinang - 348 (144,322)
Kelantan - 522 (138,249)
Perak - 256 (115,730)
Negeri Sembilan - 247 (102,566)
Pahang - 367 (76,295)
Terengganu - 251 (69,073)
Melaka - 264 (64,885)
W.P Labuan - 11 (10,062)
W.P Putrajaya - 44 (6,967)
Perlis - 40 (5,380)
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Speak Out : Larangan Merokok di Tempat Kerja
Penyelia di pejabat boleh menjadikan kawasan pejabat sebagai kawasan bebas asap rokok.
Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan.

https://www.youtube.com/watch?v=P8xRMInlZTQ&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=5

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
29 OKTOBER 2021 - TAMAN PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR MERUPAKAN LOKASI TERAKHIR HEBAHAN WELLNESS TRUCK BAGI BULAN INI.

Meriah juga jualan makanan dekat kawasan ni. Banyak gerai makanan di bahu-bahu jalan. Ada yang jual pisang goreng, kuih keria dan keropok lekor. Tak kurang juga yang duduk 'dine-in' di kedai makan untuk berborak dengan rakan-rakan.

Sebelum duduk lepak-lepak tu, cuba anda klik link ni https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/infografik/jpeg/Yahooo..dh%20boleh%20berkumpul.jpg

KELUARGA MALAYSIA.
Lindung Diri, Lindung Semua.
Sekiranya menepati kriteria di bawah, tahniah! Anda layak menerima dos penggalak sekarang.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 30 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,854 kes (2,466,663 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.