Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Tuan/Puan boleh mendapatkan perkhidmatan HSO dan pemakaian serta pemotongan gelang pengawasan daripada PPS ini pada caj yang ditetapkan oleh mereka. Sila hubungi klinik swasta ini terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut.

Sumber: CPRC KKM
SENARAI PENGAMAL PERUBATAN SWASTA YANG DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI DIBERI KUASA DI BAWAH SEKSYEN 3 AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

Makluman - Bagi menangani pandemik COVID-19, kerjasama antara KKM dan sektor kesihatan swasta terus dipertingkatkan. Di antara kerjasama yang dilaksanakan adalah termasuk pelantikan seramai 1,157 orang Pengamal Perubatan Swasta (PPS) di bawah seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]; untuk mengeluarkan surat perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO) kepada kes COVID-19 dan kontak rapat serta pemakaian gelang pengawasan. Selain itu, penyerahan surat pelepasan HSO serta pemotongan gelang pengawasan juga boleh dilakukan oleh PPS ini.
Tuan/Puan boleh mendapatkan perkhidmatan HSO dan pemakaian serta pemotongan gelang pengawasan daripada PPS ini pada caj yang ditetapkan oleh mereka. Sila hubungi klinik swasta ini terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut.

Baca penuh:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1743839519142058&id=187891761403516

Sumber: CPRC KKM
25 OKTOBER 2021 - TEAM HEBAHAN KE TAMAN MELATI, WANGSA MAJU KUALA LUMPUR.

Team kami ke Wangsa Maju hari ini. Kami lihat ada banyak gerai penjaja dan kawasan tumpuan awam di kawasan penduduk di situ. Jangan lupa untuk terus patuh pada SOP dan amalkan penjarakan fizikal ya.

Keluarga Malaysia, lindung diri, lindung semua.
Perjuangan Masih Belum Selesai.....

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ejen Kesihatan Komuniti (EKK) Taman Impianku, Kuantan, Pahang terus giat membantu KKM dalam "Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu"

Tarikh : 9/10/2021
Masa. : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Taman Impianku, Kuantan

Program turut dihadiri dan dengan kerjasama :

- Dr Rahim Sulong, Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan
- Pegawai Pegawai dari PKD Kuantan
- Sukarelawan EKK Taman Impianku (COMBI, KOSPEN, DUTA UBAT)

Program yang telah dijalankan seperti berikut :

1. Edaran pamplet ke kawasan perumahan
2. Menampal sticker MyChampion - Amalan Norma Baharu di premis perniagaan
3. Ziarah Kasih EKK MyChampion Taman Impianku
4. Pemeriksaan SOP di premis
5. Pemasangan bunting / banner
6. Hebahan Norma Baharu

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EKK COMBI MyCHAMPION atas kerjasama dan sentiasa menyahut seruan KKM memberi khidmat terbaik untuk kesedaran masyarakat dalam menghadapi COVID-19.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
Speak Out : Restoran
Restoran / kedai makan adalah tempat larangan merokok.
Speak out, suarakan hak anda.

https://www.youtube.com/watch?v=cdSpocY1UM8&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan larangan merokok telah dipertingkatkan di semua negeri di seluruh negara.

Sejak Januari hingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan telah dikeluarkan.

Lima negeri dengan pengeluaran notis kesalahan paling tinggi adalah Terengganu (652 notis), Pahang (601 notis), Sarawak (365 notis), Perak (356 notis) dan WP Kuala Lumpur (303 notis).
Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 5,607 kes (2,340,390 kes kumulatif, 95.8%);
• Kes baharu : 5,726 kes (2,442,224 kes kumulatif);
• Kes import : 15 kes (9 warganegara; 6 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 5,711 kes [5,489 warganegara (96.1%); 222 bukan warganegara (3.9%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 598 kes (512 kes disahkan COVID-19 ; 86 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 308 kes (219 kes disahkan COVID-19 ; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
• Jumlah kluster : 5,735 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,229 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 506 kluster.

Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 97 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 5,629 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/10/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tolong patuhi arahan larangan merokok di tempat awam

Berikutan arahan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap larangan merokok di tempat awam, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dipatuhi orang ramai.

Sejak Januari lalu sehingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan melibatkan perokok dan pemilik premis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

KKM memberi jaminan bahawa lebih banyak operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas ini di seluruh negara agar pematuhan terhadap undang-undang merokok di tempat awam sentiasa dipatuhi.

Di sini saya juga ingin berkongsikan beberapa gambar aktiviti penguatkuasaan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong di Wilayah Persekutuan pada 23 Oktober lalu dan PKD Johor Bahru di Johor, semalam.

Untuk operasi di sekitar Kepong Sabtu lalu, sebanyak 20 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan lima ke atas pemilik kedai yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.

Bagi operasi di Johor Bahru semalam pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas pemilik.
Selain itu, sebanyak empat notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat-tempat lain.

Saya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan larangan merokok di tempat awam bukan sahaja demi keselesaan bersama, tetapi lebih penting demi kesejahteraan dan kesihatan semua pihak.

- YB Menteri Kesihatan -
Kepentingan Imunisasi Kanak-kanak

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh : 27 Oktober 2021
Masa : 8.15 pagi

Panel :
Dr. Amy Nur Diyana Mohamed Nasir
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
COVID-19 : Vaksin Percubaan Klinikal

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama Encik Chew Chun Keat, Pegawai Farmasi dari Institut Penyelidikan Klinikal, KKM

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku
Kesihatan Yang Sihat Bermula dengan Pemakanan

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Encik Mohammad Affendy Mhd Akhir, Pegawai Pemakanan dari Klinik Kesihatan Lojing.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 26 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -