Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.86. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Anda merancang untuk bawa keluarga bercuti?

Terima kasih kerana melakukan saringan kendiri sebelum memulakan percutian anda!

Kita Jaga Kita.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Untuk menjaga kesejahteraan mental & fizikal, kita kena sentiasa bersyukur & berterima kasih ❤️

Jom ucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.

Kita juga kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada ❤️

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Kemasukan pesakit COVID-19 dari Selangor dan Putrajaya ke hospital KKM dan PKRC menunjukkan trend peningkatan selepas 11 Oktober.

Trend yang sama turut berlaku di Sarawak dan Negeri Sembilan.

KKM mengambil berat trend ini dan sebagai langkah keselamatan, pemberian dos penggalak diperluaskan kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac.

Sebelum ini, dos penggalak diberikan kepada warga emas yang telah mendapat dos lengkap vaksin Pfizer.

Sebagai permulaan, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas (lengkap vaksinasi Sinovac) diutamakan untuk menerima dos penggalak ini.

Pemberian dos penggalak ini akan bermula 22 Oktober dan diperluaskan ke seluruh negara secara berfasa. Suntikan dos penggalak akan dilakukan oleh pengamal perubatan swasta.

Warga emas yang layak akan menerima janji temu menerusi MySejahtera atau SMS.

KKM juga sedang membangunkan satu sistem untuk memberi temujanji kepada mereka yang tidak mempunyai MySejahtera.

Pemberian dos penggalak:
🔵memastikan tempoh perlindungan yang selama mungkin
🟢 diberi secara percuma dan sukarela

#boosterdose
#dospenggalak
Sehingga 22 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,630 kes (2,420,222 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Anda merancang untuk berkelah?

Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa!

➡️ Pilih kawasan yang bersih
➡️ Pilih kawasan air yang mengalir
➡️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi
➡️ Minum air yang telah dimasak

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Tabata.

Sertai FB Live anjuran Wellness Hub Keningau esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Suriati, Coach Ain dan Coach Naimi.

#kekalaktif
#sihatmilikku
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENDUDUK (DEWASA) DI SELANGOR YANG BELUM / CICIR JANJI TEMU VAKSINASI COVID-19...!!! JIKA ANDA :

1️⃣ Cicir Dos 2 Sinovac - Dapatkan janji temu melalui Bilik Gerakan Vaksin Pejabat Kesihatan Daerah.

2️⃣ Cicir Dos 2 AstraZeneca - Dapatkan janji temu melalui Bilik Gerakan Vaksin Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

3️⃣ Cicir Dos 2 BioNtechPfizer / belum menerima mana-mana Dos 1 vaksin - Dapatkan janji temu di Fasiliti Swasta Terpilih atau Bilik Gerakan Vaksin Pejabat Kesihatan Daerah.

Bertindak sekarang. Infografik nombor untuk dihubungi adalah seperti dilampiran.

#SihatMilikSelangor
#lindung_diri_lindung_semua
#ANMS
#Elak3SAmal3W

Sumber: JKN Selangor
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh :7,630 kes (2,311,213 kes kumulatif, 95.5%);
Kes baharu : 6,630 kes (2,420,222 kes kumulatif);
Kes import : 15 kes (11 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,615 kes [6,330 warganegara (95.7%); 285 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 653 kes (521 kes disahkan COVID-19 ; 132 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 322 kes (230 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,717 kluster;
Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,137 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 580 kluster.

Daripada 6,630 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
101 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,529 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/22/kenyataan-akhbar-kpk-22-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
22 OKTOBER 2021 - HEBAHAN WELLNESS TRUCK KE TAMAN SHAMELIN PERKASA, CHERAS

Salam Jumaat untuk semua. Best nya esok hari minggu! Mesti ada yang dah rancang aktiviti dengan keluarga kan? Walaupun kita sudah mencapai kadar vaksinasi 90% untuk populasi dewasa, jangan lupa untuk terus lindung anak-anak kita bagi program vaksinasi remaja.

Anak anda berusia 13 hingga 17 tahun? Daftarkan mereka untuk dapatkan vaksinasi!

Lindung Diri. Lindung Semua.
Kawasan R&R kini mula sesak.

Terima kasih kerana memilih untuk membungkus makanan dan tidak bersesak di kawasan ini.

Segerakan urusan anda ketika berada di kawasan R&R.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 22 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -