Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
ANALISA SITUASI SEMASA JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA [MINGGU EPIDEMIOLOGI (ME) KE-41]

KKM ingin memaklumkan bahawa pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital, dan Unit Rawatan Rapi (ICU) terus menunjukkan tren penurunan pada ME ke-41. Tren positif ini selari dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia yang menjadikan aktiviti pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif reopening safely lebih meyakinkan.

i) Indikator-Indikator Jangkitan COVID-19

Pada ME ke-41 iaitu dari 10 Oktober 2021 sehingga 16 Oktober 2021;
• Kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan sebanyak 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41). Namun begitu, jumlah kes baharu COVID-19 bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur mulai menunjukkan tren mendatar;
• Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 21.0 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41);
• Kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41);
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menunjukkan penurunan 12.0 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41);
• Kes yang memerlukan bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41); dan
• Nilai RT kekal stabil sekitar nilai 0.80 - 0.90.

ii) Kluster

Sebanyak 83 kluster yang dilaporkan pada ME ke-41 yang terdiri daripada;
• 37 (44.6 peratus) kluster tempat kerja;
• 25 (30.1 peratus) kluster komuniti ;
• 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan ;
• Sembilan (9) (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi ;dan
• Satu (1) (1.2 peratus) kluster pusat tahanan.

iii) Vaksinasi

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sehingga 16 Oktober 2021, sejumlah 25,079,220 individu telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Sebanyak 91.5 peratus daripada populasi dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Manakala, sebanyak 67.8 peratus daripada keseluruhan penduduk telah menerima suntikan vaksin COVID-19 lengkap.

iv) Kapasiti Hospital

KKM telah memperuntukkan 29,809 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), 15,653 buah katil wad biasa, 1,400 katil wad ICU, dan 2,863 alat bantuan pernafasan bagi merawat pesakit COVID-19, kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan. Penggunaan katil di PKRC dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan tren penurunan sekitar 1 hingga 3 peratus pada ME ke –41 berbanding ME ke-40.

Walaupun, perkembangan COVID-19 semasa terus menunjukkan tren penurunan, KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk kekal mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan penuh disiplin. Setiap individu bertanggungjawab memelihara kesihatan mereka, keluarga, dan masyarakat sekeliling. Inisiatif menjalankan ujian kendiri sangat digalakkan apabila seseorang individu bergejala dan/atau sebelum melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi melindungi orang lain di sekeliling. Tingkatkan penilaian kendiri TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek).

KKM juga akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan lonjakan kes di masa hadapan. Antara lain adalah dengan menubuhkan National Rapid Response Task Force yang akan digerakkan ke negeri yang menghadapi lonjakan kes COVID-19. Task force ini akan menjalankan penilaian risiko dan mencadangkan strategi yang bersesuaian seperti penambahan kapasiti hospital, mobilisasi sumber tenaga petugas kesihatan, dan tindakan kesihatan awam yang bersesuaian di negeri atau kawasan terjejas. Melalui kaedah ini, persediaan yang lebih pantas dan efisien dapat disediakan di kawasan yang telah dikenalpasti dan seterusnya kes COVID-19 dapat dikawal daripada terus meningkat.

- KPK KKM -
Kesihatan Mental : Keganasan Terhadap Wanita

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Punitha Arinima, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Semenyih.

#sihatmilikku
Program Imunisasi BCG Kebangsaan.

Saksikan dalam Berita RTM esok di TV1 pada pukul 8.00 malam bersama Puan Suryati Bee, Ketua Penyelia Jururawat Negeri dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.88. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 8,933 kes (2,287,888 kes kumulatif, 95.3%);
Kes baharu : 5,745 kes (2,401,866 kes kumulatif);
Kes import : 12 kes (11 warganegara; 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,733 kes [5,432 warganegara (94.7%); 301 bukan warganegara (5.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (609 kes disahkan COVID-19 ; 73 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 331 kes (280 kes disahkan COVID-19 ; 51 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,695 kluster;
Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,061 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 634 kluster.

Daripada 5,745 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
115 kes (2.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,630 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tip Makan Selamat Selepas Membeli Makanan Secara Online

📌 Cuci tangan dengan air dan sabun
📌 Amalkan Lihat, Hidu dan Rasa
📌 Makan dengan segera
📌 Sekiranya hendak makan kemudian, simpan segera ke dalam peti sejuk dalam bekas tertutup
📌 Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dipanaskan dengan sempurna sebelum dimakan
📌 Segera dapatkan rawatan sekiranya anda rasa pening, loya, muntah, sakit perut atau cirit birit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tiada yang lebih penting dari membahagiakan insan tercinta. Sayangi keluarga anda.

Ingat, "Kecuaian Membawa Padah !!"

Mesej ini dibawa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Anda baru pulang ke Malaysia dan telah menerima vaksinasi di luar negara.

Ikuti langkah berikut untuk mendapatkan sijil vaksinasi digital anda.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Hai semua, jom aktifkan diri untuk pastikan kita sentiasa sihat & cergas 🎉

Ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan seperti berbasikal, melakukan kerja rumah, menari dengan muzik kegemaran, bersenam di taman dan lain-lain lagi 🥳

Seronok tau! Jom sama-sama aktifkan diri! 🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Sehingga 20 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,516 kes (2,407,382 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 9,401 kes (2,297,289 kes kumulatif, 95.4%);
Kes baharu : 5,516 kes (2,407,382 kes kumulatif);
Kes import : 14 kes (10 warganegara; 4 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,502 kes [5,267 warganegara (95.7%); 235 bukan warganegara (4.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 669 kes (572 kes disahkan COVID-19 ; 97 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 333 kes (241 kes disahkan COVID-19 ; 92 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,699 kluster;
Jumlah kluster baharu : 4 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,085 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 614 kluster.

Daripada 5,516 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
102 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
5,414 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Tuberkulosis dan Kanak-kanak.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 21 Oktober 2021
Masa : 8.00 pagi

Panel :
Dr. Asiah Kassim
Pakar Perunding Pediatrik dan Respiratori Pediatrik
Hospital Tuanku Azizah

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
20 OKTOBER 2021 - TEAM HEBAHAN BERGERAK DARI PUTRAJAYA TERUS KE KAMPUNG SUNGAI MULIA, GOMBAK.

Hari ini team kami ke kawasan perkampungan di Gombak pula. Kami berkesempatan ke Institut Latihan Memandu dan sekitar kawasan kampung. Semoga pesanan khidmat masyarakat dapat dijadikan panduan dalam kita mendepani COVID-19.

Untuk anda yang sedang rancang untuk pulang ke kampung, semak dulu ya bila jadual janji temu vaksinasi anak-anak. Jangan terlepas pula ya!

Lindung Diri. Lindung Semua.